Posts

Showing posts with the label Makbul

Doa Makbul (2) - Tanyalah Ustaz 03.05.2012

Image
Ustaz Muhamad Fauzi Bin Mustaffa Bacaan surah Al-Anbiya', ayat 89-90, bermaksud: [89] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”. [90] Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. Pengajaran daripada ayat: Nabi pun berdoa, inikan pula kita yang serba kekurangan. Adab-adab berdoa: Menggunakan suara yang perlahan, biar telinga kita saja yang dengar. Doa secara rahsia adalah lebih baik 70x dar...