Adab Menziarahi Orang Yang Ditimpa Musibah (1) – Tanyalah Ustaz 27.02.2013


Ustaz Raihan Abdul Aziz


Bacaan ayat 155, surah Al-Baqarah:

Nabi SAW bersabda, “Antara perkara yang dapat memberatkan timbangan di Mizan ialah akhlak-aklak yang baik”. Itulah sebabnya Nabi SAW diutuskan untuk menunjukkan akhlak yang terpuji kepada kita.

Senarai soalan dan jawapan

S: Apakah kelebihan menziarahi orang ditimpa musibah?
J: Kelebihan ada disebut dalam beberapa hadis:
Hadis 1: Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya seorang Muslim itu apabila menziarahi saudaranya yang Muslim, sentiasalah berada dalam taman syurga” (HR Muslim).
Hadis 2: Sayyidina Ali pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Tiadalah muslim yang menziarahi saudaranya muslimnya yang lain di pagi hari melainkan mendoakan atasnya oleh 70 ribu malaikat sehingga ke petang hari. Jika menziarahinya di petang hari maka mendoakan atasnya oleh 70 ribu malaikat sehingga ke pagi hari”. (HR Tidmizi)
Hadis 3: Sepotong hadis daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menziarahi orang ditimpa musibah, kerana Allah Ta’ala, ada satu seruan yang menyerunya, ‘Semoga Allah Ta’ala memberi kebaikan kepada kamu, kebaikan dalam perjalanan kamu, dan Allah Ta’ala akan menjadikan tempat duduk kamu dalam syurga’”.

S: Perlukan kita segerakan melawat orang yang sakit?
J: Ada hadis Nabi SAW menyebut bahawa, “Jika dia sakit, ziarahilah dia”. Daripada hadis ini ianya membawa maksud agar segera menziarahi orang yang sakit. Namun, dalam hadis lain diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW menyuruh menziarah selepas 3 hari. Dalam hadis lain menyatakan bahawa Rasulullah SAW tidak menziarahi orang sakit melainkan setelah 3 hari. Oleh itu, ulama berbincang dan menyatakan:

  • Andainya keadaan pesakit itu kritikal, atau saudara kita yang hampir, maka kita perlu segerakan ziarah
  • Jika penyakit yang biasa dan tidak kritikal contohnya orang baru lepas bersalin, maka lebih baik tunggu 3 hari agar dapat memberi masa mereka bersedia.

S: Berapakan jangka masa yang sesuai untuk menziarahi pesakit?
J: Bergantung kepada keadaan pesakit. Jika kehadiran kita menyukarkan menguruskan pesakit atau tidak disenangi, jangan duduk lama-lama. Namun, jika kehadiran kita disukai pesakit, maka kita mesti meraikannya dan menemani pesakit lebih lama.

S: Adakah doa tertentu untuk diamalkan ketika menziarahi pesakit?
J: Ada disebut di dalam kitab sahih Bukhari, riwayat daripada Aisyah, r.a, bahawa Rasulullah menziarahi isterinya yang sakit dan menyapu

Dalam hadis lain, Nabi SAW mengajarkan doa berikut:

S: Bolehkah menyentuh orang yang sakit?
J: Boleh, jika mahramnya. Tambahan lagi jika yang sakit itu anak/cucu, maka sentuhan itu boleh menambah kasih sayang dan membantu penyembuhan. Pegang pada tempat sakit dan baca doa ruqyah Nabi SAW. Seandainya bukan mahram, maka lapiklah terlebih dahulu kerana kita jangan mencari kemurkaan Allah ketika mengharapkan bantuan Allah. Ada juga diriwayatkan bahawa ketika Nabi SAW sakit, Aisyah yang membacakan 3 Qul dan menyapu pada tubuh Rasulullah SAW yang sedang uzur.

S: Adakah terdapat adab tertentu ketika menziarah orang yang sakit?
J: Ya, ada diriwayatkan bahawa orang bertanya khabar kepada Ali bin Abi Talib, selepas mereka menziarahi Rasul SAW yang sedang sakit. Jadi ulama mengatakan bahawa:
  1. kita perlu bertanya khabar keluarga mereka yang sakit.
  2. mendoakan dengan doa yang bermaksud, “Tak mengapa, In sha Allah akan sembuh”. Jangan pula kita menyampaikan berita yang tidak disenangi. Ini berdasarkan hadis berikut: Daripada Abu Sa’is al-Khudri, Nabi saw. bersabda, “Apabila kamu menjenguk orang sakit, maka hendaklah kamu beri harapan akan panjang umur. Kerana yang demikian itu, meskipun tidak dapat menolak takdir sedikit pun, tetapi dapat menyenangkan hatinya.” (HR Ibnu Majah dan Tirmizi).
  3. Duduk di posisi kepalanya agar mudah mendoakannya.
  4. Orang sakit lebih mengharapkan doa kita berbanding makanan atau buah tangan. Ketika kawan sihat, tidak pula kita belanja kawan itu makan, setelah sakit, barulah kita membawakan berbagai-bagai makanan yang tak boleh dimakannya. Oleh itu, lebih baik beri wang untuk meringankan bebanannya.

S: Betulkah kita yang menziarahi boleh meminta orang sakit mendoakan kita?
J: Ya, ada dalam satu hadis disebutkan bahawa ketika menziarahi orang sakit, kita dianjurkan meminta mereka berdoa kepada kita kerana doa mereka itu umpama doa Malaikat. Kenapa? Kerana malaikat tidak berdosa, dan orang yang ditimpa musibah (kesakitan) akan diampunkan dosa dan diangkat martabatnya. Orang yang ditimpa bukan hanya orang yang sakit, bahkan termasuk orang yang ahli keluarganya meninggal. Inilah menariknya Islam – Allah mengajar bahawa ada orang diberi kelebihan dan ada orang yang diberi kekurangan, dan dengan itu manusia saling memerlukan dan membantu antara satu sama lain.


Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab