Posts

Showing posts with the label Ustaz Halim Din

Awet Muda (2) – Tanyalah Ustaz 2014

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Ustaz Halim Din* Bacaaan surah An-Nisa’ ayat 116-121: Awet muda itu sesuatu yang bersifat kecantikan, keindahan. Dalam hadis Bukhari ada direkodkan hadis yang berbunyi, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.” Tetapi kecantikan yang kita cari bukanlah semata-mata kecantikan diri tetapi kecantikan yang membawa kita kepada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW menunjukkan contoh dirinya sebagai seorang manusia yang indah di luar dan di dalam. Namun hari ini, ramai orang yang kerana ingin cantik tidak peduli lagi kepada apa yang halal dan haram dan sanggup menggunakan khidmat sihir sehingga membawa syirik kepada Allah SWT. Penampilan Nabi Muhammad SAW itu sejuk mata memandang – maknanya orang memandangnya berseri-seri. Sebaliknya orang yang tidak terurus nampak seperti orang yang bermasalah. Nabi Yusuf dikatakan antara orang yang sangat cantik – dikatakan mempunyai separuh kecantikan lelak...

Cukai Akhirat (3) – Tanyalah Ustaz 24.02.2013

Image
Ustaz Halim Din Bacaan ayat 9-11, surah Al-Munafiquun: Kita berada dalam majlis ilmu agar dapat membebaskan diri daripada belenggu kejahilan. Ayat tadi menggalakkan kita membelanjakan harta pada jalan Allah, dan tidak menunggu sehingga nyawa sampai di ghorgorah (kerongkong). Nabi SAW menyatakan yang dunia ini tempat beramal, dan hasilnya akan dituai diakhirat. Namun kebanyakan manusia akan menyesal setelah mati seperti yang disebut dalam ayat akhir surah An-Naba’: Allah memberi peringatan tentang azab Allah yang dekat kepada mereka yang ingkar. Sebab itulah Nabi SAW menyuruh kita merebut 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu: Muda sebelum tua Kaya sebelum miskin Lapang sebelum sibuk Sihat sebelum sakit Hidup sebelum mati Nilai zakat (2.5%) itu sangat kecil berbanding jumlah seluruh rezeki dan nikmat yang Allah berikan pada kita. Tergamakkah kita makan yang mewah-mewah sedangkan ada orang yang tidak ada duit yang cukup pun untuk makan? Manus...

Ingat Sakit Ingat Mati (2) - Tanyalah Ustaz 08.09.2012

Image
Ustaz Halim Din Bacaan surah Al-Munafiqun ayat 9-11: Setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut. Dalam ayat tadi, Allah ingatkan agar kita tidak lalai dengan anak-pinak daripada mengingati Allah. Setiap hari, kita perlu luangkan masa untuk mengingati Allah dan Rasul SAW. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Di akhir zaman, kamu akan dicampakkan dengan satu penyakit wahhan iaitu cintakan dunia dan benci kematian “.  Penyakit ini berbentuk rohani dan Al-Quran adalah ubat terbaik untuk penyakit hati dan rohani. Sakit boleh mengingatkan kita kepada 2 perkara – dosa yang telah dilakukan dan nikmat yang tidak pernah disyukuri sebelum itu. Allah pasti bertanya apa yang kita lakukan dengan nikmat yang telah Allah kurniakan. Nabi SAW mengatakan bahawa orang yang cerdik ialah orang yang paling banyak mengingati mati. Hidup kita tidak lama, gunakanlah untuk mencari bekalan untuk akhirat. Senarai soalan dan jawapan: S: Biasanya bila sakit baru kita i...

Ingat Sakit Ingat Mati (1) - Tanyalah Ustaz 07.09.2012

Image
Ustaz Halim Din Bacaan surah Fatir ayat 1-6: Semua manusia tidak boleh lari daripada kematian. Sebelum mati, Allah pasti menguji kita dalam bentuk kesakitan, kesusahan sebagai satu cara untuk mengangkat darjat manusia. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata, “Hendaklah kamu menghisab diri kamu sebelum Allah menghisab kamu”. Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, bahkan kita takkan mampu untuk menghitungnya sekalipun. Dalam satu hadis, Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud, “Rebutlah 5 sebelum datangnya 5 – nikmat muda sebelum tua, nikmat sihat sebelum sakit, nikmat lapang sebelum sibuk, nikmat kaya sebelum miskin dan nikmat hidup sebelum mati”. Kesihatan itu satu bentuk nikmat yang tersembunyi dan akan nampak seumpama mahkota oleh orang yang sakit. Nabi Ayub sendiri pernah diuji dengan kekayaan, isteri dan anak yang ramai dan kemudian semuanya ditarik sekaligus. Setelah itu, dia ditimpa kesakitan sehingga 7 tahun lamanya sehing...

Keberkatan Umur & Harta (3) – Tanyalah Ustaz 24.06.2012

Image
Ustaz Halim Din Bacaan surah Al-Mulk, ayat 1-11 yang bermaksud: Semoga kita mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Jika kita kasih kepada Allah, maka Allah juag akan kasih kepada kita. Oleh sebab itu kita perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Sebagai muslim, sedari bangun di pagi hari lagi, kita perlu mematuhi perintah dan larangan Allah. Usahakan untuk mengikut amalan Nabi SAW. Mulakan pagi hari dengan ucapan Alhamdulillah kerana masih di beri nyawa, dirikan solat dan membaca Al-Quran. Nabi SAW merupakan manusia yang paling berkat berana baginda tidak pernah melupakan Allah SWT. Nabi SAW mengajarkan kita cara untuk mendapatkan keberkatan apabila dua orang bertemu ialah dengan mengucapkan salam. Apabila memulakan sesuatu pekerjaan pula, kita mulakan dengan ucapan Bismillah. Antara tanda-tanda keberkatan dalam kehidupan ialah: Pertama - rezekinya murah. Rezeki bukan sekadar wang ringgit, tetapi kehidupan yang tenang, kemudahan dalam...