Posts

Showing posts with the label Ustaz Abdullah Mahmud

Positif (2) – Tanyalah Ustaz 14.05.2013

Image
Ustaz Abdullah Mahmud Nabi SAW bersabda, “Seseorang itu tidak dikira beriman kecuali dia menyayangi saudaranya seperti dia menyanyangi dirinya sendiri” Ini memang sukar ini dilakukan. Hatta untuk menyayangi anak sendiri sama rata pun ada kalanya sukar, inikan pula orang lain. Kita lebih senang membiarkan orang lain susah daripada kita yang susah. Sepatutnya kita perlu berfikir sebagaimana kita tidak mahu susah, jiran kita, saudara kita pun pasti tidak suka untuk susah juga. Oleh sebab itulah kita perlu ambil tahu tentang jiran kita – tentang kesusahannya, tengokkan rumahnya jika dia balik kampong dsb. Sifat positif ini sukar untuk dikekalkan. Oleh itu, setelah bangun di pagi hari, berdoa agar Allah menghiasi dan memperbaiki akhlak kita sepertimana akhlak Al-Quran. Lakukan ini setiap hari, In sha Allah akan dapat menyemai sifat positif dengan lebih baik. Mulakan hari dengan kebaikan dan in sha Allah sepanjang hari kita akn berbuat kebaikan. Niatkan dar...

Positif (1) – Tanyalah Ustaz 13.05.2013

Image
Ustaz Abdulllah Mahmud Al-Baqarah, ayat 26: Tajuk kita ringkas sahaja – Positif. Lawannya negatif. Setiap perkara ada lawannya. Senang lawanyya susah. Oleh itu, jika senang, kita perlu ingat yang itu bukan untuk selamanya. Jadi, bila susah betul, kita pun tidaklah panik. Bagi yang susah pula, kena ingat juga yang ianya bukan untuk semalamanya juga. Sifat negatif akan memakan diri kita dan merosakkan organ-organ dalaman yang penting seperti jantung, hati dsb. Contohnya, kita lihat jiran baru beli tv baru, tiba-tiba kita pula rasa sesak nafas. Jangan bersangka negatif kerana kita tidak tahu bilakah waktu doa dimakbulkan. Ada banyak waktu makbul – waktu hujan turun, waktu selepas azam sebelum iqamah, dan banyak lagi. Oleh itu, lebih baik bersangka dan mendoakan yang baik-baik. Ibu-bapa perlu berhati-hati dengan kata-kata yang diucapkan kepada anak-anak. Ucapkan yang baik kerana itu akan menjadi doa kepada mereka. Bercakap tentang kasih-sayang, kita suka sangat ...