Tarbiyah Halal (3) – Tanyalah Ustaz 12.05.2013
Ustaz
Mohd Amri Abdullah
Hari
ini sudah masuk 2 Rejab dan hari Ibu, tetapi hari ibu sepatutnya diraikan
setiap hari. Jangan lupa mendoakan kebaikan di dunia dan akhirat untuk ibu-ibu
kita.
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa mencari makanan yang
halal itu adalah kewajipan di atas kewajipan yang lain. Mereka yang hidup
sebagai minoriti di negara bukan Islam sanggup bersusah-payah demi menjaga
akidah dan mencari makanan yang halal. Oleh itu, kita di sini tidak boleh
terlalu berbaik sangka dan perlu juga memeriksa dan mengambil tahu perihal
halal/haram makanan dan minuman seharian.
‘Rennet’ ialah bahan yang digunakan untuk membuat keju dan
berasal daripada usus haiwan. Oleh itu, cari keju yang ada logo halal sebelum
membeli dan memakannya.
Perbuatan menghalalkan yang haram, dan sebaliknya
sewenang-wenangnya adalah salah dan pihak pengguna perlu memeriksa dengan pihak
berwajib untuk mendapat kesahihan.
Nabi SAW bersabda bahawa yang halal itu jelas, dan yang haram
itu jelas. Di antara keduanya ada perkara yang syubhat dan sesiapa yang
menjauhinya, maka dia telah menjaga kehormatan dan agamanya.
Ada 3 keadaan menghadapi perkara syubhah:
- Jika dia yakin halal, tapi kemudian rasa was-was, maka dia perlu ambil pendapat yang pertama.
- Jika dia rasa haram, tetapi mungkin terliur selepas melihatnya dan merasakan halal, maka perlu dijauhi.
- Jika dia ragu-ragu antara halal dan haram, maka perlu diajuhi.
Makanan halal mempunyai kaitan yang sangat kuat dengan hati.
Jika baik hati, maka baiklah seluruh jasad dan perbuatannya. Jika sebaliknya,
maka jahatlah seluruh jasad itu. Oleh sebab itu, Nabi SAW bersabda yang taqwa
itu di dalam hati.
Kata Imam Ibnu Al-Mulaqqi* - Kebaikan hati itu ada 5:
- Baca dan tadabbur Al-Quran
- Tidak banyak makan. Sy. Aisyah ra berkata, “Bala pertama sakali yang akan menyerang umat Islam ialah kekenyangan perut. Apabila kenyang perutnya, maka akan gemuklah badannya dan nafsu pun menguasai”. Abu Hurairah nampak Nabi SAW solat duduk dan bertanya kenapa. Baginda mengatakan yang dirinya lapar. Abu Hurairah pun menangis tetapi Nabi SAW mengatakan bahawa orang yang lapar di dunia tidak akan diazab diakhirat jika dia menjaga kebaikan-kebaikan yang lain.
- Beribadah pada waktu malam
- Berdoa pada waktu sahur
- Berada di sisi orang-orang yang soleh
Said bin Yazid pula menyebut ada 5 kesempurnan ilmu iaitu:
- Mengenali Allah
- Mengetahui kebenaran
- Melakukan amalan ikhlas kerana Allah
- Beramal mengikut sunnah
- Makan makanan yang halal
Now, I know why Steve always wear the same style! |
Ubatilah hati dengan makan yang kurang. Untuk makan jangan
lebih daripada 2 lauk. Inilah yang diamalkan oleh Sy. Umar. Seorang ahli psikologi
terkenal berkata, “Aku tidak mahu menghabiskan banyak masa untuk berfikir, maka
aku ada sehelai sahaja baju untuk setiap hari”. Kita hari ini ada banyak helai
baju, banyak warna dan banyak juga habis masa untuk memilih yang mana untuk
dipakai.
Makan jangan terlalu sedap dan jangan simpan terlalu banyak
makanan di dalam rumah kerana akan banyak masa akan dihabiskan di situ. Banyakkan puasa sunat untuk mengurangkan makan juga.
Nabi SAW suka makanan segar, dan makanan manis seperti madu
dan kurma.
Daripada 25 pesanan Luqman Nul Hakim kepada anaknya, antara yang berkaitan makanan ialah:
Pesanan 11 - jangan makan terlalu kenyang. Jika berlebihan
lebih baik diberi kepada anjing.
