Tawakal (3) – Tanyalah Ustaz 03.02.2013
Ustaz Dr. Zahazan Mohamed
Bacaan ayat 1000 Dinar:
Dalam apa jua pertemuan, jadikanlah kalamullah itu tujuan
yang utama. Ayat yang dibacakan adalah daripada surah Al-Talaq, sebahagian ayat
2 dan 3. Surah ini juga dikenali sebagai surah Nisa’ kecil kerana banyak
membincangkan hal berkaitan wanita. Begitulah ditinggikan kedudukan wanita
dalam Islam sehingga ada surah khas berkaitan wanita berbanding layanan tidak
baik yang diberikan orang pada zaman Jahiliyyah dahulu.
Menurut Tafsir Al-Baghawi (ulama mazhab Syafie), kebanyakan
ulama mengatakan ayat ini diturunkan sempena berlakunya kisah seorang sahabat
yang bernama Auf bin Malik yang anak lelakinya ditawan oleh kaum Musyrikin. Dia
juga dilanda kemiskinan dan datang mengadu kepada Nabi SAW. Baginda SAW berpesan
kepadanya:
- Bertaqwa kepada Allah. Ada ulama menggariskan taqwa sebagai mentaati suruhan dan meninggalkan larangan-Nya, hendaklah mengingati Allah dan jangan melupakan-Nya, dan bersyukur pada-Nya dan jangan kufur. Jangan terlibat dengan perkara-perkara yang haram.
- Bersabar
- Banyakkan mengucap ‘La hau la wala quwata illah billah”.
Oleh itu, sesiapa yang menghadapi apa juga bentuk musibah
digalakkan mengamalkan yang serupa.
Ada 3 bentuk jawapan Allah kepada doa kita:
- Allah beri apa yang diminta di dunia
- Allah tangguhkan pemberian itu di akhirat
- Allah hindarkan bala’ yang sepatutnya menimpanya
Oleh itu perlu berfikir secara positif dan berbaik sangka
pada Allah.
Saya mencadangkan agar tuan-puan mendapatkan Al-Quran Wakaf
Ibtida’, yang dikaji selama 30 tahun oleh tokoh Al-Quran negara dan dunia iaitu
Tan Sri Hj Hassan Azahari & Dr. Raof Tan Sri Hassan.
Tawakkal ialah satu tanda keimanan kepada Allah Ta’ala. Ianya merupakan satu rasa dalam hati yang menyerah segala urusan kepada Allah Ta’ala. Para Nabi juga bertawakal kepada Allah dalam segala hal. Dalam hadis Nabi SAW bersabda: “Kamu jagalah harta kamu dengan zakat, jangan abaikan. Rawatlah sakit kamu dengan banyak bersedekah. Hadapilah kesusahan hidup kamu dengan banyak bermunajat, berdoa pada Allah”. Mengadulah pada Allah kerana Allah Maha Mendengar. Bertaubatlah atas dosa-dosa yang mungkin menyebabkan doa kita terhijab.
Inilah laluan kehidupan kerana dunia sememangnya tempat manusia diuji. Lebih besar iman, maka lebih besar ujiannya. Para Nabi adalah golongan yang paling banyak diuji. Allah Maha Adil. Jika mampu, milikilah buku “Kompas Umat” tulisan Ustaz Omar Mohamad Nor. Menurut penulis, selalunya, setelah banyak ujian, Allah tetap akan memberi ganjarannya di dunia (walaupun sedikit) sebelum di akhirat. Ujian yang getir menjanjikan ganjaran yang besar di sisi Allah.
Maka jika ada sesiapa yang ditimpa apa jua bentuk musibah, banyakkan berdoa:
Allahuma ajirni fee museebati wakhlifni khairan minhaa
Maksudnya -"Ya Allah, berikan kepadaku ganjaran ke atas musibah yang menimpa kepada aku dan gantikan kepadaku ganti yang lebih baik daripada apa yang berlaku kepadaku".
