Tausiyah Istimewa Habib Salim bin Umar, MTDM 12.04.2013
Habib Salim bin Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz Terjemahan oleh Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid MTDM 12.04.2013, Masjid Mu'az bin Jabal, Setiawangsa, KL Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah SWT. Tuhan yang Esa lagi Tunggal. Tiada sekutu bagi-Nya. Allah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain diri-Nya. Begitu juga para malaikat serta orang-orang yang berilmu bahawanya Allah ialah Dzat Yang Maha Adil. Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah utusan Allah. Moga-moga Allah SWT menggolongkan kita bersama baginda, ahli keluarga dan sahabatnya. Kita semua berada dalam acara yang dinisbahkan sebagai warisan Nabi SAW, disebabkan para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka mewariskan ilmu dan barangsiapa yang mengambilnya, sungguh mereka telah mengambil bahagian yang terbaik. Majlis seumpama ini, mereka yang menghadirinya, telah mengambil bahagian daripada wasiat Nabi Muhammad SAW. Di se...