Posts

Showing posts with the label #Mt

Tujuan Sebenar Jihad - MTDM 21 Ogos 2015 (Bah. 1)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 21.08.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid* Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa, ayat 75-76: Ayat 75: Ayat masih mempunyai rentetan dengan ayat minggu-minggu yang lalu. Seperti yang telah dibahaskan, jihad tujuannya ialah untuk menyelamatkan agama, untuk memberi ruang orang beribadah tanpa gangguan, dan menghalang orang luar yang menghalang orang Islam beribadah, atau menghalang orang yang menghalang daripada tersebarnya agama Islam. JIhad bukan bertujuan membunuh. Berapa ramai kaum Yahudi yang dibenarkan hidup dengan aman di bawah pemerintahan Islam, dan keamanan itu tidak pun mereka perolehi daripada pemimpim mereka sendiri. Dalam ayat ini Allah سبحانه و تعالى bertanya kenapa kamu tidak mahu berperang untuk menyelamatkan kaum yang lemah, yakni wanita, kanak-kanak, orang tua. Kefardhuan jihad adalah kepada lelaki sahaja. JIhad unt...