Jangan putus asa dalam berusaha. Jangan turun bawah sebelum sampai ke puncak!
Soalan dan jawapan
S: Bagaimana dengan orang yang berusaha sehingga merasa putus asa?
J: Menurut hadis yang saya sebut dalam siri pertama – Nabi
SAW bersabda dalam satu hadis Qudsi, “Dimakbulkan doa kamu selagi kamu tidak
tergesa-gesa”. Sahabat bertanya, “Apa maksud tergesa-gesa”. Nabi menjawab, “Dia
berdoa dan berkata bila nak dapat”. Seorang pakar motivasi mengatakan yang ‘there is no shortcut to
success’. Mungkin kita sudah berusaha berubat dengan 100 doktor, tapi kita tak
tahu yang doktor ke 101 baru akan dapat membantu kita. Oleh itu, jangan berhenti berusaha. Allah mempunyai
perancangan yang lebih baik. Jangan sekali-kali terbit dari bibir, “Aku sudah
berusaha, tapi belum dapat” kerana ianya menggambarkan putus asa. Hanya orang
kafir yang berputus asa pada rahmat Allah. Nabi SAW sendiri juga diajar untuk
bertawakal selepas berbincang dengan sahabat dan berusaha.
S: Saya telah berusaha berjumpa ahli pakar di samping berdoa dan
menjadikan kisah Nabi Zakaria, dan Nabi Ibrahim sebagai teladan untuk
mendapatkan zuriat, namun masih belum berjaya. Memandangkan kos yang tinggi,
kami ingin bertawakal sahaja. Mohon pencerahan ustaz.
J: Para ulama ada memberikan beberapa amalan yang boleh
diusahakan untuk mendapatkan zuriat iaitu:
- banyak beristighfar atas dosa-dosa kecil, dan bertaubat atas dosa-dosa besar. Bangun pada malam hari dan beristighfar.
- Banyakkan bersedekah, semoga dipermudahkan hajat disampaikan.
- Berjumpa dengan ahli pakar perubatan.
Jika masih belum berjaya, redhalah kerana itu adalah maqam yang
tertinggi dan Allah Maha Tahu hikmah perancangan-Nya. Banyakkan juga menyebut:
kerana walaupun semua pintu telah ditutup oleh manusia,
Allah berkuasa untuk menjadikan yang sebaliknya.
S: Jika kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan tidak berjaya,
adakah perlu berhenti atau diteruskan saja?
J: Teruskan usaha kerana istiqamah itu penting. Jika
berhenti, itu bermakna seseorang telah berputus asa. Teruskan berusaha dan
jangan ada sekelumit pun rasa putus asa. Banyakkan juga membaca doa:
S: Ada orang mendapat apa yang diingini tanpa perlu berdoa atau
berusaha keras. Contohnya dia ingin keluarga bahagia, menjadi pengurus, menjaga
ibu bapanya. Adakah melakukan sesuatu dengan nama kerana Allah, dan bertawakal
tanpa berusaha itu lebih baik daripada redha kepada Allah?
J: Ada dua sudut pandangan – Pertama: Jangan rasa kita boleh
dapat apa saja yang kita minta sehingga menjadikan kita rasa yang kita tak
perlu meminta pada Allah lagi. Sesungguhnya segala yang berlaku adalah dalam ketetapan
Allah SWT. Jangan kita rasa hebat apabila segala keingininan dipenuhi tanpa
perlu diminta. Apa yang Allah beri, semuanya datang dengan tanggungjawab.
Saya teringat satu kisah, ada seorang yang berdoa, “Ya
Allah, jadikan aku daripada kalangan orang yang sabar”. Sy. Ali berkata, “Kamu sebenarnya
sedang meminta ujian daripada Allah. Sepatutnya kamu berdoa dengan 2 ayat
terakhir daripada surah Al-Baqarah. Dua ayat ini mempunyai kedudukan yang
sangat tinggi di sisi Allah. Siapa yang membacanya akan mendapat perlindungn
daripada gangguan syaitan.
