Cinta..cinta..cintalah para ulama' - Tausiyah Ustaz Don Daniyal, Maulid Akbar MTDM 1434H
Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid
Bacaan
ayat 102, surah Ali-Imran:
Suatu
hari, ketika Nabi SAW memberi kuliah, ada seorang 'Arabi meninggikan
suara dan bertanya, "Ya Muhammad SAW, bilakah kiamat?"
Nabi mendengar tetapi Baginda meneruskan menghabiskan kuliahnya.
Setelah sudah, Nabi SAW bertanya siapakah yang bertanya tadi? Ketika
itu, 'Arabi itu sudah hampir keluar di muka pintu. Nabi SAW bertanya
kembali padanya, "Apa persiapanmu?". Jawabnya dengan jujur,
"Aku tak ada sedia apa-apa (yakni dia buat yang fardhu, cuma
amalan sunat tak banyak) kecuali aku cinta kepadamu Ya Rasulullah".
Firman
Allah dalam surah Al-Hadid ayat 16:
Jangan
kita jadi seperti kaum Yahudi dan Nasara yang Allah beri kitab kepada
mereka dan menceritakan secara terperinci tentang Nabi SAW -
kulitnya, tubuhnya dan banyak ciri lain lagi sehinggakan mereka lebih mengenali Nabi
SAW berbanding anak mereka. Namun mereka telah menolak kebenaran dan meninggalkan Nabi mereka. Gologan ini jauh dari Nabi dan akibatnya
hati menjadi keras.
Oleh
sebab itu kita perlu sangat-sangat bersyukur kepada mereka
menganjurkan, kepada alim ulama' yang duduk bersama dan memberi
nasihat dalam majlis yang mendekatkan kita kepada Nabi kita, Nabi
Muhammad SAW.
Dalam
surah Al-Haj, ayat 32, Allah berfirman:
Sesiapa
dalam ayat ini merujuk kepada kita semua – yang perempuan, lelaki, tua,
muda, semuanya sekali. Syiar pula merujuk kepada tanda-tanda
kebesaran Allah. Pada pendapat saya, tidak keterlaluan jika saya
katakan bahawa tanda kebesaran Allah yang utama ialah lahirnya utusan
Allah iaitu Nabi Muhammad SAW.
Nabi
Muhammad diberikan banyak mukjizat dan keistimewaan, contohnya air
mengalir dari celah-celah jari Baginda SAW dan mencukupi unutk diberi
minum kepada angkatan tentera Baginda. Ketika Nabi Musa bertemu Allah
di Gunung Tursina, Nabi Musa diminta menanggalkan kasutnya untuk
menghormati kesucian tempat itu. Namun, Nabi Muhammad SAW diizinkan
naik bertemu Allah di arasy namun tiada pun riwayat yang menceritakan
bahawa Nabi SAW diminta membuka seliparnya.
Pesan
Imam Ghazali - "Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan". Oleh
itu, perbuatan kita memuji-muji Nabi SAW melalui alunan qasidah tadi
sudah bagus, tapi kita perlu buat lebih daripada itu. Itulah juga
yang dipesan ibu dan ayah saya iaitu:
Kalau
yang hadir ialah ayah, jadilah ayah seperti Nabi SAW
Kalau
yang hadir ialah anak, jadilah anak seperti Nabi SAW
Kalau
yang hadir ialah suami, ikut juga akhlak Nabi SAW
Tirulah
akhlak Nabi SAW dalam semua keadaan. Inilah yang sepatutnya menjadi
hasil daripada kita duduk dalam majlis ilmu sebegini. Oleh itu,
jangan ada dalam kalangan kita yang hadir, yang mengalunkan kata-kata
pujian kepada Nabi SAW, menggunakan bibir yang sama untuk
berkata-kata keji. Jangan ada antara kita yang menggunakan anggota
badan yang sama yang memuji Nabi SAW untuk berbuat kemungkaran pula selepas ini. Kenapa? Kita tak tahu
siapa yang datang, tetapi Nabi SAW bersada bahawa malaikat melebarkan
sayapnya dalam majlis sebegini. Malaikat itu kenal kita. Oleh itu,
jangan kita hilangkan mutiara ilmu daripada majlis ini dengan
perbuatan yang tidak baik selepas ini.
Pesan
Nabi SAW kepada Ashabul Suffah - Nabi SAW berkata kepada mereka,
"Siapa nak ikut aku untuk ambil 2 ekor unta?" Katakan,
nilainya hari ini lebih kurang 16 ribu. Semua sahabat pun kelihatan
seronok. Melihatkan itu, Nabi SAW pun berkata, "2 potong ayat
Al-Quran adala lebih bernilai daripada 2 ekor unta!".
Pengajaran
yang ingin saya sampaikan ialah ulama' yang berada di hadapan kita
ini telah membaca beribu-ribu potong ayat Al-Quran. Namun mereka tidak
pernah meminta upah daripada kita, dan mereka cuma mengharapkan kita
semua berubah mengikut akhlak Nabi SAW. Oleh itu, jadilah orang yang disukai
dan disayangi, biarpun ketika kita marah kepada mereka.
Cukuplah
setakat ini sempena mengambil kata-kata Habib Ali iaitu, “Kalam
yang bagus ialah kalam yang pendek dan tepat”.
Nasihat
terakhir kepada diri saya dan semua ialah, Datanglah dengan hati yang
ikhlas untuk menuntut ilmu dan amalkan apa yang diperolehi. Kalau tak
dapat banyak, dapat sedikit pun tidak mengapa dan amalkan terus.
Semoga
kita dimasukkan sebagai golongan orang yang cintakan Nabi SAW.
Disamping itu, jangan lupa untuk cintakan ulama juga. Ulama ialah
pewaris Nabi. Oleh tu, cinta.. cinta..cintalah para ulama', ini
sahajalah yang tinggal untuk kita. Wallahu'alam.