Remaja Cemerlang (2) - Tanyalah Ustaz 02.10.2012


Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin


Bacaan surah Al-Kahfi, ayat 107-110:

Orang yang cemerlang adalah orang yang jelas tentang garis pemisah antara perkara yang hak dan batil. Jika dihafal 10 ayat terakhir ini, ulama mengatakan yang ianya juga boleh melindungi daripada fitnah dajjal. Sebagai tambah, Nabi SAW juga mengajarkan agar kita membaca doa berikut selepas bacaan tahiyyat akhir dalam solat: "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya: "Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal".

Senarai soalan dan jawapan:
S: Bagaimana untuk mendekatkan diri dengan pengaruh positif?
J: Dalam surah Al-Kahfi, ayat 17 ada disebut tentang pengaruh ashabul kahfi iaitu:

Setelah berada di dalam gua, mereka mencerap matahari untuk mencari arah untuk beribadat. Oleh itu, amat penting untuk kita memahami keadaan sekeliling dan memberi reaksi kepadanya. Banyak masalah yang timbul adalah kerana manusia gagal mengawal emosinya. Oleh itu, orang yang bijak perlu tahu menguruskan emosinya.

S: Bolehkah berbohong sunat?
J: Bagi ustaz, jangan panggil bohong sunat, tetapi ianya sebenarnya satu ‘strategi’. Jika matlamatnya halal dan baik, contohnya seperti dalam peperangan, tidak salah untuk menipu. Begitu juga jika tujuan kita untuk mendamaikan suami-isteri atau sahabat yang bertelagah. Golongan ashabul kahfi juga menggunakan anjing sebagai pengawal keselamatan sebagai satu strategi untuk menyelamatkan mereka yang bersembunyi di dalam gua.

S: Mana yang lebih baik – banyak bertanya atau kurang bertanya?
J: Sebenarnya yang bagus adalah wasatiyyah (pertengahan). Orang yang banyak bertanya bagus sebenarnya. Dalam kisah Ashabul Kahfi, setelah mereka bangun, semuanya saling bertanya berapa lama mereka telah tidur. Mereka bertanya untuk mendapat kepastian. Orang yang banyak bertanya adalah lebih baik daripada orang yang banyak mendengar. Apabila bertanya, seseorang itu perlu menjadi seorang pemikir yang kritis, fokus, melihat ‘big picture’, berfikir di luar kotak dan befikir secara reflektif. Namun, janganlah sampai ke tahap bertanya soalan-soalan yang remeh sepertimana kaum Yahudi apabila diminta untuk menyembelih lembu, seperti yang diceritakan dalam surah Al-Baqarah.

S: Bagaimana untuk kekal fokus mencapai apa yang diimpikan?
J: Isyarat untuk fokus kepada ashabul kahfi ada disebut dalam ayat 20, surah Al-Kahfi. Untuk fokus, perlu buat satu benda pada satu-satu masa. Orang yang fokus juga perlu membayangkan apa yang diingininya. Kajian menunjukkan, otak tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi. Oleh itu, banyak perkara akan berlaku dua kali – satu di dalam bayangan kita, dan kedua dalam realiti. Oleh itu, kita perlu mempunyai banyangan yang jelas tentang apa yang diimpikan. Inilah yang dilakukan oleh gimnas Rusia yang membayangkan mereka berjaya mengalahkan gimnas Amerika, dan akhirnya dalam masa beberapa tahun sahaja, mereka betul-betul berjaya mengatasi pasukan gimnas Amerika.

S: Apa komen ustaz dengan orang yang berkata, “Aku tolak batu dan kayu saja, yang lain aku makan”?
J: Remaja yang cemerlang perlu memilih makanan yang baik untuk kesihatan dan kecerdasan otak terutamanya. Orang yang tolak batu dan kayu bukanlah orang yang cemerlang. Ketika salah seorang daripada ashabul kahfi diminta membeli makanan, mereka meminta makanan yang bersih (baik) dan halal. Oleh itu, kita semua perlu menjaga pemakanan, dan sumbernya pendapatan yang digunakan untuk membelinya. Hindarkan makanan yang mengandungi MSG. Cuba ambil serbuk MSG dan tabur ke atas rumput yang hijau. Sekejap sahaja rumput itu akan layu.

S: Bolehkah mencari ilmu agama di internet bersendirian, tanpa bimbingan ustaz?
J: Golongan Yahudi dan Nasrani bergaduh tentang maklumat terperinci kisah Ashabul Kahfi seperti bilangan mereka, berapa lama mereka tidur dan sebagainya, Merek merujuk kepada pendeta mereka, sedangkan Allah menceritakan dengan jelas di dalam Al-Quran. Oleh itu, tidak boleh bersandar sepenuhnya pada maklumat di internet, tetapi perlu juga dirujuk semula kepada ustaz atau pembimbing. Jangan terima sepenuhnya, dan jangan pula tolak sepenuhnya. Dapatkan kesahihan maklumat yang diperoleh.

S: Saya seorang yang yakin. Namuan, bagaimana untuk menghadapi kegagalan dan kekecewaan?
J: Keyakinan itu bagus, tetapi jangan sampai ‘over confident’.  Nabi SAW pernah ditanya tentang cerita Ashabul Kahfi dan Zulkarnain, dan Nabi SAW berjanji akan memberi jawapan esok. Nabi SAW terlupa menyebut InsyaAllah dan Allah tidak turunkan wahyu buat beberapa lama sehingga Nabi SAW diejek. Setelah itu diturunkan ayat 24, surah Al-Kahfi untuk menegur perbuatan Nabi SAW:


S: Bagaimana jika kita tersasar membuat kesilapan?
J: Manusia itu memang fitrahnya akan tersasar. Apa yang penting, jika tersalah, perlu berhenti dan pulang ke pangkal jalan.  Bila tersilap, perlu ingat Allah, beristighfar dan tinggalkan kesilapan itu.

S: Mohon ustaz beri amalam untuk menjadi cemerlang?
J: Mudah saja, amalkan kandungan ayat 27 surah Al-Kafhi:

Apabila membaca dan mendalami Al-Quran, pertuturan dan akhlak kita akan terjaga. Di samping itu, solah juga dapat membantu menjadikan kita manusia yang cemerlang.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab