Posts

Showing posts with the label Ustaz Rohidzir Rais

Solat Kosong (3) – Tanyalah Ustaz 17.03.2013

Image
Ustaz Rohidzir Rais Bacaan ayat 1-11, surah Al-Mukminin: Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa orang beriman yang berjaya ialah: Mereka yang kusyuk dalam solat Mereka yang membayar zakat Mereka yang menjaga kehormatannya Mereka yang menjaga amanah dan janji Mereka yan menjaga solat betul-betul Apakah ganjaran orang berjaya? Allah menyatakan bahawa mereka akan menjadi pewaris syurga Firdaus dan mereka akan kekal di dalamnya. Daripada 5 golongan ini, ada 2 golongan yang berkaitan dengan ibadah solat - yang kusyuk dan yang menjaga solat betul-betul. Oleh sebab itu, akan dibincangkan di sini bagaimana untuk mendapatkan solat yang sempurna dan diterima Allah. Antara sebab solat menjadi kosong ialah: 1. Solat tanpa ilmu Bagaimana mengatasinya? Nabi SAW bersabda yang bermaksud bahawa sekiranya Allah menginginkan kebaikan kepada seseorang, maka akan diberi kefahaman (faqqih) kepadanya dalam bidang agama. Banyak bezanya antara orang berilmu dan tidak. Oleh s...

Solat Kosong (2) – Tanyalah Ustaz 16.03.2013

Image
Ustaz Rohidzir Rais Bacaan ayat 45, surah Al-Ankabut: Dalam siri ini, kita ingin muhasabah adakah solat kita selama ini diterima Allah 100% atau sebaliknya. Jika contohnya, kita ini malas mencari ilmu, ada kemungkinan solat yang kita lakukan itu kosong atau tiada nilainya di sisi Allah. Dalam satu hadis daripada Abdullah bin Umar, yang bermaksud, “Barangsiapa yang membeli baju dengan harga 10 dirham, dan daripada wang itu terdapat 1 dirham dari sumber haram, maka solatnya tidak akan diterima selama mana dia masih memakai pakaian tersebut”. Kenyataan ini menunjukkan bahawa walaupun perlakuan dan bacaan solat telah sempurna, ianya masih tidak diterima seandainya terdapat unsur haram di dalamnya. Ibadah solat merupakan ibadah yang menghubungkan seseorang terus kepada Tuhan-Nya. Oleh sebab itu, adalah wajib untuk memastikan sumber pendapatan yang diperolehi adalah halal. Kita semua perlu muhasabah diri adakah kita sudah menjalankan tugas di pejabat dengan se...

Solat Kosong (1) – Tanyalah Ustaz 15.03.2013

Image
Ustaz Rohidzir Rais Bacaan ayat 142, surah An-Nisa’: Allah menerangkan ciri-ciri solat orang munafiq iaitu: Malas untuk solat Malas ada 2 bentuk – malas untuk menunaikan solat dan juga malas untuk belajar ilmu tentang solat. Saya ada menulis buku dan menganjurkan banyak kursus berkaitan solat dan saya dapati ada banyak persoalan tentang solat yang tak dapat dijawab oleh masyarakat – tak kira yang berumur 10/18/ ataupun 30 tahun. Saya ada membuat sedikit kajian mengapa Nabi SAW menyuruh kita mengajar anak solat pada umur 7 tahun. Kesimpulan yang saya boleh buat ialah, pada ketika itu, kita masih ada masa untuk belajar. Setelah itu, apabila semakin meningkat dewasa, seseroang itu akan semakin sibuk dengan perkara-perkara lain seperti pelajaran, kerjaya, keluarga dan banyak lagi. Solat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang Bila ditanya kenapa solat? Ada yang jawab kerana nak masuk syurga, ada yang jawab kerana takut masuk neraka. Dua-duanya betul tetapi sebab...