Mukjizat Al-Quran (3) – Tanyalah Ustaz 07.03.2013
Ustaz Sharhan Safie Bacaan ayat 19-21, surah Al-Hashr (59): Alhamdulillah dapat bertemu lagi dalam agenda majlis ilmu. Ayat yang dibacakan menyuruh manusia bertaqwa kepada Allah. Dalam surah Al-Isra’, ayat 88: Dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa manusia takkan mampu untuk membuat ayat yang sebanding dengan Al-Quran, walaupun seluruh mereka bekerjasama bersama jin sekalipun. Itulah tinggi mukjizat ayat Al-Quran. Fokus hari ini ialah kelebihan ayat Al-Quran sebagai penyembuh penyakit. Ini sesuai dengan isipati ayat 82, surah Al-Isra’: Kisah Sy. Umar dan adiknya Pada mulanya, Umar sangat benci kepada dakwah yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Dia selalu mengintai untuk melihat perkembangan dakwah Nabi SAW. Suatu hari, dia sangat terkejut apabila diberitahu bahawa adiknya sendiri, yang bernama Aisyah, telah masuk Islam. Dengan pedang di tangannya, dia meluru pergi ke rumah Aisyah dengan tujuan untuk membunuhnya. Setibanya di sana, dia ...