Sayangkan Harta (3) – Tanyalah Ustaz 22.04.2012
Ustaz Mohd. Ghazali Ibrahim Bila balik dari majlis ilmu, ada dua benda kita bawa balik: Hikayah – sekadar cerita atau pengalaman. Hidayah – ilmu, biarlah cuma satu atau dua, tapi semoga dapat sedikit sebanyak membantu memperbaiki amalan kita. Ibubapa yang ada harta, eloklah segerakan pembahagian semasa masih hidup. Cuma perlu pergi ke Pejabat Tanah di daerah masing-masing dan tukarlah milik kepada siapa yang diingini. Memang akan ada kos sedikit, tapi tidaklan sebanyak mana. Jika sudah meninggal, proses menguruskan akan menjadi lebih sukar. Di padang masyar nanti, kaki kita takkan bergerak sehinggalah ditanya tentang harta, daripada dapat dan ke mana dibelanjakan. Pembahagian harta boleh ikut hukum faraid, tetapi jika ada persetujuan semua pihak, boleh juga dibahagikan sama rata. Jika masih ada soalan, boleh emelkan tuliswasiat@gmail.com . Jika berkesempatan, ustaz akan cuba jawab. Soalan & Jawapan: S: Ibu meninggal dan semua barang kemasnya hil...