Rasulullah SAW – Guru Sepanjang Zaman (1) – Tanyalah Ustaz 17.05.2013
Ustaz Mustafa Kamah Hamzah
Selamat Hari Guru kepada guru-guru,
pertarbiyyah-pentarbiyyah yang membawakan manusia lebih dekat kepada Allah
Ta’ala.
Bacaan surah Jum’aah, ayat 1-2:
Jika tidak dikenalkan, kita takkan mengenal Allah. Oleh itu,
Nabi diutuskan untuk menjadi guru dan mengajar manusia. Rasul SAW diutuskan
untuk mengenalkan tentang Allah. Tiga perkara besar yang dibawa oleh Nabi SAW
ialah:
- Membacakan ayat-ayat Allah – mengenalkan Allah kepada Allah dengan mengajar tauhid kepada Allah
- Membersihkan mereka daripada iqtikad yang sesat
- Mengajarkan kitab Al-Quran - pengetahuan tentang Allah, hikmah dan syariat yang ada didalamnya.
Jadi, bagaimana cara untuk seorang guru mendidik? Antaranya
ialah:
- Guru juga mestilah memberikan teladan yang baik, jangan pula guru buat sebaliknya daripada apa yang dikata.
- Menyampaikan ilmu dengan bijaksana (ahli dalam bidangnya)
- Berjaya mendidik dirinya terlebih dahulu sebelum mendidik orang lain.
Seorang murid hendaklah:
- Taat kepada guru
- Menjaga adab dengan guru
- Berkhidmat kepada guru – dikatakan murid yang hebat ialah murid yang banyak mendoakan gurunya. Dikatakan bahawa Imam Hambal banyak mendoakan gurunya iaitu Imam Syafie. Setelah Imam Syafie meninggal sekalipun
Ilmu yang diperolehi perlu diamalkan. Apabila sudah berilmu
lebih daripada guru, jangan pula memandang rendah pada guru sebelum ini. Antara
akhlak terburuk seorang murid ialah memandang rendah pada gurunya.
Guru perlu juga mendoakan dan menyayangi anak muridnya.
Lebih-lebih lagi kepada anak murid yang lemah pencapaiannya. Dengan ilmu yang
diperolehi, kita perlu mentarbiyyah orang yang lebih dekat dengan kita dahulu
iaitu keluarga kita.
Dalam kisah perang Uhud, Nabi SAW berpesan kepada pasukan
pemanah agar tidak turun bukit. Tetapi apabila melihat harta ditinggalkan musuh,
mereka lupa akan pesan Nabi SAW dan turun juga dan menyebabkan kekalahan pihak
Islam. Allah SWT kemudian berfirman agar Nabi SAW tidak marah dan berlembut
kepada mereka dan juga meminta keampunan atas kesalahan mereka.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Bolehkah ustaz memberikan contoh Nabi
SAW mendidik dengan akhlak yang mulia?
J: Suatu hari, seorang Badawi masuk ke masjib Nabawi dan
kencing di dalamnya. Melihatnya sahabat marah dan ingin menghalau Badawi itu
keluar, tetapi baginda SAW melarangnya. Baginda membiarkan dan setelah Badawi
itu selesai barulah Baginda SAW menegur
yang perbuatan itu salah dan diminta dia tidak mengulanginya. Nabi SAW
tidak akan marah kepada orang yang tidak tahu, bahkan Nabi SAW menunjukkan pula
cara membersihkan masjid daripada najis. Badawi itu pun berjanji tidak akan
mengulanginya. Ada 4 formula mentarbiyyah anak murid:
- Tarbiyyah melalui akal – Jika ditahfiz akan diajar melalui hafalan, perbahasan dan kerja rumah
- Tarbiyyah melalui jasmani – jikalau pendidikan pondok dahulu, anak murid akan berkhidmat kepada guru sebagai bentuk tarbiyyah jasmani. Ini penting kerana kata Ulama, akal yang sejahtera berada pada badan yang sihat
- Tarbiyyah melalui akhlak (nafsu) yang baik
- Tarbiyyah rohani – Guru perlu juga solat berjemaah bersama anak murid
Gabungan ini semua akan dapat mengubah anak murid menjadi
lebih baik, in sha Allah.
