“Kemenangan dan pertolongan datang hanya daripada Allah”
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ MTDM 14.02.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Pautan rakaman video: 10 minit pertama** Darul Murtadza Tafsir Quran Surah Ali-Imran ayat 123-128. Ayat 123: Ayat ini walaupun menceritakan tentang Perang Badar, hakikatnya mempunyai kaitan dengan ayat sebelumnya yang menceritakan tentang Perang Uhud. Oleh kerana Perang Uhud berlaku pada tahun ke-2 Hijrah, manakala Perang Uhud berlaku tidak sampai setahun selepas itu, pada tahun ke-3 Hijrah. Dalam ayat-ayat yang lalu, diceritakan Allah Ta'ala tentang Perang Uhud yang terjadi di mana kaum muslimin mengalami kekalahan. Allah Ta'ala ingin mneghibur dan pada masa yang sama ingin memberitahu kenapa boleh menang dalam Perang Badar, dan kalah dalam Perang Uhud. Dalam Perang Badar – jumlah kaum muslimin lebih kurang 313, berbanding 1000 orang musyrikin, tetapi kaum Muslimin menang dan dapat membunuh pembesar Quraisy, dapat menawan oran...