Solat Istikharah (3) – Tanyalah Ustaz 07.10.2012
Ustaz Muhamad Abdullah (Ustaz Amin) Bacaan surah Yusuf, ayat 5: Hari ini akan dibincangkan tanda-tanda atau jawapan Allah daripada istikharah yang dilakukan. Ada beberapa bentuk, antaranya: Melalui mimpi: Oleh sebab itu digalakkan di buat istikharah sebelum tidur, dan kemudian tidur dengan keadaan berwudhuk. Nabi SAW ada bersabda yang bermasksud, pada akhir zaman, mimpi seorang yang beriman itu hampir tidak berdusta. Dalam Al-Quran, ada beberapa ayat, contohnya ayat yang dibacakan tadi, menceritakan bagaimana petunjuk Allah datang melalui bentuk mimpi. Dalam satu hadis lain diceritakan ketika Nabi SAW terkena sihir, baginda bermimpi melihat 2 orang malaikat yang membincangkan bahawa Nabi SAW telah disihir dan cara untuk mengubati Nabi SAW. Nabi SAW pun mengarahkan sahabat menurut arahan yang diajarkan malaikat itu dan terbukti kebenarannya. Dalam satu lagi kisah, guru Salahuddin Al-Ayyubi iaitu Raja Nuruddin pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW 3 ka...