Posts

Showing posts with the label Ustaz Zamri Zainuldin

Remaja Cemerlang (2) - Tanyalah Ustaz 02.10.2012

Image
Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin Bacaan surah Al-Kahfi, ayat 107-110: Orang yang cemerlang adalah orang yang jelas tentang garis pemisah antara perkara yang hak dan batil. Jika dihafal 10 ayat terakhir ini, ulama mengatakan yang ianya juga boleh melindungi daripada fitnah dajjal. Sebagai tambah, Nabi SAW juga mengajarkan agar kita membaca doa berikut selepas bacaan tahiyyat akhir dalam solat:  "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya: "Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal". Senarai soalan dan jawapan: S: Bagaimana untuk mendekatkan diri dengan pengaruh positif? J: Dalam surah Al-Kahfi, ayat ...

Remaja Cemerlang (1) - Tanyalah Ustaz 01.10.2012

Image
Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin Bacaan surah Al-Kahfi, ayat 1-10: Ayat yang dibacakan tadi merupakan ayat yang diturunkan ketika Nabi SAW berada di Mekah. Ayat makkiyyah biasanya berbentuk motivasi kepada Nabi SAW. Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menghafal (yakni memahami dan mempraktikkan intipati) 10 ayat pertama surah Al-Kahfi, maka dia akan terpelihara daripada fitnah dajjal”. Fitnah dajjal sangat luar biasa dan sesiapa yang tidak berilmu akan mudah terpedaya. Dajjal akan diberi kuasa yang luar biasa, seperti boleh mengeringkan sungai, menumbuhkan pokok dan banyak lagi, dan ini akan mudah mempengaruhi kepercayaan orang kepadanya. Intipati surah Al-Kahfi menekankan beberapa aspek utama iaitu: Memperbetulkan akidah – Akidah merupakan system kepercayaan yang akan mempengaruhi tindakan manusia. Membetulkan cara berfikir dan cara memerhatikan sesuatu. Membetulkan nilai-nilai murni dan menyandarkannya kepada akidah. Senarai soalan...

Bersih Jiwa (2) – Tanyalah Ustaz 12.07.2012

Image
Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin Bacaan surah Al-Israk, ayat 71-72: Huraian ayat: Ayat tadi menerangkan bahawa sesiapa yang kotor jiwanya, buta hatinya ketika di dunia akan dibutakan juga di akhirat nanti. Pada hari akhirat nanti, matahari akan berada sejengkal di kepala kita, dan kita akan basah dipenuhi peluh. Kita semua takkan mempedulikan orang lain. Jika dibutakan pula, akan semakin sukarlah urusannya di akhirat nanti. Dalam kitab Al-Hikam, halaman 499, ada dinyatakan satu hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Anas Darul Qutni, yang bermaksud, “Barangsiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, lihatlah kedudukan Allah dalam hatinya.” Oleh itu, mari kita tanya diri sendiri – bagaimana kedudukan Allah dalam hati kita? Adakah kita dekat dengan majlis ilmu, masjid dan Al-Quran? Atau adakah kita lebih banyak mengingati keluarga, rumah, harta benda? Oleh sebab itu, mari periksa diri untuk mengetahui besar atau kecilnya Allah di sisi kita. Kesan jiwa yang kotor...

Bersih Jiwa (1) – Tanyalah Ustaz 11.07.2012

Image
Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin Bacaan surah As-Shams, ayat 1-10: Huraian ayat: Sesungguhnya jika Allah bersumpah demi sesuatu di dalam Al-Quran, itu bermakna Allah ingin menerangkan sesuatu yang penting. Dalam surah ini Allah nyatakan bahawa Allah memberi ilham kebaikan dan keburukan kepada manusia dan terpulang kepada manusia untuk memilih yang mana satu. Sesiapa yang memilih kebaikan akan termasuk dalam golongan yang beruntung dan sesiapa yang memilih kejahatan akan berada dalam kerugian. Jika pakaian kotor, semua orang pun tidak suka. Tetapi hari ini kita akan membincangkan tentang jiwa yang bersih. Mengikut kamus dewan, jiwa bermaksud roh, nyawa dan sesuatu yang bersifat batin, tidak nampak tetapi boleh dirasa seperti perasaan, pemikiran. Maksud bersih daripada sudut tasawwuf daripada Imam Al-Ghazali pula ialah sesuatu yang bersifat halus, bersifat ketuhanan dan bersifat rohani. Kita akan membicarakan tiga perkara penting dalam kehidupan manusia - IQ: ...

Remaja Berilmu & Beramal (2) – Tanyalah Ustaz 31.05.2012

Image
Ustaz Zamri Zainuldin Bacaan surah Al-Kahfi ayat 13-14 yang bermaksud: [13] Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. [14] Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran." Ayat yang dibacakan tadi merupakan pengiktirafan Allah terhadap Ashabul-Kahfi, iaitu 7 orang anak muda. Mereka ini orang muda, remaja yang mengatakan bahawa Allah itu benar dan mereka dikejar, lalu mereka bersembunyi bersama anjing-anjing mereka di dalam sebuah gua. Allah menidurkan mereka selama 309 mengikut satu riwayat, seb...

Remaja Berilmu & Beramal (1)- Tanyalah Ustaz 30.05.2012

Image
Ustaz Zamri Zainuldin Bacaan surah Al-Alaq, ayat 1-5 yang bermaksud, [1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), [2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; [3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, [4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, [5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Amatlah penting untuk mencari ilmu sebelum beramal. Tanpa ilmu, ada kemungkinan amalan yang dilakukan itu salah dan ditolak. Dalam satu hadis Nabi SAW ada disebut bahawa "Sesiapa yang melalui jalan-jalan ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga." Jadi dengan ilmu, manusia akan dapat 'short cut ' ke syurga. Kenapa 'short cut'? Kerana ilmu akan memandu kita membuat pilihan yang betul dalam kehidupan. Kita membuat pilihanraya setiap detik dalam kehidupan, bukanlah 5 tahun sekali. Setiap detik kita perlu buat pilihan baik atau jahat, pahala atau dosa. Semoga dengan ilmu, kita mendapat ke...

Zikir Tarbawi bersama Ustaz Zamri

Image
Zikir itu cahaya hati, dengar-dengarkanlah selalu agar menjadi halwa telinga dan lidah kita. Untuk makluman, rakaman ini diambil di Tanah Suci Mekah, bersama rombongan Umrah Tarbawi bersama Ustaz Zamri dan Mantop Travel & Tours, Februari 2012.