Tarbiyah Halal (1) – Tanyalah Ustaz 10.05.2013
Ustaz Mohd Amri Abdullah
Bacaan ayat 168-170, surah Al-Baqarah:
Tarbiyah ialah proses pendidikan dan
mengubah daripada apa yang salah kepada yang betul.
“You are what you eat” - untuk
melahirkan generasi yang hebat, ianya bergantung kepada apa yang kita
makan. Oleh itu, jika memakan sesuatu boleh mendatangkan penyakit,
ianya tidak menepati konsep toyyibah.
Ibnu Abbas mengatakan bahawa tidak akan
diterima solat orang yang makan daripada sumber yang haram. Doa
seseorang juga akan ditangguhkan maqbulnya jika seseorang makan
makanan tidak halal. Makanan haram juga akan memberi kesan kepada
rohani seseorang. Kajian kami menunjukkan, antara punca orang
mempunyai penyakit rohani ialah gaya pemakanan. Ramai orang hari ini
yang ingin cepat saja dan makan makanan 'fast food'. Jika pasti halal
tiada masalah, tetapi jika tidak bagaimana? Tambahan pula ada banyak
bahan kimia yang digunakan sebagai penambah perisa ataupun perisa
tiruan hari ini
Senarai soalan dan jawapan
S:
Bagaimana mencari rezeki yang halal?
J: Mencari rezeki yang halal ialah satu kewajipan. Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Oleh itu, kita wajib belajar cara untuk mencari rezeki yang halal. Bagi perkara yang tidak jelas halal/haramnya, itu termasuk perkara syubhah. Perkara sebegini lebih elok dijauhi.
J: Mencari rezeki yang halal ialah satu kewajipan. Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Oleh itu, kita wajib belajar cara untuk mencari rezeki yang halal. Bagi perkara yang tidak jelas halal/haramnya, itu termasuk perkara syubhah. Perkara sebegini lebih elok dijauhi.
S: Bolehkah
membaca Al-Quran yang ada terjemahan tanpa wudhuk?
J: Sekiranya terjemahan lebih banyak,
dibolehkan. Tetapi lebih afdhal ialah berwudhuk sebelum membaca
Al-Quran sebagai menghormatinya.
S: Apakah
kategori makanan yang diiktiraf halah apabila sudut kebersihan tidak
di ambil berat?
J: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Konsep halal bukan sekadar pada bahan mentahnya sahaja tetapi perlu meliputi cara penyediaanya juga - “from farm to table”.
J: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Konsep halal bukan sekadar pada bahan mentahnya sahaja tetapi perlu meliputi cara penyediaanya juga - “from farm to table”.
S: Apa
komen ustaz pada orang yang makan di kedai yang tidak mempamerkan
logo halal?
J: Permohonan sijil halal bukanlah
sesuatu yang wajib kepada restoran. Saya tak boleh mengatakan yang
tidak mempunyai sijil halal itu tidak halal, tetapi ianya termasuk
dalam hal syubhah dan perkara ini seeloknya dijauhi.
S: Apakah
bentuk logo rasmi Jakim?
J: Bentuknya seperti di atas, tetapi warnanya tidak kisah. Ikut suka pemohon sijil tersebut.
J: Bentuknya seperti di atas, tetapi warnanya tidak kisah. Ikut suka pemohon sijil tersebut.
S: Adakah
pemilikan harta juga termasuk dalam konsep halal dan toyyibah.
J: Walaupun Allah sebut, “Makanlah
apa yang halal”, ianya turut merujuk kepada harta yang digunakan –
oleh itu perlu bersumberkan daripada yang halal dan dipergunakan
untuk tujuan yang baik.
S: Bolehkah
pihak Jakim mewajibkan agar premis perniagaan menyediakan ruangan
barangan halal agar pengguna tidak perlu memeriksa sendiri?
J: Pasaraya besar seperti Tesco, Mydin,
Giant memang mewajibkan adanya logo halal untuk barangan-barangan
mereka. Ada yang menggunakan logo halal Jakim dan ada juga logo
halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim. Namun, saya akui ada
juga produk yang tiada logo halal, dan oleh itu, pengguna perlu ambil
cakna dan memainkan peranan mereka. Pihak Jakim tidak mempunyai kuasa
mewajibkan peniaga mempamerkan logo halal.
S: Mohon
ustaz jelaskan status ikan kembung rebus.
J: Semua haiwan dalam air halal,
kecuali yang beracun, memudaratkan, atau memabukkan manusia. Jika
ikan itu besar dan najisnya terlalu banyak dan dimasak sekali, ianya
boleh menjadi haram. Tetapi jika najisnya sedikit, di maafkan.