S: Saya pernah mendengar satu ungkapan: “Jika
anda seorang guru, contohilah Rasulullah yang mengajar dengan penuh hikmah”.
Mohon ustaz kupaskan maksud mengajar dengan hikmah dan relevannya dengan kaedah
pengajaran hari ini?
J: Nabi SAW sememangnya contoh yang terbaik. Nabi SAW
bersabda, “Mulakan dengan diri kamu dahulu!”. Oleh itu, jika ingin suruh anak
murid solat, guru mesti solat dahulu. Kata ulama untuk mendapat kejayaan perlu
ada 3 kesungguhan – iaitu daripada ibu bapa, pelajar itu dan guru. Hikmah
bermaksud ilmu yang mendalam dan diajar dengan cara yang bijaksana. Contohnya seorang datang kepada Nabi SAW dan
berkata dia suka berzina. Lalu Nabi SAW bertanya adakah dia suka jika
isterinya, ibunya, anaknya atau saudara perempuannya dizinai orang. Sahabat itu
tersedar dan tidak mahu berzina lagi. Nabi SAW mengajar dengan bijaksana dan
akan tegas dalam hal yang memerlukan ketegasan. Antara cara yang Nabi SAW gunakan ialah:
- Nabi SAW menjelaskan dengan suara yang jelas dan memberi peluang anak murid bertanya jika ada yang tidak jelas.
- Adakalanya Nabi SAW juga membawa ‘alat bantuan mengajar’ untuk menarik perhatian murid. Contohnya, pernah sekali Nabi SAW membawa sebatang kayu dan menggariskan dan mengatakan “Inilah jalan yang lurus”.
- Nabi SAW juga banyak mengajar melalui bercerita
- Memberi kasih-sayang kepada anak murid seperti menyayangi anak sendiri dan memberi peluang mereka mengadu sekiranya menghadapi masalah.
J: Rasulullah SAW bersabda, “Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi
Nabi mewariskan ilmu”. Ilmu terdapat dalam Al-Quran dan hadis. Oleh itu, kita
perlu mengikutnya secara keseluruhan. Kita tidak boleh ambil sedikit-sedikit
dan mengambil bahagian yang kita suka sahaja. Barangsiapa yang mendengar satu
hadis dan mengamalkannya, dia akan diberi cahaya oleh Allah SWT. Oleh itu, kita
perlu mengikut sunnah Nabi semampu kita, hatta dalam perkara kecil seperti
potong kuku, berpakaian putih pada hari Jumaat, memakai wangi-wangian dan
sebagainya. Bagi yang mengikut sunnah, jangan pula memandang rendah kepada
mereka yang tidak mengikut sunnah. Ada orang pernah berkata kepada saya, “Saya
bukan tidak suka Islam, tetapi saya tidak suka kepada orang Islam”.
S: Benarkah jika seorang guru itu mengajar
dengan ikhlas, dia boleh menjadi seorang yang kaya di dunia dan jutawan di
akhirat.
J: Dalam surah Al-Imran, ayat 31:
Sesiapa yang mengikuti Nabi SAW, dia juga akan dicintai
Allah Ta’ala dan akan berbahagia di dunia dan akhirat. Kita perlu banyakkan
berdoa agar dapat mencontohi Nabi SAW dan banyakkan juga berselawat.
S: Ibu bapa kurang memberi perhatian dalam
mendidik anak-anak di rumah. Oleh itu, saya berharap guru dapat mendidik anak
agar solat juga.
J: Ketika ditanya bagaimana keadaan Rasulullah SAW di rumah,
Aisyah r.a. berkata, “Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran”. Maka, anak murid perlu
dididik akhlaknya juga, walaupun kita sibuk sekalipun. Jika kita tidak sempat
mengajar, kita perlu mencari guru yang boleh mengajarkan..