Tafsir ayat 56-64, surah Ali-Imran, MTDM 21.06.2013
بسم الله الرحمن الرحيم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Majlis Ta'lim Darul Murtadza, 21.06.2013 Huraian ayat 56: Dalam rentetan ayat yang lalu, Allah menceritakan bagaimana Nabi Isa mengajak pengikutnya menjadi pembantu kepada agama Allah, yakni membantu dengan menjaga, menegakkan, mengamalkan, dan tidak mengabaikan syariat Allah. Ini kerana Nabi Isa a.s. menyedari rancangan Bani Israel untuk membunuh dirinya yang menjadi penghalang kepada perbuatan mungkar mereka. Jadi, Bani Israel merasa tergugat dengan dakwah Nabi Isa yang menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah kepada yang mungkar sedangkan mereka suka kepada perbuatan yang mungkar itu. Oleh kerana risau tiada orang yang akan menyambung dakwahnya, Nabi Isa pun mencari pertolongan kepada golongan Hawariyyun iaitu penolong agama Allah. Pengikut Nabi Isa pun terbahagi kepada dua – pertama ialah golongan yang ingin membunuh Nabi Isa dan kedua ialah golongan Hawariyyun yang membantu aga...