Sekiranya najis itu menjijikkan ikan tersebut, maka ianya menjadi
haram.
S: Saya
lihat penyedia makanan tidak membersihkan telur dengan sempurna.
Mereka hanya merendam sahaja. Mohon ustaz terangkan cara yang betul.
J: Telur perlu dibersihkan dengan air
yang dilalukan dan dipastikan tiada kotoran zahir yang tertinggal.
Sebagai pengguna, kita perlu melihat sekiranya telur masih berada di
dalam sarangnya, maka baisanya telur itu tidak dibasuh. Sekiranya
telah diubah bekasnya, maka kita boleh yakin dia telah mencucinya.
Islam tidak pula menyuruh kita pergi menyoal bagaimanakah cara telur
itu dicuci.
Online chat – Jawapan oleh
Ustaz Mohd Rafizal
S: Salam
ustaz, jika berada di luar negara, bolehkah makan makanan halal di
restoran yang turut menyediakan makanan tak halal? Jzkk.
J: Wa'alaikumussalam.. Sekiranya
penyediaan makanan itu seperti tempat masak dan sebagainya tidak
bercampur,maka dibolehkan.. Apabila tempat penyediaannya becampur dan
menimbulkan rasa was-was dan tidak yakin dengan sifat halalnya , maka
eloklah dijauhkan,kerana itu yang dituntut dlm Islam.
S: Salam.
Ibu saya bertanya, bolehkah menggunakan product SebaMed buatan
Germany seperti shampoo? Adakah ia halal?
J: Sebarang produk dari luar negara
terutama produk2 makanan yang mana tertera padanya logo halal
daripada negara tersebut,maka ianya insya Allah boleh digunakan.Malah
terdapat juga logo2 halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
S:
Assalamualaikum ustaz. Setiap hari saya masuk kerja pukul 8am tetapi
selalu lewat kerana menonton Tanyalah Ustaz. Bolehkah begitu?
J: Kerja tuan adalah suatu amanah dan
amanah itu adalah wajib ditunaikan.Maka,seharusnya dan semestinya
hendaklah diutamakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada
tuan.
S: Salam
Ustaz M Rafizal. Adakah semua buah-buahan kering halal dimakan.
Bagaimana pula kuaci yang diproses dengan penambahan bahan meragukan.
J: Kaedah islam amat mudah Tuan...iaitu
apabila kita mengetahui dengan yakin bahawa proses pembuatan makanan
tersebut dicampur dengan bahan2 yang tidak halal atau meragukan,Maka
tinggalkan makanan tersebut.Sebab itu,disarankan kita memilih makanan
yg ada logo halal agar lebih mendatangkan keyakinan.
S: Salam
ustaz saya membuat penghantaran barang ke kedai runcit apakah kah
hukumnya saya menghantar barang kekedai pemilik bukan Islam?
J: Tidak ada masalah,kerana ianya
termasuk dalam bidang tugas dan tanggungjawab kerja yg diharuskan
syarak,selagi mana tidak bersangkut paut dengan perbuatan maksiat dan
syirik kepada Allah swt..
S: Salam
ustaz, adakah merokok itu haram? kerana ia jelas boleh memudaratkan
kesihatan seseorang.
J: Sudah jelas dan terang,bahawa
merokok adalah diharamkan dalam Islam kerana ia memudharatkan
kesihatan tubuh badan.Malah ianya juga telah diputuskan oleh Majlis
Fatwa kebangsaan.
S: Salam
ustaz saya nak tanyaa adakah kedai2 yg menjual bahan2 membuat kek &
pastry ada mendapatkan sijil halal & juga dipantau oleh Jakim?
J: Mana2 produk yang padanya terdapat
logo halal JAKIM , maka ianya adalah halal dan lebih yakin digunakan
tanpa ada rasa was-was.Untuk maklumat lanjut,sila rujuk laman web
JAKIM untuk senarai penuh makanan dan premis yang mendapat logo Halal
JAKIM.
S: Salam,
saya ingin bertanya berkenaan status halal vaksin. adakah semua
vaksin yang ditetap oleh KKM halal?
J: Terdapat sesetengah vaksin yang
tidak halal dan tidak boleh digunakan.Sila rujuk laman web JAKIM
untuk senarai vaksin tersebut.
S:
Salam,saya bekerja dalam bidang phantaran, minggu lepas majikan saya
suruh hantar arak ke premis2 spt hotel dll, tetapi saya enggan.
Betulkah tindakan saya?
