Kepentingan memberi nama, mendidik anak dan berdoa - Tafsir Quran: Ayat 36 & 37, surah Ali-Imran
Habib
Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Majlis Ta’lim Darul Murtadza, 26.04.2013
Huraian ayat 36:
Setelah melahirkan dan didapati anaknya perempuan, isteri
Imran iaitu Hannah, berasa bersalah dan mengungkapkan penyesalan kerana tak
mampu memberikan bayi lelaki untuk diwaqafkah kepada rumah Allah. Dia
sedikitpun tidak buruk sangka pada Allah. Para solihin sentiasa menisbahkan hal
baik yang berlaku kepada Allah, dan hal buruk yang berlaku akan dinisbahkan
kepada diri mereka sendiri, walhal segala sesuatu datangnya daripada Allah.
Nabi Ibrahim sendiri pernah mengungkapkan bahawa “Jika saya
sakit, Engkau Yang menyembuhkan”. Dia tidak mengatakan, “Jika Engkau beri aku
sakit..”. Begitulah sikap para Anbiyaa.
Seterusnya
disebutkan bahawa lelaki tidak sama dengan perempuan. Ada dua pendapat yang
mentafsirkan ayat ini. Pendapat pertama mengatakan yang ayat ini ialah
kata-kata ibu Siti Mariam kerana orang yang biasanya berkhidmat di rumah Allah
itu ialah lelaki, maka tidak samalah antara lelaki dan perempuan. Pendapat
kedua mengatakan ini adalah ayat Allah untuk memberitahu bahawa Siti Mariam itu
tidak sama dengan mana-mana lelaki dan dia dimuliakan Allah dengan dilahirkan
Nabi Isa daripadanya.
Nama
‘Mariam’ bererti ‘yang mengabdikan diri di rumah Allah’. Walaupun anaknya
perempuan, Hannah tidak melepaskan peluang menamakan anaknya sesuai dengan
nazarnya. Nama memberi kesan yang besar kepada anak. Nabi SAW bersabda,
“Berilah nama yang baik kepada anak kamu. Sesungguhnya nama itu akan dipanggil
di hari kiamat”. Nabi SAW juga mengubah nama beberapa orang sahabat yang tidak
baik kepada yang baik maknanya. Nabi SAW juga suka menyimpan harapan baik
kepada nama-nama yang baik. Sebelum singgah di sesuatu tempat, baginda SAW akan
bertanya nama tempat tersebut. Sekiranya namanya baik, barulah baginda akan
bersetuju. Suatu hari pernah Nabi SAW bertanya, “Siapakah yang boleh menuangkan
susu?” Lalu bangun seorang dan ditanya namanya oleh baginda. Tetapi oleh kerana
namanya tidak elok, baginda SAW menyuruhnya duduk semula. Ini berulang sehingga
3 orang, dan kemudian barulah seorang yang namanya bermaksud, “yang hidup” diizinkan
Nabi SAW untuk menuangkan susu.
Dalam
satu kisah - Ada salah seorang solihin masuk ke sebuah kampong dan diberitahu
agar jangan lalu di hadapan sebuah rumah kerana ianya sebuh zoo. Solihin itu tidak
percaya yang haiwan tinggal di dalam rumah. Oleh kerana ingin tahu, dia pun
pergi ke rumah itu. Apabila diketuknya, seorang wanita membuka pintu dan
bertanya, “Kau datang untuk berziarah atau untuk perli aku? Jika kau datang
untuk perli, aku akan panggil haiwan-haiwanku untuk usir kau”. Solihin itu pun
berkata, “Haiwan kau boleh faham ke?” Kemudian wanita itu pun memanggil, “Wahai
anjing, wahai musang, wahai harimau!”. Rupa-rupanya dia memberikan nama haiwan
kepada anak-anak lelakinya. Apabila dipanggil, anak-anaknya melompat seperti
ingin menerkam kepada mangsanya. Kata solihin itu, “Benarlah nama itu memberi
kesan kepada pemiliknya”.
Huraian ayat 37:
Dalam
ayat ini Allah menyatakan yang nazar ibunya Mariam diterima dengan qabul
(penerimaan) yang baik. Jika diikutkan, cukup jika Allah nyatakan ‘qabul’
tetapi Allah tambah dengan ‘qabul hasanah (yang baik) dengan penganugerahan
Nabi Isa yang akan menjadi Nabi dan Rasul melalui diri Mariam kelak.
