Menggilap Hati (3) – Tanyalah Ustaz 10.02.2013


Ustaz Sharhan Mohd Safie
Image credit to Oh So Muslim 

Bacaan ayat 8, surah At-Tahrim:

Fokus hari ini ialah kepada perkara yang menggilap hati iaitu – taubat.

Nabi Ibrahim merupakan datuk segala Nabi, kerana ramai Nabi yang berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim. Mengapa Allah angkat keturunan Nabi Ibrahim? Kerana Nabi Ibrahim pernah berdoa (ayat 40, surah Ibrahim):

Ayat ini amat sesuai diamalkan untuk terapi anak-anak yang malas solat. Jagalah solat kerana dalam kehidupan di dunia ini, menjaga ‘hablun minallah’ (hubungan dengan Allah) adalah amat penting kerana ianya merupakan sumber ketenangan.

Dalam ayat yang dibacakan tadi, Allah meminta orang beriman bertaubat, bukannya orang yang berdosa sahaja. Oleh itu, taubat perlu dilakukan sentiasa. Doa taubat yang baik ialah daripada doa Nabi Adam yang diungkapkan setelah diturunkan ke dunia. Doanya dirakamkan dalam Al-Quran, ayat 23, surah Al-‘Araf:

Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut:
  • Menyesali perbuatan dosa - Ketika bertaubat, kenangkan dosa yang dilakukan dan titiskanlah air mata penyesalan. Allah amat suka kepada air mata penyesalan hamba-Nya.
  • Kedua – meninggalkan perbuatan dosa. Orang mukmin tidak akan mengulangi kesalahan yang sama berulang-kali.
  • Ketiga – Berazam tidak akan melakukan dosa lagi
  • Keempat – Jika dosa berkait manusia, cepat-cepatlah mohon maaf daripada mereka yang terlibat.
  • Allah tidak hairan dengan dosa yang kita lakukan, tetapi Allah hairan kenapa kita tidak bertaubat.
Orang yang hebat ialah orang yang bertaubat. Istighfar merupakan satu benda yang hebat, kerana Allah berfirman: "..dan mintalah ampun, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Kalau boleh setiap pagi, usahakan untuk beristighfar pada Allah Ta’ala, paling kurang 3 kali.

Orang mukmin yang cemerlang, hari ini adalah lebih baik daripada semalam.

Sifat sabar juga dapat menggilap hati. Bersyukur dengan nikmat kesihatan dan angota badan yang Allah berikan. Gunakan semuanya untuk jalan yang diredhai Allah.

Ayat anti-‘stress’, daripada hujung ayat 28, surah Al-Rad:
Maksudnya, “Sesungguhnya dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

Banyak tekanan akan menyebabkan banyak penyakit jasad terutamanya ‘stroke’.

Ingatlah kata-kata ulama:
“Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati, itu yang hakiki”.

Hati ialah tempat jatuhnya pandangan Allah, oleh sebab itu, sebelum melihat dengan mata kasar, lihatlah dengan mata hati. Semoga hati kita ialah hati yang suci, dan diredhai Allah SWT.

Banyak petua dan ayat yang diberi hari ini, selamat beramal dan istiqomah, jangan semangatnya sebentar sahaja.

Soalan dan jawapan

S: Ketika umrah, saya melihat jemaah yang boleh berbahasa Arab menangis dan merintih di sisi kubur Nabi SAW. Lalu terdetik di hati saya yang mereka boleh buat begitu kerana memahami bahasa Arab dan saya pula tidak mampu. Adakah perbuatan saya salah?
J: Semua bangsa boleh mengasihi Rasul SAW. Pada pendapat saya, tak perlu berlebih-lebihan merintih, dan menangis kerana ada banyak cara lain untuk menunjukkan kasih-sayang kepada Nabi SAW. Cara mudah ialah perbanyakkanlah selawat kepada Nabi SAW. Allah dan malaikat pun berselawat kepada Nabi SAW, dan ini menunjukkan ketinggian ibadat selawat itu. Oleh itu, perbanyakkanlah selawat agar kita boleh menjadi jutawan akhirat, Amin.

S: Adakah sifat mudah tersinggung dan berkecil hati merupakan penyakit hati?
J: Ya, kerana ini adalah bisikan iblis yang boleh menjadi punca untuk memutuskan silaturrahim, permusuhan, dendam dan seumpamanya.

S: Benarkah orang yang suka berdengki, berdendam akan memudaratkan diri sendiri?
J: Ya, orang yang terlalu banyak memendam perasaan negatif akan menimbulkan berbagai penyakit jasad pula. Sy. Umar sendiri pernah terkena penyakit hati ini – sebelum beliau masuk Islam, beliaulah yang banyak menentang Islam. Tetapi setelah mendengar bacaan surah Taha, ayat 1-6, hatinya menjadi lembut dan diberikan hidayah memeluk Islam. Amalkan ayat ini untuk merawat penyakit hati.

S: Saya selalu kehilangan barang apabila seseorang tertentu datang ke rumah. Pernah ada bukti dia mencuri, tapi ibu bapanya tidak menerima. Bolehkah saya mendoakan orang yang mencuri berkudis tangannya?
J: Boleh, tetapi jika memaafkan, itu adalah lebih baik. Kalau boleh, doakan yang baik-baik kerana setiap manusia tak terlepas daripada berbuat kemungkaran. Pada pencuri pula, takutlah dengan doa orang yang dizalimi kerana tiada hijab untuk doa itu diterima Allah.

S: Saya berminat untuk menyertai kursus untuk mempelajari ayat-ayat Ruqyah secara bersanad. Boleh berikan maklumat lanjut?
J: Boleh hubungi 019-2445043 di KL, 012-4474322 di Selatan.

S: Apakah cara untuk mengelak gangguan syaitan dalam diri?
J; Nabi SAW ada bersabda yang iblis boleh memasuki saluran dan urat saraf manusia. Amalkan ayat benteng yang pendek tapi cukup kuat:
Potongan daripada ayat 57, surah Hud:
Maksudnya, “Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemelihat tiap-tiap sesuatu”.

Ayat 7, surah As-Soffat:

Ulama mengajarkan dengan membaca 2 ayat ini, seseorang akan terlindung daripada gangguan syaitan.

Ummu Sibyan merupakan makhluk yang mengganggu anak-anak kecil. Oleh sebab itu, lindungi dan sayangi keluarga anda dengan wahyu Allah! Amalkan ayat 78, surah An-Nahlu:

Untuk maklumat lanjut, dapatkan buku saya “Seindah nama, semurni peribadi” yang juga terdapat amalan untuk ibu mengandung.

S: Setelah bertaubat, saya dihantui oleh dosa-dosa yang lalu. Mohon pencerahan.
J: Inilah yang katakan dosa itu sebagai bintik-bintik hitam pada hati. Jika kita basuh sekali, ianya belum lagi suci. Perlu banyakkan amalan baik dengan banyakkan lagi beristigfar dan mujadahah melakukan kebaikan. Iblis akan menghalang manusia daripada bertaubat. Orang yang baik ialah orang yang penghujung kehidupannya adalah baik. Biarpun sebelum ini banyak berdosa, teruskan taubat. Amalkan doa ini agar kita tidak nyanyuk pada hujung umur, dan mendapat husnul khatimah pada hujunag akhir. Doanya:
Maksudnya: Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik),
dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)

Popular posts from this blog

Tanggungjawab Adik-Beradik (2) - Tanyalah Ustaz 21.06.2012

Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)

Memikat Hati Suami (1) – Tanyalah Ustaz 18.03.2013