Masjidil Aqsa (1) – Tanyalah Ustaz 25.06.2012
Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman Bacaan ayat 1, surah Al-Israk yang bermaksud: Allah SWT menyebut secara langsung tentang Masjid Aqsa dalam ayat ini. Apabila Allah sebut sesuatu, maknanya ianya sesuatu yang sangat penting. Tambahan pula Allah nyatakan bahawa tempat itu adalah tempat yang diberkati. Oleh sebab itu Masjid Aqsa ini perlu ada dalam hati setiap umat Islam. Namun, ramai yang tidak jelas, yang mana satu Masjid Aqsa sebenarnya kerana di internet banyak ditunjukkan bahawa masjid berkubah emas, atau juga dikenali sebagai Dome of the Rock itu sebagai Masjid Aqsa. Itu sebenarnya ialah Masjid Al-Sakhra yang yang dibina oleh Khalifah Malik bin Marwan padah tahun 72 Hijrah. Masjid Aqsa yang sebenar, iaitu masjid yang Nabi SAW mengimamkan solat sebelum diisrakkan ialah Masjid Aqsa yang lama, iaitu masjid yang berkubah hijau. Masjid ini terletak bertentangan dengan Masjid Al-Sakhra. Walaubagaimanapun, Masjid Sakhra juga sebenarnya terletak dalam kawasan Masjid Aqsa juga. J...