Posts

Showing posts with the label Ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami

Tafsir surah Ali-Imran ayat 80-82 – MTDM 18.10.2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami Sumber video asal drpd Majlis Ta'lim Darul Murtadza Ayat 80: Dalam qiraat – ada bacaan “..yakmurakum..”, ada juga baca “…yakmurukum...”. Daripada tafsir Al-Baghawi disebutkan: Dalam ayat-ayat sebelumnya, kaum Yahudi dan Nasrani mengubah ayat Allah. Mereka mengubah ayat dan mengatakan ianya datang daripada Allah. Kita tidak dibenarkan melihat malaikat dan nabi-nabi sebagai Tuhan, sedangkan mereka juga makhluk Allah. Orang Jahiliyyah mengatakan bahawa malaikat ialah anak perempuan Allah. Dalam surah Al-Maidah, disebutkan bahawa orang Yahudi menganggap Nabi Isa dan Nabi Yuzair merupakan anak Allah. Mereka ini meletakkan kedudukan nabi seperti Tuhan. Namun, bagi kita, nabi itu ialah pesuruh Allah SWT. Nabi ialah orang yang Allah pilih untuk menjadi pesuruh-Nya. Maknanya bukannya mereka yang meminta menjadi Nabi atau Rasul. Dalam sejarah disebutkan sebelum menerima wahyu, Nabi ...