Seterusnya
dinyatkan bahawa Mariam akan membesar dengan didikan yang baik – ayat ini
menekankan kepentingan mendidik anak-anak. Mariam diserahkan kepada Masjid Baitul
Maqdis sebagai memenuhi nazar ibunya. Walaupun adat ketika itu ialah
menyerahkan anak setelah baligh, tetapi ibu Mariam menyerahkan lebih awal agar
Allah yang menentukan siapa yang akan menjaga dan mendidik anaknya. Allah
menentukan bahawa Nabi Zakaria yang memelihara Mariam. Nabi Zakaria sebenarnya
ialah bapa saudara kepada Mariam. Nabi Zakaria merupakan salah seorang
pentadbir di masjid Baitul Maqdis. Apabila Mariam diserahkan, semua pentadir
merasakan mereka mempunyai hak untuk menjaga Mariam. Oleh kerana tiada
persetujuan, mereka pun melakukan undian. Masing-masing pun mengambil pen yang
digunakan untuk menulis kitab Taurat, yang tertera nama mereka dan dicampakkan
ke dalam air. Pen yang timbul akan mendapat hak penjagaan ke atas Mariam.
Setelah dicampakkan, hanya pen Nabi Zakaria yang timbul. Siapakah yang
mengizinkan pen itu timbul sedangan semua pen dibuat daripada bahan yang sama?
Tentunya Allah SWT. Dengan keputusan itu, Nabi Zakaria pun menjaga Mariam
sehingga beliau baligh. Setelah itu, baru dibinakan sebuah mihrab di Baitul
Maqdis sebagai tempat untuk beliau beribadah.
Dalam
hal ini Allah menekankan kepentingan memilih pendidik terbaik untuk anak. Allah
yang memilih Nabi Zakaria untuk mendidik Mariam. Oleh itu, sebagai ibu bapa,
kita perlu mengikut akhlak yang Allah tunjukkan dalam ayat ini dengan mencari
pendidik terbaik untuk anak-anak. Anak ialah produk orang-tuanya.
Mihrab
ialah tempat termulia untuk beribadah. Mihrab pada zaman dahulu ialah satu
bilik kecil yang terasing untuk seseorang berkhalwat dengan Allah. Dikatakan
dalam beberapa riwayat bahawa mihrab Mariam mempunyai tangga untuk turun ke
bawah.
Tiap-tiap kali Nabi
Zakaria masuk untuk menemui Mariam di mihrab, dia dapati ada rezeki (buah-buahn
luar biasa) di sisinya.
Mihrab
Mariam tidak boleh dimasuki orang luar sewenang-wenangnya. Apa yang lebih pelik
ialah buah-buahan yang ada di sisi Mariam itu adalah buah yang di luar musim.
Itulah kelebihan orang yang mendapat kemuliaan daripada Allah. Ayat ini menjadi
bukti keramat yang berlaku kepada para auliya’.
Nabi
Zakaria pun bertanya dari mana rezeki itu datang. Jawab Mariam:
Ayat
ini mengajar kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. Kita mendapat rezeki
bukan kerana gaji daripada majikan, kita mendapat kesembuhan bukan kerana ubat
yang diambil, kita mendapat ilmu bukan kerana belajar, tetapi semuanya adalah
kerana keizinan Allah juga. Kita tidak boleh bergantung dengan hukum sebab,
tetapi perlu bergantung kepada pemberi sebab (iaitu Allah).
Ketika
menyedari hal Mariam yang tidak keluar dari biliknya tetapi mendapat rezeki
yang di luar musim, Nabi Zakaria yang ketika itu sudah berusia 90 tahun lebih
dengan isterinya yang berumur lebih kurang sama dan dikatakan mandul, maka Nabi
Zakaria pun memohon dikurniakan anaknya. Nabi Zakaria berdoa:
“Wahai Tuhanku,
kurniakan kepadaku daripada sisi-Mu…”
Nabi
Zakaria menggunakan perkataan dari sisi-Mu
kerana segala kebaikan berada di sisi Allah SWT.
Nabi
Zakaria meminta zuriat yang baik (toyyibah). Beliau tidak sekadar meminta
zuriat, tetapi meminta zuriat yang baik. Dalam surah Mariam, ayat 4 dinyatakan
dengan teliti akan doa Nabi Zakaria:
Doa
ialah senjata orang mukmin. Oleh itu, jangan diperlekehkan atau di pandang doa
sambil lewa sahaja. Orang-orang mukmin sebelum ini telah banyak kali memenangi
peperangan kerana doanya baginda Rasulullah SAW, dan bukan kerana kekuatan yang
dimiliki mereka.
Moga-moga
Allah Ta’ala berikan kepada kita doa yang mustajab, dikabulkan permintaan kita
dan diberikan kita zuriat yang hasanah. Amin. Allahumma Amin.
p/s: Yang baik, jom amalkan, yang tak baik, mohon teguran :)