Menggilap Hati (1) – Tanyalah Ustaz 08.02.2013
Ustaz Sharhan Safie
Bacaan ayat 6-10, surah Al-Baqarah:
Orang yang kafir sama saja bagi mereka apabila diberi
peringatan atau tidak. Pendengaran, penglihatan dan hati mereka dikunci
daripada melihat kebenaran.
Hati manusia ialah sesuatu yang berbolak-balik sifatnya. Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Hendaklah kamu tahu bahawa dalam jasad kamu ada segumpal
darah, kalau baik darah itu, maka baiklah seluruh anggota badan kamu. Jikalau
rosak darah itu, maka rosaklah seluruh anggota badan kamu. Itulah yang
dinamakan hati".
Hati itu raja kepada badan, dan hatilah yang menentukan apa
yang dilakukan oleh seluruh anggota badannya. Manusia itu terdiri daripada jasad dan hati. Jasad ada
makanan dan penyakit, begitu juga dengan hati. Ubat jasad ada di hospital,
namun ubat hati hanya boleh didapati melalui Al-Quran.
Antara beberapa penyakit hati:
1. Keraguan dalam agama
Hati tak yakin kepada Allah, Rasul-Nya, hari kiamat dan
seluruhnya. Keraguan ini boleh menjerumuskan seseorang kepada syirik.
2. Perasaan sombong dan bongkak
Inilah penyakit yang terkena pada iblis sehingga akhirnya
dikeluarkan daripada syurga.
3. Sifat bakhil
Sedekah merupakan penyembuh dan pengubat hati. Tetapi
syaitan akan selalu membisikkan agar manusia bakhil dan takut hartanya habis
kerana sedekah. Padahal, Nabi SAW berpesan supaya banyakkan bersedekah untuk
menghapuskan dosa dan mengubati penyakit. Sahabat pernah bertanya Nabi SAW,
mengapa sedekah merupakan penyembuh penyakit? Sebabnya ialah kerana orang yang
menerima sedekah akan mendoakan kebaikan kepada orang yang memberi bantuan
kepadanya.
4. Penyakit was-was
Ini juga satu bentuk gangguan syaitan. Mereka yang diganggu
penyakit ini boleh terganggu dalam melakukan ibadah. Senjata untuk mengubati
penyakit ini ialah:
//Akan bersambung esok, In sha Allah.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Mohon ustaz berikan tip untuk menghindarkan hasad dengki dan agar
sentiasa bersangka-baik antara satu sama lain?
J: Hasad dengki merupakan barah kepada amalan, kerana ianya boleh menghapuskan segala pahala sebagaimana api memakan kayu api yang kering. Kita perlu banyakkan rasa bersyukur apabila melihat orang sekeliling kita mendapat kesenangan. Amalkan ayat 82, surah Al-Isra dengan meletakkan tangan di dada, in sha Allah akan dapat menghindarkan perasaan hasad dengki.
J: Hasad dengki merupakan barah kepada amalan, kerana ianya boleh menghapuskan segala pahala sebagaimana api memakan kayu api yang kering. Kita perlu banyakkan rasa bersyukur apabila melihat orang sekeliling kita mendapat kesenangan. Amalkan ayat 82, surah Al-Isra dengan meletakkan tangan di dada, in sha Allah akan dapat menghindarkan perasaan hasad dengki.
S: Hati boleh tercemar dengan kemungkaran yang kadang-kadang kita tak
sedar melakukannya. Adakah perbuatan itu boleh mengotorkan hati?
J: Oleh sebab itu, seorang mukmin, sebelum bercakap, akan
berfikir dan me’napis’nya terlebih dahulu. Ungkapan merungut dan mengeluh atas
kesusahan, contohnya, “Kenapalah aku demam, Kenapalah aku ambil jalan yang ada
kemalangan ni..” dan sebagainya. Perbuatan ini seolah-olah kita tidak redha
dengan qada’ dan qadar Allah. Perbuatan ini boleh mencalarkan hati. Imam
Ghazali ada menyebut bahawa banyak dosa manusia ini berpunca daripada lidah.
S: Mohon pencerahan tentang amalan yang dilaksanakan tanpa amalan hati?
J: Semua amalan menjadi kecil atau besar, bergantung kepada
niat. Oleh itu, sebelum memulakan apa amalan sekalipun, letakkan niat yang baik
dan ikhlaskan semata-mata untuk Allah. Hanya ibadat yang ikhlas yang akan Allah
terima. Ulama mengatakan bahawa ikhlas itu umpama semut yang hitam, yang
berjalan atas batu yang hitam pada kepekatan malam.
S: Adakah dengan memakan makanan kotor boleh menggelapkan hati?
J: Kotor terbahagi kepada 2 – lahiriah dan batiniah. Secara
lahiriah ialah apabila makanan itu rosak, manakala secara batiniah merujuk
kepada sumber wang makanan itu dibeli. Jika ada antara kita yang merasakan
anaknya sukar dibentuk atau gelap hatinya, cuba periksa kembali sumber kewangan
kita.
S: Jika ada semut dalam makanan/minuman, bolehkan diminum
J: Tak boleh, kerana ada ulama’ mengatakan bahawa perbuatan
itu boleh menggelapkan hati. Jika lalat, boleh dicelup keseluruhan badan lalat
dan minum.
S: Dunia hari ini dunia akhir zaman dan kita banyak mengikut contoh
daripada Barat.
J: Betul, contohnya ramai terlibat dengan pil-pil khayal,
melayari maklumat secara tak sepatutnya di komputer atau telefon bimbit. Ada
satu kisah berlaku ketika Rasul SAW mengimami solat dan membaca ayat 7, surah
Al-Hajj seperti berikut:
Setelah membaca ayat itu, Baginda tak boleh meneruskan
bacaannya sehingga sahabat menegur dengan berkata “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah”.
Selepas solat sahabat bertanya apa yang berlaku. Nabi SAW menceritakan bahawa
ketika Nabi SAW membaca ayat itu, Jibril datang dan berkata, “Ya Muhammad,
sesungguhnya kamu sedang berada di akhir zaman. Dan ketahuilah bahawa umatmu
hanya 1 daripada 2000 yang akan ke syurga Allah”. Itulah sebab Nabi SAW berasa sangat
sedih kerana baginda terlalu sayangkan kita semua. Mari kita muhasabah diri –
adakah kita seorang daripadanya 2000 atau sebaliknya? Tepuk dada, tanya iman!
S: Bagaimana untuk menggilap hati yang telah tertutup?
J: Amalkan zikir Nabi Yunus setiap hari (surah Al-Anbiya'. ayat 88), sambil meletak tangan di dada:
Maksudnya, “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, Maha
Suci Engkau. Sesungguhnya aku di kalangan yang menzalimi diriku sendiri”