Posts

Showing posts with the label Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

Mencari Lailatul Qadr (2) – Tanyalah Ustaz 18 Ramadhan 1433H (07.08.2012)

Image
Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman Bacaan surah Al-Dukhan, ayat 44: Huraian ayat: Ayat 2 menyatakan Al-Quran bersifat menerangkan yang hak dan yang batil. Ayat ke-3 menunjukkan yang Al-Quran bersifat memberitahu cara targhib (galakan cara mendapatkan pahala) dan tarhib (balasan jika melakukan dosa). Inilah ciri-ciri keindahan Islam. Saya ada menulis sebuah buku bertajuk - 'Keindahan Islam' secara ringkas. Ayat ke-4: menyatakan bahawa segala takdir kehidupan kita telah pun ditulis semasa kita masih dalam kandungan ibu lagi dan disimpan di Lauf al Mahfuz.   Pada malam Lailatul Qadar, akan diberikan takdir kita untuk setahun kepada malaikat. Dalam masyarakat kita, ini juga dikenali sebagai malam ‘tukar buku’ seperti yang biasanya dikatakan berlaku pada malam Nisfu Syaaban. Menurut Imam Ibnu Kathir, ianya berlaku pada malam Lailatul Qadar dan sesiapa yang mengatakan ianya berlaku pada malam Nisfu Syaaban telah jauh dari fakta yang sebenar. Ada pendapat yan...

Mencari Lailatul Qadr (1) – Tanyalah Ustaz 17 Ramadhan 1433H (06.08.2012)

Image
Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman Surah Al-Qadr: Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan untuk menjadi petunjuk kepada manusia, seperti yang dinyatakan dalam ayat 185 surah Al-Baqarah. Sebagai pencipta kita, hanya Allah yang tahu tentang kita dan layaklah Al-Quran itu dijadikan sebagai ‘manual’ hidup kita. Ada 3 ayat Quran yang perlu dibaca serentak iaitu : Ayat 185 surah Al-Baqarah: Ayat 1 surah Al-Qadr: Dan ayat 3 surah Ad-Dukhan: Ketiga-tiga ayat ini memberi tafsiran waktu Quran diturunkan dan inilah yang tafsir yang paling cantik kerana Al-Quran ditafsir dengan Al-Quran sendiri. Kedua terbaik ialah apabila Quran ditafsir oleh Sunnah dan ketiga terbaik ialah apabila Al-Quran ditafsir oleh sahabat. Saya ingin mencadangkan sebuah kitab tafsir bertajuk ‘Adhwa’ul Bayan’ yang menjelaskan Al-Quran dengan Al-Quran juga. Saya harap kita semua telah baca Al-Quran kerana kita sudah pun memasuki 17 Ramadhan. Jika kita kata kita tak pandai mengaji, beranik...