Sudah Hafal ke belum? :)
Mari kita 'ikat' setiap pergerakan dan perbuatan kita dengan mengingati dan bersyukur pada Allah. Hatta dalam perkara remeh seperti masuk keluar tandas pun kita diajar untuk membaca doa-doa tertentu.
Kita mohon perlindungan dengan Allah ketika masuk tandas, kerana di situlah tempat syaitan suka bertandang. Makin lama di tandas, makin lama kita 'bersama' mereka.
Setelah keluar, kita ucapkan Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya benda berbahaya dapat dikeluarkan daripada tubuh kita (menghilangkan penyakit), dan benda bermanfaat dapat disimpan dan untuk kegunaan tubuh badan kita (menyembuhkan badan). Fikir-fikirkan berapa ramai orang yang terlantar di hospital dek kerana masalah percernaan, usus yang tidak berfungsi lagi, dan seumpamanya. Jangan setelah nikmat ini hilang, barulah kita terkenang betapa sombongnya kerana tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan ini.
Jom sama-sama hafal dan hayati maknanya. Jangan biarkan adik-adik tadika je pandai baca doa-doa ni ;)