Tawakal (1) – Tanyalah Ustaz 01.02.2013


Tawakal (1) – Tanyalah Ustaz 01.02.2013
Ustaz Dr Zahazan Mohamed


Bacaan surah Al-Buruj, ayat 1-9:


Salah satu cara untuk membersihkan hati ialah dengan mentadabbur Al-Quran. Tadabbur ertinya membaca dan menghayati makna ayat Al-Quran. Salah satu tafsir yang masyur di Nusantara ini ialah Tafsir Jallaini, yang telah ditambah baik menggunakan bahasa Melayu moden dan dinamakan Nurul Furqan.

Ulama mengatakan antara sebab turunnya ayat ini ialah menghargai pengorbanan orang sebelum kita terhadap perjuagan Islam. Ayat ini turun sebelum Nabi SAW berhijrah ke Madinah. Dikatakan bahawa ada seorang raja Parsi yang mempunyai anak yang cantik. Dia menunggu-nunggu untuk mengahwinkan anaknya tetapi tiada yang layak, dan akhirnya dia sendiri mengahwini anaknya. Perbuatannya di tegur oleh ulama. Para ulama tersebut telah dihukum dengan digali parit yang besar, dan dibakar mereka di dalamnya.

Perkongsian peribadi: Banyakkan membaca, ingatan kita akan menjadi lebih kuat. Ajar anak-anak pegang buku. Baca menggunakan tablet/ipad, rasanya tak puas :)


Senarai soalan dan jawapan:

S: Apakah maksud dan kepentingan tawakal?
J: Tawakal diambil daripada perkataan ‘wakil’ iaitu menyerahkan urusan  kepada Allah Ta’ala selepas berusaha.  Penyerahan ini berbentuk akidah dan bukanlah seperti penyerahan kepada manusia yang boleh ditarik-balik. Kepentingan: Nabi SAW bersabda dalam hadis sahih, “Kalau kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, maka Allah akan memberi rezeki kepada kamu sepertimana diberikan rezeki kepada burung. Burung itu keluar pada waktu pagi dengan perut yang kempis, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut berisi. Kebiasaanya, para peniaga suka menggantungkan ayat seribu dinar, tapi tidak mengamalkannya. Jika begitu, keberkatannya takkan dapat diperolehi.

S: Yang mana betul, usaha dahulu baru berusaha atau berusaha?
J: Usaha dahulu dan kemudian serahkan pada Allah (bertawakal), sepertimana yang diceritakan dalam kisah sahabat yang masyhur, yang meninggalkan unta tanpa diikat dan hanya ingin bertawakal. Nabi SAW menegurnya agar mengikat unta dahulu barulah bertawakkal. Orang yang bertawakal tanpa berusaha ialah orang yang malas.

S: Bagaimana pula jika berusaha tapi tidak yakin dengan usahanya?
J: Yakin kepada Allah adalah satu tahap yang sangat tinggi. Orang yang kuat, tinggi keyakinannya, manakala orang yang lemah pula sangat rendah keyakinannya. Ada satu kisah seorang yang mendapat gaji sebanyak 600 dinar, dan sebelum sampai rumahnya, dia telah habis memberikan kepada semua orang. Dia sangat yakin yang pemberiannya itu akan diganti Allah. Pada malam hari, ada orang yang tak dikenali datang menggantikannya wang tersebut. Seorang sahabatnya ingin  meniru tetapi tidak mendapat balasan serupa kerana dia kurang keyakinannya. Oleh itu, yakinlah dengan bantuan Allah. Jangan meragui Kekayaan Allah. Allah Maha Tahu apa yang kita minta itu sesuai atau tidak. Nabi SAW bersabda dalam satu hadis sahih, “Dimakbulkan doa kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa”. Sahabat bertanya, “Apa maksud tergesa-gesa”. Nabi menjawab, “Dia berdoa dan berkata bila nak dapat”. Dengan kata lain, dia meragui apa yang ada di sisi Allah. Allah bersifat pemalu untuk tidak memakbulkan doa seorang hamba. Oleh itu, teruskan berdoa dan yakin Allah pasti makbulkan apa yang terbaik untuk kita.

S: Jika seseorang itu sudah banyak berusaha tapi masih belum sembuh. Bolehkah dia berhenti dan bertawakkal sahaja?
J: Prinsip utama yang perlu diingati ialah kesakitan merupakan khafarah kepada dosa yang pernah kita lakukan. Ada berbagai kefahaman dalam menghadapi ujian Allah. Jika kita sedar kesakitan itu untuk menghapuskan dosa, dan sebagai tanda bahawa Allah mengasihi kita. Sebagai tamsilan, katakan kita ada seorang anak yang sangat dipercayai, jika kita keluar, kita akan berpesan macam-macam kepadanya, contohnya: Matikan suis elektrik, tutup pintu dan sebagainya, kerana kita yakin dia dapat melakukannya. Sesungguhnya hanya orang terpilih sahaja yang akan diberi ujian dan tanggungjawab yang lebih. Banyakkan untuk bangun tahajjud dan bermunajat pada malam hari. Sepanjang mana sekalipun penderitaan kita, takkan sampai 100 tahun pun. Daripada kita bercerita pada orang sekeliling, lebih baik kita mengadu pada Allah.

S: Adakah setiap penyakit berlaku kerana dosa yang dilakukan?
J: Mungkin ada kebenarannya, tetapi tetap perlu berusaha untuk mengubatinya dan berbaik sangka dengan Allah. Penyakit yang dihadapi boleh menjadi asbab kafarah dosa yang pernah dilakukan, dan boleh munginsafkan kita agar berubah menjadi lebih baik. Bersangka baik kepada Allah, dan berikhtiar mengubatinya. Apa juga pemberian Allah, redhalah. Ada kemungkinan dahulu kita pernah berdosa, pernah mengambil hak orang lain dan Allah beri ujian untuk mengkhafarahkan dosa kita.

S: Bolehkah keluar berdakwah dengan meninggalkan keluarga tanpa memberi nafkah dan cuma bertawakal sahaja?
J: Itu salah, bertawakal perlu selepas berusaha. Memberi nafkah adalah wajib.


Popular posts from this blog

Tanggungjawab Adik-Beradik (2) - Tanyalah Ustaz 21.06.2012

Memikat Hati Suami (1) – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)