Pesanan 14: makan dengan orang yang bertaqwa dan
bermesyuaratlah dengan alim ulama dengan meminta nasihat dari mereka.
Daripada 30 pesanan Imam Syafie pula, yang ketiga menyuruh
kita memakan makanan yang halal kerana ianya baik untuk kesihatan.
Jangan lupa baca Basmallah dan doa sebelum dan selepas
makan. Jika terlupa, syaitan akan makan bersama kita dan akan memberi kesan
kepada tubuh bada kita.
Orang Yahudi menguasai dunia walaupun mereka cuma 16/17 juta
orang sahaja kerana meraka sangat menjaga makan – mereka tak makan organ
dalaman sepertimana orang kita. Organ dalaman ini ialah tempat tersimpannya
banyak toksik dan tidak bagus untuk kesihatan.
Sesungguhnya apa yang halal itu lebih banyak daripada apa
yang haram.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Bagaimana status halal makanan jika tukang
masaknya bukan Muslim?
J: Halal/haram makanan bergantung kepada bahan yang
digunakan, peralatan penyediaan dan pengangkutan yang terlibat. Namun, jika
kita ingin menjaga kewarakan, kita carilah makanan yang dimasak oleh orang yang
Islam.
S: Dahulu di Singapura ada pusat penyembelihan ayam halal tetapi
telah ditutup. ‘Bannernya’ masih ada tetapi peniaga baru ialah orang bukan
Islam yang mengaku menyembelih secara Islam. Jadi, orang Islam terus membeli di situ. Apakah
hukumnya?
J: Jika pemiliknya orang bukan Islam, tetapi orang yang menyembelih ialah orang Islam dan mengikut syarak, maka boleh dibeli. Perihal penggunaan ‘banner’ yang sudah tidak sah pula perlu diuruskan dengan pihak berwajib di Singapura.
J: Jika pemiliknya orang bukan Islam, tetapi orang yang menyembelih ialah orang Islam dan mengikut syarak, maka boleh dibeli. Perihal penggunaan ‘banner’ yang sudah tidak sah pula perlu diuruskan dengan pihak berwajib di Singapura.
S: Rakan di luar negara suka makan ‘burger’ di
kedai makanan segera kerana berpendapat dagingnya disembelih oleh ahli kitab.
Mohon pencerahan.
J: Orang Kristian bukanlah ahli kitab. Ahli kitab ialah orang keturunan Nabi Yaakub dan orang Yahudi sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Persoalannya adakah mereka masih ada? Oleh itu, Jakim menolak sembelihan ahli kitab. Tambahan pula, ‘burger’ bukan semata-mata daging. Ada banyak bahan lain yang dicampur untuk membuat ‘burger’.
J: Orang Kristian bukanlah ahli kitab. Ahli kitab ialah orang keturunan Nabi Yaakub dan orang Yahudi sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Persoalannya adakah mereka masih ada? Oleh itu, Jakim menolak sembelihan ahli kitab. Tambahan pula, ‘burger’ bukan semata-mata daging. Ada banyak bahan lain yang dicampur untuk membuat ‘burger’.
S: Ada juga pendapat mengatakan orang Islam
boleh makan makanan yang ada sijil kosher?
J: Salah. Kosher ialah sijil makanan orang Yahudi dan mereka bukan ahli kitab. Sembelihan mereka dilakukan oleh orang Yahudi juga.
J: Salah. Kosher ialah sijil makanan orang Yahudi dan mereka bukan ahli kitab. Sembelihan mereka dilakukan oleh orang Yahudi juga.
S: Bagaimana dengan peniaga bukan Islam yang
menggunakan ayat-ayat Quran sebagai penarik pelanggan Islam (Contohnya kedai
mamak yang kebanyakan bukan lagi milik India Muslim seperti suatu ketika
dahulu)?
J: Ini merupakan kesalahan dan boleh dihukum jika sabit
kesalahan. Pengguna boleh membantu dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa
(Jakim/Pejabat Islam negeri). Jika disabitkan kesalahan, mahkamah boleh memberi
sehingga separuh denda kepada pengguna yang membuat aduan.
S: Fatwa tentang rokok telah jelas iaitu
haram, tetapi kenapa ianya masih dijual secara berleluasa?
J: Pihak Jakim tidak mempunyai kuasa untuk menyekat
penjualan rokok.
Senarai soalan dan
jawapan (Online Chat)
S: Salam Ustaz, bagaimana makanan segera yang diboikot orang
Islam kerana sumbangan kepada Israel, walaupun makanan itu halal?
