Posts

Showing posts with the label Darul Syuhada

Iktibar Israk Mikraj (1) – Tanyalah Ustaz 15.06.2012

Image
Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin Bacaan surah Israk, ayat 1 yang bermaksud: Alhamdulillah, dapat berjumpa di pagi Jumaat penuh barakah ini dan dapat kita sulamkan dengan sedikit majlis ilmu. Semoga sedikit yang dibincangkan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Izinkan saya mengulang kembali ilmu kita semua sudah pun tahu sebenarnya - ‘Beringat-ingatlah, kerana peringatan itu sangat berguna bagi orang yang beriman’. Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab. Hari ini akan dibincangkan ayat yang dibacakan patah demi patah, esok akan disambung dengan memperlihatkan gambar-gambar Masjid Aqsa, batu tergantung, struktur masjid Aqsa dan lain-lain berkaitan. Allah mulakan ayat ini dengan perkataan – ‘Subhanallah – Maha Suci Allah’ – perkataan tauhid yang membuktikan Allah berkuasa berbuat apa sahaja perkara, termasuklah yang nampak ajaib di mata manusia. Peristiwa israk mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib terutamanya ketika 1400 tahun dahulu. Jika saya kata, semalam s...