Mencari Hidayah (2) - Tanyalah Ustaz 07.02.2013


Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim



Bacaan surah Ali-Imran, ayat 1-4:

Untuk mencari hidayah, kita perlu mujahadah beramal kepada Allah muqotaah (memutuskan, menghentikan) perbuatan maksiat dan berdoa kepada Allah Ta’ala.

Hasan Al-Basri berkata untuk mendapat hidayah, kita perlu berkawan dengan ulama’. Beliau juga berkata, “Sahabat-sahabat kami lebih mulia daripada isteri dan anak-anak kami”. Kenapa beliau berkata begitu? Kerana keluarga akan mengingatkan kami untuk mencari harta yang lebih, tetapi rakan yang baik akan mengingatkan untuk menambah amalan kebaikan.

Senarai soalan dan jawapan

S: Adakah umat Muhammad SAW masih mendapat hidayah, sedangkan iblis sudah berjanji akan menyesatkan manusia?
J: Memang, Allah SWT sudah menjelaskan bahawa iblis akan menyesatkan anak Adam. Pendindingnya Allah beri dalam ayat 200, surah Al-‘Araf:

Allah suruh kita banyak beristighfar kepada-Nya apabila kita mula rasa terganggu dengan bisikan dan ajakan iblis.

S: Ramai orang yang jahil agama, adakah mereka ini boleh mendapat hidayah?
J: Pintu taubat dan hidayah sentiasa terbuka tapi kita perlu mencari ilmu. Ilmu perlu disusuli dengan amal, barulah hidayah akan sampai.

S: Adakah mengingati mati boleh menyebabkan seseorang mendapat hidayah?
J: Ya. Nabi SAW menyuruh sahabat (dan kita) untuk sentiasa mengingati mati. Mati boleh datang bila-bila masa saja lagi. Oleh itu, boleh diamalkan untul pergi menziarahi kubur selalu. Beri salam pada ahli kubur, dan ingat bahawa kita juga akan ke kubur suatu hari nanti. Jangan lari pula bila nampak kubur kerana takutkan hantu. Ziarahi juga orang yang meninggal, dan banyakkan mengikut solat jenazah.

S: Apakah tanda-tanda orang yang mendapat hidayah?
J: Antaranya ialah:
  1. Benci melihat perbuatan maksiat
  2. Benci untuk berkata-kata yang kotor
  3. Tidak meninggalkan solat – jangan tinggalkan nombor bebas tol untuk masuk syurga iaitu 24434 (bilangan rakaat dalam solat 5 waktu).
  4. Selalu membaca Al-Quran
  5. Banyak bertahajjud
  6. Banyak berzikir – bibirnya tak lekang daripada mengingati Allah.
  7. Banyak berdoa – bergantung pada Allah sepenuhnya
  8. Selalu baik sangka kepada Allah
  9. Berubah perangai menjadi lebih baik

S: Apakah perkara yang menghalang kita mendapat hidayah?
J: Antaranya ialah:
  • Hati yang tak boleh menerima nasihat yang baik. 
  • Mereka yang hasad kepada orang lain. Ada 2 jenis hasad yang dibenarkan iaitu dalam hal mencari ilmu (berkejar-kejar membuat perkara yang baik), dan dalam hal bersedekah.

 S: Adakah orang yang berterusan buat maksiat dinamakan mendapat hidayah?
J: Tidak, mereka ialah orang yang anti-hidayah. Orang yang minat kepada hidayah akan bertambah amalannya.




Popular posts from this blog

Tanggungjawab Adik-Beradik (2) - Tanyalah Ustaz 21.06.2012

Memikat Hati Suami (1) – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)