J: Perkara ini
bergantung kepada niat seseorang. Sekiranya ia bertujuan untuk melumpuhkan
ekonomi negara haram Israel, maka hukumnya adalah harus.Wa Allahu A'alam.
S: Salam ustaz,
adakah cheese dari negara-negara luar yang mempunyai logo halal negara itu
sendiri, diyakini halalnya?
J: Sekiranya logo
halal itu memang logo halal original daripada negara pengeluar,maka ianya
dianggap halal dan harus memakannya. Sekiranya tidak pasti,adakah ianya logo yg
sahih,maka boleh rujuk laman web JAKIM : www.halal.gov.my untuk mengetahui
badan2 halal yg diiktiraf.
S: Assalamualaikum
ustaz, saya ingin mohon pencerahan ustaz berkenaan artikel yang mengatakan kod
E 471 dll adalah kod babi. Adakah ia benar ustaz?
J:
Wa'alaikumussalam. Kod E merupakan tambahan makanan yang digunakan sebagai
perasa, pewarna, pengawet, bahan pengental dan sebagainya. Kod2 E boleh dibuat
daripada tumbuhan atau haiwan, bergantung kepada jenis Kod E. Maka sekiranya
produk tersebut ada logo halal, maka insya Allah ianya halal.
S: Salam ustaz,
saya kerja di tadika, tapi pelajar2 bkn islam dan guru yg lain selalu mkn
PORK,dan saya pernah terpegang sbb saya tk tahu,adakah berdosa?
J: Sekiranya tidak
mengetahui tidak mengapa. Tetapi setelah mengetahui,maka wajiblah dielakkan
daripada memegangnya. Mengikut mazhab syafie,wajib disamak tangan yang memegang
khinzir tersebut.
S: Salam, bagaimana
dengan status halal bagi vitamin @ supliment tambahan @ ubat-ubatan yang tiada
apa-apa logo halal?
J: Sekiranya tiada
logo halal,maka cara lain ialah dengan meneliti bahan2 yg digunakan dalam
pembuatan barangan tersebut.Ini kerana ada istilah bahan yang kita ketahui sbg
bahan yg tidak halal seperti gelatin khinzir dn sebagainya. Jika tiada yg
haram, maka hukumnya harus digunakan. Jika was2 maka elakkan.
S: Salam ustaz, kita
slalu mendengar istilah halal dan baik .Bagaimana pula jika makanan itu halal
tetapi tidak baik spt mknn ringan dan minuman bergas?
J: Ianya masih
tetap halal,cuma sekiranya makanan dn minuman tersebut memudharatkan, maka
haruslah dikurangkan pengambilannya atau dielakkan.Ini kerana kewajipan bagi
setiap muslim itu ialah menjaga kesihatan tubuh badannya agar mudah untuki kita
beribadat kepada Allah SWT.
S: Salam ustaz.anak
saya ada masalah kulit,doktor mencadangkan sabun oilatum baS. Dabun ini tidak
ada cop logo halal. Minta penjelasan?
J: Sila rujuk laman
web JAKIM untuk maklumat lanjut : www.halal.gov.my
S: Salam Ustaz, apakah
hukum jika kita makan di sebuah restoran yang makanannya halal,tetapi turut
menjual air arak?
J: Seeloknya
dijauhi. Ini kerana dibimbangi makanan yang dimasak itu akan dicampur dengan
arak atau sebagainya. Walaupun begitu tiada masalah untuk makan makanan yg
dijual disitu jika diyakini halal dan bersih dari segi bahan2nya sehinggalah
kepada penyediaannya. Sekiranya was2, maka eloklah dielakkan.
S: Salam ustaz,saya
nak tanya kalaulah kita orang islam tapi kita kerja kat kedai yang haram adakah
duit gaji itu halal ? terima kasih
J: Duit gaji itu tetap
halal,cuma ianya termasuk dalam sumber yang syubhat,sekiranya perniagaan kedai
itu tidak 100% haram. Ia bercampur dengan produk halal dan haram. Sekiranya
100% produk haram,maka gaji itu juga jadi haram.Seharusnya kita mencari
pekerjaan lain, bagi mengelakkan syubhat dan hasil haram.
* - mungkin tersilap kerana tidak dapat mendengar dengan jelas.
p/s: Mohon maaf
atas kekurangan. Yang baik jom kita amalkan, yang tak baik, sila beri teguran
:)