Adab Berziarah (1) – Tanyalah Ustaz 06.05.2013
Ustaz Raihan Abdul Aziz
Bacaan ayat 27, surah An-Nur:
- Islam ini agama yang mengajar cara hidup. Contohnya, kita diajar masuk ke tandas dengan kaki kiri, ke disko jangan masuk! :)
- Sesungguhnya Nabi SAW itu diturunkan untuk memberi teladan akhlak yang sempurna.
- Kita perlu tahu syariat, barulah apa yang kita lakukan menjadi ibadat. Contohnya, sebutan salam juga mestilah tepat dan bukan bacaan yang dipendek-pendekkan.
- Antara perkara yang dapat memberatkan timbangan di Mizan ialah akhlak yang mulia.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Apakah
kelebihan berziarah dalam Islam?
J: Kita ingin menjadikan amalan ini
bukan sekadar adat, tetapi sebagai ibadat agar mendapat pahala di
sisi Allah. Dalam sepotong hadis, Nabi SAW bersabda, “Ziarahlah
orang yang raib, agar bertambah-tambah kasih-sayang”. Keduanya,
dalam sepotong hadis lain, Sy. Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW
bersabda, “Sesungguhnya sedekah dan menghubungkan kerabat boleh
menambahkan umur dan mengelak kematian yang hina”. Ada banyak lagi
hadis tentang kelebihan ziarah. Antaranya – memudahkan rezeki,
memudahkan sakaratul maut dan banyak lagi.
S: Yang
mana didahulukan – beri salam dan minta izin masuk atau sebaliknya?
J: Dalam ayat yang dibacakan tadi –
disebut minta izin dan beri salam. Tetapi dalam satu hadis Nabi SAW,
riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih. Ada seorang lelaki dari
Bani Amir datang ke rumah Nabi dan bertanya, “Bolehkah saya masuk”.
Kemudian Nabi SAW mengatakan kepada pembantunya, “Kamu keluar
sebentar dan ajar dia adab minta izin. Beritahu dia untuk berkata
“Assalamu'alaikum, dan kemudian minta izin masuk” Lelaki itu
mendengar perkataan Nabi SAW, dan pun mengucapkan salam dan meminta
izin. Setelah itu, dia dizinkan masuk oleh Nabi SAW. Oleh itu, ulama
mengatakan perlu didahulukan beri salam kerana salam ialah pembuka
kalam.
S: Jika
seseorang masuk rumah tanpa izin tuannya, bolehkah orang itu disuruh
keluar?
J: Ada satu kisah seorang bernama Khildah bin Hambal yang disuruh membawa susu awal dan makanan kepada Nabi SAW yang ketika itu berada di atas sebuah wadi (lembah air). Nabi SAW suruh dia keluar dan beri salam dahulu. Dia pun melakukannya. Oleh itu, hadis ini mengajarkan yang kita boleh suruh dia keluar jika dia masuk tanpa izin. Tetapi ada juga tempat yang izin masuk diberi secara automatik/isyarat. Contohnya: masuk ke pasaraya, rumah/dewan kenduri.

S: Ada
batasan tak bilangan kali untuk memberi salam dan minta izin?
J: Baginda Rasulu Saw bersabda dalam satu hadis, “Minta izin sehingga 3 kali, dan jika tak diizinkan, maka balik”. Tetapi orang Melayu mudah kecil hati. Kadar antara salam pertama dan kedua sebaik-baiknya ialah selama solat 4 rakaat agar tidak mengganggu tuan rumah yang mungkin sedang solat atau qada' hajat atau sedang sibuk dengan urusan lain. Imam Nawawi berkata dalam Syarah Muslim - Sunat memberi salam, dan minta izin masuk dan berdiri di sebelah pintu. Jangan berdiri di hadapan pintu atau mengintai-intai melalui tingkap atau pintu.

S: Selepas
diberi salam 3 kali, dan tuan rumah macam tak dengar, bolehkah kita
mengulang lagi untuk beri salam?
J: Jika mengikut Imam Nawawi – Untuk
mengikut tepat seperti hadis Nabi SAW, cukup sekadar 3 kali. Jika tak
diizinkan, Nabi SAW suruh balik. Namun, Imam Ibnu Arabi menyenaraikan
ada 3 pendapat mazhab berkaitan soal ini:
1- boleh diulang-ulang sekiranya rumah
itu besar dan kemungkinan tuan rumah tak dengar.
2- sekadar 3 kali seperti yang diajar
hadis Nabi SAW.
3- boleh diulang jika ucapannya minta
izinnya tidak sama
Namun, pendapat paling kuat ialah
pendapat kedua.
S: Jika
tuan rumah bertanya siapa yang datang, perlukah dikenalkan diri?
J: Ada berbagai sebab orang datang ke
rumah – ada juga tujuan tidak baik. Sebelum buka pintu, bacakan 2
Qul (surah Al-Falaq dan surah An-Nas) sebagai perlindungan daripada
sihir/pukau melalui mata yang banyak berlaku hari ini. Ketika
peristiwa Israk dan Mikraj, sebelum pintu langit dibuka, Malaikat
bertanya, “Siapa itu?” Jibril menjawab, “Jibril”. Kemudian
malaikat bertanya lagi, “Siapa bersama kamu?” Jawab Jibril,
“Muhammad”. Ini berlaku pada setiap pintu langit sehingga langit
ke tujuh. Oleh itu, adabnya ialah mengenalkan diri terlebih dahulu.
Sy. Jabir pernah mengetuk rumah Nabi SAW, dan Nabi SAW bertanya
siapa. Sy. Jabir menjawab, “Saya”. Nabi SAW bertanya lagi,
“Siapa”. Sy Jabir mengatakan Nabi SAW bertanya seolah-olah
baginda tidak suka kepada jawapan “Saya” dan sebaliknya seseorang
itu perlu menyebut namanya.
S:
Bagaimana nak buat jika tuan rumah tak izin masuk dan disuruh balik?
J: Ayat selepas ayat yang dibacakan
tadi, iaitu ayat 28 surah An-Nur ada disebutkan jika disuruh balik,
maka balik itu adalah lebih baik. Tuan rumah ada hak menyuruh kita
keluar dan tetamu tidak boleh marah dan perlu berlapang dada. Inilah
yang dilakukan salafussoleh.