“Tulis lebih baik daripada kamu mendengar, menghafal lebih baik daripada kamu menulis, dan memahami serta mengamalkan lebih baik daripada menghafal sahaja”

Habib Abdurrahman bin Ali Masyur bin Hafidz
Terjemahan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid
Kuliah Dhuha Muslimat 20.02.2013, Masjid Darul Ehsan, Taman TAR


6 wasiat bagi orang yang ingin mencari ilmu:
1 Perlukan kecerdasan
2 Perlu ada semangat untuk datang dan mencari ilmu, perlu membawa buku dan mencatit faedah (isi penting)
3 Perlu rajin – orang rajin akan berjaya, orang yang menanam pasti menuai
4 Perlu ada harta yang dibelanjakan
5 Perlu belajar daripada guru, atau sesiapa saja yang layak dan boleh memberi manfaat
6 Perlukan masa yang lama untuk cari ilmu. Dikatakan orang mencari ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad.

Petua mudah menghafal Al-Quran:
1 – Betulkan niat menghafal untuk mendapatkan barakah ayat tersebut
2 – Baca ayat 164, surah Al-Baqarah sebelum tidur (siang atau malam)

3 – Amalkan ayat 1-6, surah Al-'Ala, baca 7x dengan menggenggam tangan, setiap kali selepas menghafal, untuk mengekalkan apa yang telah dihafal.

Dalam menghadiri majlis ilmu, berazam untuk amalkan apa yang dipelajari, catit apa yang didengar. Apa yang dicatit, ia akan kekal. Apa yang diingat saja akan cepat hilang. Kata syair, “Tulis lebih baik daripada kamu mendengar, menghafal lebih baik daripada kamu menulis, dan memahami serta mengamalkan lebih baik daripada menghafal sahaja”.

Jangan lupa doakan (daripada Ratib Al-Haddad) untuk umat Islam lain di Timur dan di Barat dengan doa di bawah sebanyak 10x:
p/s: Serba sedikit isi penting daripada tausiyyah yang disampaikan. Semoga ada manfaat, segala kekurangan, maaf dipinta dan semoga sudi beri teguran.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab