Meraikan Perayaan Dalam Islam (2) – Tanyalah Ustaz 19.08.2012
Ustaz Rujhan Mohamed Razali Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Mulakan hari ini dengan takbir kepada Allah. Hari ini hari kita membesarkan Allah. Alhamdulilah, Allah beri peluang kita bertemu hari penuh kesyukuran ini dalam majlis ilmu. Kalimah Takbir, bermaksud ‘Allah Maha Besar’. Bila kita nyatakan Allah itu Maha Besar, bermakna kita ini sangat kerdil. Hidup kita dimulakan dengan kalimah takbir, dalam perjalanan hidup, kita juga dilaungkan dengan takbir 5 kali sehari semalam. Setelah meninggal, jenazah kita akan disolatkan dengan laungan takbir juga. Oleh itu, walau siapa sekalipun kita, kita perlu sedar bahawa Allah Maha Besar dan kita amat lemah. Hari ini merupakan hari kemenangan bagi yang berjaya memperoleh taqwa dan menundukkan nafsu, hasil daripada didikan madrasah Ramadhan. Semoga ibadah kita kekal sama dengan amalan-amalan sunatnya walaupun Ramadhan telah berakhir. Setelah sebulan berpuasa, ada yang keluar dari pintu taqwa, namun ada juga yang keluar se...