Tafsir surah Ali-Imran ayat 80-82 – MTDM 18.10.2013
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Ustaz
Ahmad Shadan Al-Hadrami
Ayat
80:
Dalam
qiraat – ada bacaan “..yakmurakum..”, ada juga baca “…yakmurukum...”. Daripada
tafsir Al-Baghawi disebutkan: Dalam ayat-ayat sebelumnya, kaum Yahudi dan
Nasrani mengubah ayat Allah. Mereka mengubah ayat dan mengatakan ianya datang
daripada Allah. Kita tidak dibenarkan melihat malaikat dan nabi-nabi sebagai
Tuhan, sedangkan mereka juga makhluk Allah.
Orang
Jahiliyyah mengatakan bahawa malaikat ialah anak perempuan Allah. Dalam surah
Al-Maidah, disebutkan bahawa orang Yahudi menganggap Nabi Isa dan Nabi Yuzair
merupakan anak Allah. Mereka ini meletakkan kedudukan nabi seperti Tuhan.
Namun, bagi kita, nabi itu ialah pesuruh Allah SWT. Nabi ialah orang yang Allah
pilih untuk menjadi pesuruh-Nya. Maknanya bukannya mereka yang meminta menjadi
Nabi atau Rasul. Dalam sejarah disebutkan sebelum menerima wahyu, Nabi SAW
sering merasa ketakutan sehingga berita
itu disebut oleh Waraqah bin Nauhan, iaitu bapa saudara kepada Sy. Khadijah
binti Khuwailid.
Dalam
rukun iman disebutkan kita beriman kepada malaikat dan nabi-nabi. Namun
keimanan dalam konteks ini tidak bermaksud meletakkan mereka setaraf dengan
Tuhan, sebaliknya bermaksud meyakini akan kewujudan mereka.
Ada fahaman mengatakan yang jika kita memuji Nabi itu
bermakna kita menyembah Nabi. Adakah memuji sama maknanya dengan menyembah?
Kita memuji kerana kita sayang, kerana kita cinta dan bukan kerana
menganggapnya sebagai Tuhan. Walaupuan kedudukan Nabi itu tinggi, namun dia
tetap makhluk Tuhan.
Kita memuliakan Nabi Muhammad SAW kerana Allah memuliakan
baginda. Para Nabi dan Rasul juga memuliakan baginda dan buktinya berlaku
ketika peristiwa Israk wa Mikraj, di mana para nabi lain menunggu kedatangan
Nabi SAW. Malaikat juga wajib kita percayai kewujudannya. Malaikat merupakan mahkhluk teramai, kemudian
jin, kemudian baru manusia. Malaikat itu disebutkan bertindih-tindih
kedudukanny sehinggalah sampai ke arasy Allah. Malaikat juga ada kedudukan
tersendiri, namun itu tidak menjadikan mereka setaraf Tuhan.
Ayat
81:
Apakah kitab dan hikmah? Disebutkan bahawa Allah memberi
pada Nabi dan Rasul 2 perkara iaitu kitab dan hikmah. Hikmah itu disebutkan
kerana para Nabi dan Rasul merupakan pemegang kepada syariat Allah SWT. Juga
disebut Allah memberi khabar kepada mereka akan masa yang mereka akan lalui, yakni
balasan nikmat atau ganjaran untuk hamba Allah.
Disebutkan juga bahawa para Nabi akan ditemukan dengan
Rasulullah SAW. Kali pertama ialah ketika di dunia, ketika peristiwa Israk wa
Mikraj, dan kali kedua ketika di akhirat nanti.
Ketika Nabi Muhammad SAW lahir, muncul cahaya yang sangat
terang dan seorang Yahudi mencari-cari di mana rumah baginda dilahirkan. Dia
bertanya-tanya di kota dan ditunjukkan orang rumah Nabi Muhammad SAW yang agak
jauh daripada Bandar. Dia pun pergi dan bertanya jika ada bayi yang baru
dilahirkan semalam, lalu dia diberikan memangku Nabi Muhammad SAW yang masih
bayi. Nabi SAW tersenyum kepadanya dan kelihatan seolah-olah cahaya keluar
daripada celah-celah bibirnya. Yahudi itu pun berkata kepada ibu Nabi SAW,
“Cepat kamu keluar daripada bandar ini kerana orang Yahudi pasti mahu membunuh
anak ini.” Sesungguhnya kita sangat beruntung kita kerana menjadi umat Nabi
SAW.
Pengikut yang percaya sungguh-sungguh dan membela kepadanya ialah sahabat-sahabat baginda SAW. Nabi SAW pernah berkata, “Jangan
menghina sahabat-sahabatku.” Pesan Nabi SAW ini mesti kita pegang betul-betul.
Siapa kita untuk menghina sahabat-sahabat Nabi SAW? Betapa jauhnya jarak dan
kedudukan kita dan tiba-tiba kita ingin menjatuhkan martabat mereka. Oleh itu,
jangan menghina, jangan mencaci sahabat Nabi SAW. Nabi SAW pernah bersabda,
“Sebaik-baik kurun ialah kurunku.” Yakni mereka yang bersama-sama Nabi SAW
ialah mereka yang terbaik. Nabi SAW pernah bersabda, “Siapa yang mendapat yang
pertamanya baik, yang pertengahan pun baik, yang akhir pun baik.” Maka,
siapalah kita jika ingin dibandingkan dengan sahabat Nabi Muhammad SAW.
Nabi SAW berkata, “Kalau ingin dibandingkan infaq antara
kamu walaupun sebesar Gunung Uhud, takkan menyamai dengan sumbangan sahabatku.”
Kenapa? Kerana kamu mungkin buat sesuatu kerana inginkan nilainya, tetapi
sahabat Nabi SAW buat sesuatu kerana Nabi SAW. Bukankah kita tahu cerita Sy.
Umar yang berkata, “Kalaulah tidak kerana aku melihat Rasulullah SAW mencium
Hajarul Aswad, maka tidak akan aku menciumnya.”
Semoga kita juga mencari petunjuk Nabi Muhammad SAW.
Maksudnya disini bukan cuma para anbiya, tetapi juga para
malaikat dan para jin.
Ayat 82:
Setelah berikrar, mereka yang berpaling dan berbuat maksiat
kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW disebut Allah sebagai orang yang fasiq.
Ayat sebelum ini ada menyebut tentang orang yang bersumpah
dusta menggunakan nama Allah, maka di akhirat nanti Allah tidak akan melihat
atau bercakap dengannya. Bayangkan..Allah yang menciptakan sesuatu makhluk
tetapi Allah tidak mahu bercakap dengan makhluk itu. Inilah akibat orang yang
bersumpah dusta.
p/s: Maaf, saya rasa tersangat banyak kekurangan teks lagi ini. Mohon tonton video asal untuk pemahaman yang lebih baik. §KKN§