J: Sepatutnya begitulah. Jika saudara
boleh mengelak untuk menghantarnya,maka wajiblah dielakkan. Ini
kerana penghantar Arak termasuk dalam 10 golongan orang2 yang
dilaknat oleh Allah swt dalam bab Arak.
S: Salam
ustaz. boleh ustaz jelaskan dengan lebih lanjut mengenai Syubhah.
J: Secara ringkasnya,syubhat ialah
percampuran antara halal dan haram.Ia juga diistilahkan sebagai
ketidak pastian samada produk itu halal atau tidak.Maka seharusnya
apabila tidak yakin dengan tahap halal sesuatu produk,maka hendaklah
ditinggalkan.
S: Salam,
bolehkah kita menggunakan pinggan mangkuk yang pernah digunakan
bersama makanan tidak halal - contohnya untuk sarapan di hotel di
luar negara? Jzkk.
J: Dibolehkan,kerana apa yang pasti
walaupun ianya digunakan oleh non muslim, maka ianya telah menjadi
suci dan bersih sekiranya dibasuh walaupun hanya dengan sabun dan
air.Begitu juga kita tidak mengetahui dengan yakin dan jelas, adakah
pinggan itu yg digunakan untuk makanan2 tidak halal.
S:
Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya berkenaan logo halal
Starbuck,di Starbuck terdapat logo halal yang dipamerkan, tetapi ada
yang menyatakan Starbuck tidak halal?
J: Setiap premis yang memperolehi logo
halal JAKIM yang sah, maka ianya dikategorikan sebagai halal dan
boleh menjamu selera disitu...Insya Allah.
S: Salam
ustaz,sekiranya kita pernah termakan makanan haram, bagaimanakah
caranya untuk menyucikan diri daripada makanan yang telah mengalir
didalam tubuh badan itu?
J: Islam adalah agama yang mudah dan
tidak menyusahkan. Maka kaedah yang terbaik ialah dengan bertaubat
kepada Allah serta berazam tidak mengulangi perbuatan tersebut. Tidak
perlulah menyamak atau membasuh perut dan usus dengan air tanah,
kerana ianya jelas tiada dalam Islam serta boleh memudharatkan diri.
S: Ustaz,
adakah hotel2 yang terdapat di Labuan mempunyai sijil halal?
J: Sila rujuk laman web JAKIM untuk
senarai penuh hotel yang mendapat Logo Halal JAKIM.
S:
Assalamualaikun ustaz. Betulkah ribena dan coke mengandungi alkohol?
Dan kenapa jakim tidak mengambil tindakan terhadap syarikat yg
mengunakn sijil jakim yg tipu?
J: Memang terdapat sesetengah makanan
yang mengandungi alkohol ketika proses pembuatannya.Tetapi ianya
adalah dibenarkan dlam Islam kerana, alkohol tersebut bukanlah
alkohol yg digunakn utk proses pembuatan arak. Penggunaannya juga
adalah mengikut peratusan yg dibenarkn iaitu tdk lebih 2%
kandungannya.
S:
Ustaz,jiran saya dikampung telah menang nombor ekor RM 300, 000.00
dan telah buat kenduri akikah, apakah hukum kita datang dan makan
dalam majlis tersebut?
J: Jelasnya,setiap makanan yang
bersumberkan kepada sumber yg haram, maka haram dimakan. Sekiranya
kita hadir dan makan dalam keadaan tidak tahu, maka tidak
mengapa..tetapi sekiranya tahu, tidak wajib untuk kita menghadiri
undangan tersebut. Malah boleh membawa kpd hukum haram.
S:
Salam,vaksin cucuk baby halal x?
J: Vaksin cucuk bayi adalah vaksin yang
dibenarkan dan halal digunakan.. Insya Allah.
S: Salam
ustaz , apa hukumnya kalau termakan benda haram?
J: Sekiranya termakan dan tidak tahu
serta tidak sengaja,maka dimaafkan. Sekiranya tahu dan sengaja,maka
hukumnya berdosa dan wajib memohon ampun kepada Allah swt.
S: Saya
dapati pasaraya besar termasuk Tesco/Giant dll menjual "Gelatine"
tanpa sijil halal. Setahu saya "Gelatine" ini memang tidak
halal. Mohon p'cerahan.
J: Tidak semua gelatin yang haram.
Berdasarkan fatwa majlis fatwa kebangsaan, Gelatin yang diharamkan
ialah gelatin yang diperbuat daripada haiwan. Sekiranya diperbuat
daripada bahan2 kimia dan sebagainya,maka ianya termasuk dalam
kategori gelatin yg dibenarkan syarak.