Posts

Showing posts with the label Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman

Merpati Dua Sejoli (1) – Tanyalah Ustaz 15.11.2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman Bacaan surah Ar-Rum, ayat 21: Sifat merparti yang boleh dicontohi: Bersifat jinak dan simbol kepada kedamaian Setia pada pasangan Tahan lasak (high-endurance) kerana burung merpati tidak migrasi walaupun musim sejuk atau panas yang mendatang seperti sepsis burung lain. Kalau dilihat di Mekah pun, walau panas macam mana sekalipun, tetap banyak burung merpati yang ada disana. Untuk mendirikan rumah-tangga, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan, namun ada kalanya, manusia tidak pula bergolok-bergadai dalam mempertahankan rumahtangga tersebut. Senarai soalan dan jawapan S: Apa maksud perkahwinan yang sekufu? J: ‘Kufuk; bermaksud ada persamaan antara pihak lelaki dan perempuan, namun masyarakat hanya melihat kepada persamaan dalam bidang agama. Dalam hadis Nabi SAW bersabda, “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan keran...

Bebas Bukan Terbabas (3) - Tanyalah Ustaz 01.09.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman Bacaan surah Ali-Imran, ayat 185-186: Semoga ada pengajaran yang dapat diambil daripada apa yang dibincangkan selama 3 hari ini untuk kita saling melengkapi. Kehidupan di dunia dipenuhi ujian untuk menguji tahap keimanan. Dibelakang kita ada barzakh yang menanti sebelum kita akan bertemu dengan Allah SWT. Ada satu doa yang kita selalu baca: “Ya Allah, jadikanlah kehidupan bagi kami ini penambahan bagi segala aspek kebaikan dan kematian buat kami ini sebagai kerehatan daripada segenap keburukan dan kejahatan.” Erti kebebasaan yang sebenar bagi manusia ialah sesudah dia mati – apabila direhatkan daripada segala kesusahan. Namun, usaha untuk membebaskan diri perlu dilakukan ketika di dunia. Hakikat kebebasan yang sebenar dihuraikan Allah SWT dalam bahagian kedua ayat 185 itu – “… dimana akan disempurnakan balasan amal manusia dan mereka yang berjaya masuk ke syurga ialah mereka yang berjaya dan beruntu...

Bebas Bukan Terbabas (2) - Tanyalah Ustaz 31.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman Bacaan surah Yusuf, ayat 32-35: Semoga hari kemerdekaan yang kita sambut hari ini memberi erti kemerdekaan yang sebenarnya. Kenapa saya memilih ayat berkaitan penjara sedangkan kita bercakap tentang soal kebebasan? Sebab ayat ini memurnikan kebebasan dalam erti kata yang sebenar, dalam erti kata yang lebih menepati maksud kebebasan. Bilamana Nabi Yusuf diuji oleh ibu angkatnya sendiri, ketika dia berusia remaja dengan rupa yang tampan, dia memilih untuk masuk penjara. Kenapa Nabi Yusuf memilih penjara dan berdoa pula dengan mengatakan yang penjara itu lebih baik bagi dirinya? Inilah orang yang memahami erti kebebasan yang sebenar. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah – orang yang berada di dalam kesempitan, terutamanya nabi-nabi, akan menukar suasana kesempitan kepada nikmat dan kegembiraan beramal dan bermunajat kepada Allah. Bagi mereka, kebebasan tidak tersekat dengan terkurung di dalam penjara, tetapi ke...

Bebas Bukan Terbabas (1) - Tanyalah Ustaz 30.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman Bacaan surah Al-Kahfi ayat 7-10: Alhamdulillah kita dihimpunkan dalam ruang majlis ilmu yang sangat diberkati. Hari ini kita akan bincangkan tajuk berkaitan hari kemerdekaan – “Bebas jangan sampai terbabas.” Kelebihan surah Kahfi ialah untuk dibaca pada setiap hari Jumaat kerana ianya akan memberi cahaya daripada satu Jumaat kepada Jumaat minggu seterusnya. Maksudnya, cahaya surah Kahfi ini tahannya cuma seminggu sahaja – bila sudah hampir seminggu itu maknanya ianya akan gelap semula, dan perlu dibaca semula untuk memperbaharui cahaya tersebut. Saya memilih untuk membacakan ayat ayat-ayat ini kerana pada ayat ke-9 diceritakan bagaimana Nabi SAW ditanya berulang-kali tentang kisah umat terdahulu untuk menguji kerasulan baginda. Maka, Allah menurunkan wahyu untuk menceritakan kisah umat terdahulu sehingga seolah-olah Nabi SAW berada bersama-sama mereka dan mengalami situasi yang tersebut. ...