Rahsia Ayat Al-Kursi (2) – Tanyalah Ustaz 21.02.2013


Ustaz Roslan Mohamed

Stop! Baca ayat Al-Kursi dulu usai solat, bukannya habis 3 jam setengah pun! 
Bacaan ayat 255, surah Al-Baqarah:

Sahabat ditanya oleh Nabi SAW apakah ayat Al-Quran yang paling tinggi kedudukannya. Mereka terdiam kerana bagi mereka semua ayat Al-Quran mempunyai kedudukan yang tinggi. Nabi SAW pun memberitahu bahawa ayat Al-Kursi mempunyai kedudukan yang paling tinggi antara kesemuanya.

Ayat ini perlu diamalkan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Syaitan paling tidak suka kepada orang yang membaca ayat ini. Ketika ayat ini diturunkan, diriwayatkan bahawa syaitan bertempiaran lari.
Ayat kursi ini boleh merawat penyakit berkaitan akidah kepada Allah, dan juga menghalang  gangguan syaitan, jin dan iblis. Tapi sebelum diamalkan perlu difahamkan maknanya dahulu. Allah tidak kirimkan Al-Quran untuk dibaca semata-mata. 

Nabi SAW berkata semulia-mulia surah dalam Al-Quran ialah Al-Baqarah, dan semulia-mulia ayat dalam surah Al-Baqarah ialah ayat Al-Kursi. Oleh itu, untuk menjauhkan gangguan makhluk halus, sebaiknya kita membaca habis seluruh surah Al-Baqarah. Dikatakan syaitan akan terbakar jasadnya dengan bacaan surah ini.

Senarai soalan dan jawapan
S: Mohon ustaz beri pencerahan tentang makna:
J: Makna: Allah tak bersifat mengantuk atau tidur.
Dalam ayat ini, Allah menjelaskan kehebatannya yang tidak pernah tidur atau mengantuk sekalipun. Ayat ini sebagai jawapan kepada orang yang datang bertanya kepada Nabi Musa tentang sifat Allah. Allah memberi botol kepada Nabi Musa untuk dipegang dan tidak tidur selama 3 malam. Tapi baru setengah malam pertama, Nabi Musa sudah mengantuk dan botol-botol terlepas jatuh daripada tangannya. Kemudian Allah nyatakan kepada Nabi Musa, seandainya Allah mengantuk, siapakah yang akan menjaga dan mentadbir alam ini yang penuh dengan berbagai jenis makhluk. Siapakah yang akan memastikan bintang, bulan tidak jatuh ke bumi dan seumpamanya.


S: Mohon ustaz beri pencerahan tentang makna:

J: Makna: Bagi Allah apa yang ada di langit dan di bumi. 
Ayat ini menunjukkan bahawa semua makhluk yang berada di bumi atau dilangit merupakan hak mutlak Allah. Oleh itu, bulan, bintang, air, haiwan, semuanya pun patuh kepada perintah Allah. Ayat ini sepatutnya menyedarkan agar kita tidak sombong dan angkuh dengan Allah. Kita kena ingat yang gunung, bukit yang besar-besar pun semuanya berzikir dan patuh pada Allah.

S: Adakah hadis yang menerangkan kelebihan membaca ayat Al-Kursi?
J: Ada banyak hadis sebagai dalilnya. Salah satu daripadanya, Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa baca ayat Al-Kursi setiap kali selepas solat fardhu, tidak tertegah untuknya masuk syurga kecuali mati”. Oleh itu, jangan lupa baca setiap kali selepas solat, sekejap sahaja, bukannya habis 3 jam setengah pun! Lagi satu hadis menyatakan Barangsiapa baca ayat Al-Kursi sebelum tidur, akan dihantar 2 malaikat menjaganya sepanjang malam.

S: Apakah maksud ayat:

J: Imam Ibnu Kathir mengatakan ayat ini melambangkan luasnya ilmu Allah SWT yang mengetahui perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku. Allah bukan saja tahu hal manusia, tetapi juga hal seluruh makhluk di bumi dan di langit. Allah Maha Melihat, dan mengetahui setiap apa yang kita lakukan, hatta apa yang tersirat di hati pun Allah tahu. Mungkin kita mampu sembunyikan kejahatan kita di hadapan manusia lain, tapi kita tak mungkin berselindung daripada pantauan Allah. Jika sudah memahami ayat ini, mana mungkin kita berani atau tidak berasa malu untuk berbuat maksiat pada Allah SWT. Seandainya, kita rasa hebat, dan banyak ilmu, Allah suruh kita pergi ke luat dan celup jari kta. Apa yang lekat di jari, itulah ilmu kita, tapi apa yang berada di lautan, semuanya milik Allah.

S: Apa pengertian perkataan ‘Kursi’ dalam ayat Al-Kursi ini?
J: Dalam hal ini, lebih afdhal kita serahkan makna ini kepada Allah Ta’ala. Allahu’alam.

S: Benarkan ada pertarungan antara Sy. Umar dan syaitan?
J: Ada diriwayatkan dalam Al-Baihaqi, At-Tabrani, bahawa seorang lelaki melihat seorang lelaki sedang bergelut dengan syaitan. Mereka bergelut sehinggalah lelaki itu membaca ayat Al-Kursi dan syaitan itu pun kalah. Kemudian, apabila orang ramai datang melihat, didapati lelaki itu ialah Sy. Umar. Kemudian ditambah pula dalam riwayat lain bahawa semenjak itu, syaitan pun takut kepada Sy. Umar dan takkan mengambil laluan yang sama dengan Sy. Umar. Pengajaran yang boleh diambil ialah syaitan bukan takutkan Umar kerana dirinya tetapi kerana bacaan ayat Al-Quran itu juga.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab