Adab Menziarahi Orang Yang Ditimpa Musibah (2) – Tanyalah Ustaz 28.02.2013
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan ayat 1, surah Al-Mulk: Orang yang sakit mesti menaruh sangkaan baik kepada Allah. Ini kerana Allah berfirman bahawa Allah itu seperti sangkaan hamba-Nya. Jadi, jangan sesekali bersangka buruk pada Allah. Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah yang perlu dilakukan ketika melawati orang yang sedang nazak? J: Dalam menghadapi orang yang sedang nazak, perlu: Ajarkan mengucapkan ‘La ila ha illallah’ secara berulang-ulang. Ajarkan dengan cara lemah-lembut, bukannya dipaksa. Di sunatkan mengiringkan badan di atas lambungan kanan, dan muka menghadap kiblat. Jika sukar, arahkan kaki ke arah kiblat dan tinggikan kepalanya agar mukanya menghadap kiblat. Baca Yaasin – ada hadis sahih menyebut baca Yasin kepada orang yang nazak dan orang yang telah meninggal dunia. Yasin itu sebahagian Al-Quran yang membawa rahmat, semoga dengan rahmat itu, dapat dipermudahkan urusan roh keluar dari jasad. S: Apakah ucapan takziah...