Di Sebalik Tabir Kematian (1) – Tanyalah Ustaz 11.02.2013
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani
Bacaan ayat 8, surah Al-Jumuah:
Antara perkara yang Allah sembunyikan ialah:
- Rezeki
- Qada’ dan qadar
- Waktu kematian
- Ahli syurga atau ahli neraka
Kematian boleh menjadi sesuatu yang amat menakutkan atau
sesuatu yang menggembirakan. Orang yang bersedia akan gembira untuk bertemu
kekasihnya iaitu Allah SWT. Orang begini ialah orang yang sentiasa bersedia
untuk kehidupan selepas kematiannya.
Ada 5 alam dalam kehidupan kita:
- Alam rahim
- Alam dunia
- Alam barzakh
- Alam masyhar
- Alam syurga atau neraka
Setiap alam mempunyai batasannya tersendiri. Proses
kelahiran membawa kita daripada alam rahim kepada alam dunia. Perpindahan ke
alam barzakh pula berlaku melalui kematian. Seterusnya, kita dipindahkan ke
alam Masyar melalui proses kebangkitan. Setelah itu, proses Hisab akan
menentuka kita ke syurga atau neraka.
Jadi, apa persiapan kita untuk menghadapi alam-alam ini?
Sebenarnya, kita cuma perlu bertanggungjawab dalam alam dunia sahaja. Sy. Ali
berkata, “Dunia ialah alam beramal, di alam barzakh, tiada lagi amalan”. Oleh
itu, kita perlu membuat persiapan. Sekiranya ingin balik kampung atau pergi
umrah/haji pun kita merancang dan membuat persiapan, inikan pula untuk
kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Dalam alam rahim,
kita rasa sudah cukup luas, tetapi bila kita lahir ke dunia, kita akan
rasa yang dunia itu lebih luas. Apabila mati, alam barzakh itu lebih luas dan
alam syurga Allah itu lebih luas dari alam-alam yang lain.
Apabila ingat mati, serta-merta kita rasa hilang selera
makan, hilang keinginan untuk bersuka-suka dengan hal dunia. Bahkan, apabila
melihat kereta jenazah sekalipun, kita sudah berasa seram sejuk.
Bila mati, yang kita bawa cuma 3:
- Doa anak yang soleh – Oleh itu adalah menjadi kerugian yang besar jika tidak dapat mendidik anak menjadi anak yang soleh.
- Sedekah jariah
- Ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain
Senarai soalan dan
jawapan
S: Kenapa Islam melarang umatnya panjang angan-angan?
J: Angan-angan akan melekakan manusia. Oleh sebab itu, Nabi
SAW berkata bahawa orang yang baik ialah orang yang panjang umurnya dan banyak
amalnya. Orang yang panjang angan-angan suka bertangguh dalam amal. Nabi SAW
berpesan yang umur umatya adalah dalam linkungan 60-70 tahun, tidak seperti
umur umat nabi-nabi lain sebelumnya. Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa
mengingati mati dengan sentiasa menyebut perkara yang menghancurkan kelazatan
dunia. Apakah perkata yang menghancurkan kelazatan dunia? Zikrulmaut –
mengingati maut dengan membayangkan kematian datang menjemput kita. Sahabat
bertanya bagaimanakah kesakitan ketika kematian? Nabi suruh bertanya bagaimana
kesakitan ketika wanita bersalin, tapi itu cuma 1 bahagian daripada 98 bahagian
kesakitan kematian.
S: Bagaimana menghadapi orang yang hampir meninggal?
J: Kita perlu ajar mereka mengucapkan “La ila ha illallah”. Bila kita ziarah orang sakit, tanya
mereka, “dah solat ke belum?”, bukannya tanya, “dah makan ubat belum?”. Jangan
bercakap tentang urusan dunia kepada mereka, dan beri pengharapan yang baik
untuk alam seterusnya. Jika nampak mereka sukar mengucap, cukup mengajarkan
menyebut “Allah”. Jika dia sudah sebut, kita jangan cakap banyak lagi. Jika
kita nampak dia menggeleng kepala, jangan kita ingat dia menggeleng kepala kepada
kita, tetapi ulama mengatakan dia menggelengkan kepala kepada syaitan yang
datang untuk menyesatkan manusia. Pada waktu inilah, kita perlu beri khabar
gembira kepadanya dengan syurga Allah yang sentiasa menanti agar dia mendapat
kekuatan untuk bertahan. Pastikan juga agar keadaannya dan pakaiannya bersih,
dan letakkan minyak attar di dahinya agar roh lebih mudah keluar. Bau minyak attar akan menjadikan rohnya
segar dan kuat. Rasul SAW juga berpesan agar disugikan giginya. Panggil
anak-anak yang soleh mengelilinginya dan membacakan Al-Quran terutamanya surah
Yaasin. Jika bacaan baik, elok baca berjemaah. Jika sebaliknya, biar seorang
yang bagus bacaanya saja baca. Selepas surah Yasin, baca surah Al-Mulk,
kemudian baca surah Al-Insan, kemudian surah Ar-Rahman, kemudian surah
Al-Waqiah. Jika masih belum meninggal, ulang kembali daripada surah Yasin.
S: Apakah maksud ‘husnul khotimah’ dan ‘suul khotimah’?
J: Nabi SAW ajar kita baca doa ini dan jangan kita
tinggalkannya. Cuma ada 2 keadaan kematian:
- ‘husnul khotimah’ - menuju syurga
- ‘suul khotimah’ – menuju neraka.
Allah memberi kita pilihan untuk ke syurga atau neraka.
Seruan azan setiap hari merupakan panggilan Allah untuk kita menuju syurga.
Tapi ramai orang lebih suka pergi pasar malam berbanding surau atau masjid. Ketika
zaman Rasul SAW, sahabat bertanya, “Bolehkah kita mengenali jika seseorang itu ahli
syurga atau neraka?”. Nabi SAW menjawab, “Ya.” Tapi kita tidak boleh menghukum
manusia dengan apa yang kita lihat . Allah akan permudahkan jalan mana yang
kita pilih.