S: Sebelum keluar rumah, kita digalakkan berdoa keluar rumah. Apakah
kesan doa itu?
J: Syaitan berkata, dia takkan dapat menyesatkan atau
berbuat apa-apa pada orang yang menyebut ayat pendek itu tapi banyak manfaatnya.
S: Apa kesan mendoakan anak dari jauh?
J: Amalkan doa daripada ayat 74, surah Al-Furqan untuk
mendoakan anak-anak. Bayangkan muka anak-anak ketika membacakannya. Saya
teringat satu kisah – Sy Umar merasa pelik apabila melihat ada 2 orang yang
begitu serupa wajahnya, Sy Umar pun bertanya: “Adakah kamu kembar?”. Mereka
menjawab, tidak, kami ini ayah dan anak. Lelaki itu pun menceritakan bahawa
berlaku 2 kejadian hebat semasa kelahiran anaknya itu. Sy. Umar pun minta diceritakan. Lelaki
itu merupakan seorang pedagang dan ketika isterinya hampir melahirkan anaknya,
dia terpaksa keluar meniaga. Isterinya keberatan kerana bimbangkan anak yang
bakal lahir tetapi dia terpaksa pergi dan sebelum pergi, dia meletakkan tangan
pada perut anaknya, dan berdoa, “Ya Allah, aku mohon pada Engkau agar menjaga
anakku, di mana amanah di sisi-Mu takkan pernah dihampakan”. Lelaki itu pergi
meniaga, dan setelah pulang didapati isterinya meninggal ketika ingin
melahirkan anaknya. Dia pun terus berdoa: (doa musibah, lihat atas).
Tak semena-mena selepas itu, dikahbarkan padanya yang kubur
isterinya berasap. Lalu digalinya, dan dilihat anaknya selamat di bawah kaki
anaknya. Lalu dibawanya bertemu Sy Umar, dan Sy Umar berkata kepadanya, “Kerana
kamu memohan keselamatan untuk anak kamu, maka hanya anak kamu saja yang Allah
selamatkan”.
Oleh sebab itulah doa mempunyai peranan yang sangat penting dalam
kehidupan. Allah itu dekat dengan kita dan Allah telah berjanji akan
memakbulkan setiap doa selagi kita berada dalam ketaatan pada Allah. Oleh itu,
ibu bapa, jangan berhenti daripada mendoakan anak-anak. Mungkin hari ini, anak
kita belum cukup baik tapi jangan putus asa. Al-Quran membawakan kita contoh
kisah yang realistik – anak yang hebat seperti Luqman dan juga anak yang hampir
membunuh adiknya, iaitu Nabi Yusuf. Oleh itu, kita mampu menteladani kisah yang
dibawakan dalam Al-Quran. Jalan keluar permasalahan ialah dengan menjaga
hubungan dengan Allah SWT, bertanya pada orang yang soleh, bangunlah malam unuk
bermunajat, kerana Allah suka mendengar rintihan hamba-Nya.
S: Bukan mudah untuk berdakwah. Apa pendapat ustaz kepada pendakwah
yang bertawakal setelah berusaha?
J: Tanggungjawab berdakwah bukan hanya atas bahu ustaz, tapi
atas bahu kita semua. Dalam hal ini, memang perlu bertawakal pada Allah.
Hidayah adalah milik Allah, dan kita hanya mampu berusaha dan bersangka baik
pada Allah. Berkata Hassan Hudaibi, tokoh yang menggantikan Hassan Al-Banna, “Setiap
kita yang mengatakan “La ila ha illallah” adalah pendakwah”. Berdakwah bukan
semata-mata mengajak orang solat tetapi ada banyak cara lain. Adalah penting juga untuk berdakwah melalui
akhlak yang baik dalam pergaulan.