Mimpi (2) - Tanyalah Ustaz 05.06.2012
Ustaz Dato' Abu Hassan Din Bacaan surah Yusuf, ayat 4-5 yang bermaksud: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku" Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. Ayat yang dibacakan menceritakan tentang mimpi Nabi Yusuf. Baginda bermimpi 11 bintang sujud padanya. Lalu ayahnya, Nabi Yaakob, berpesan supaya jangan diceritakan kepada saudara-saudaranya. Walaupun Nabi Yusuf belum lagi menjadi nabi, baginda sudah pun menerima mimpi. Nabi Yaakob pula berkebolehan mentafsir mimpi. Nabi Yusuf berasal daripada Bani Israil. Israil ini ialah perkataan dalam bahasa Hebrew, yang bermaksud 'hamba Allah'. Dalam bahasa Arab ...