Korban (1) – Tanyalah Ustaz 26.10.2012
Ustaz Ahmad Husni Dato' Abdul Rahman
Surah Al-Maidah, ayat 27-30:
Ibadah korban merupakan antara ibadah yang
tertua sekali kerana bermula ketika Habil dan Qabil diminta
mengeluarkan korban kepada Allah. Kisah Habi dan Qabil – mereka
dilahirkan dengan kembar perempuan dan ketika itu disyariatkan untuk
silang nikah → Habil berkahwin dengan kembar Qabil yang bernama
Iqlima dan Qabil berkahwin dengan kembar Habil iaitu Labuda. Qabil
tidak setuju kerana Iqlima lebih cantik rupa-parasnya berbanding
Labuda. Oleh itu, Allah menetapkan agar mereka berdua mengeluarkan
korban. Ini juga menunjukkan bahawa untuk mendapatkan sesuatu perkara
itu, ianya memerlukan pengorbanan. Allah meminta dipersembahkan
korban dan barangsiapa yang diterima korbannya, maka dia akan
dikahwinkan dengan gadis pilihannya.
Habil memilih haiwan ternakannya yang
terbaik, manakala Qabil pula memilih tanaman yang sudah rosak.
Setelah dipersembahkan, Allah menerima korban daripada Habil. Kisah
bersambung esok, InsyaAllah.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Mengapa masyarakat sukar berkorban
dan merungut yang harganya mahal?
J: Korban merupakan ibadah yang
dilakukan demi mendekatkan diri kita kepada Allah Taala. Masyarakat
merasa sukar menunaikanya kerana cetek ilmu tentang kelebihan ibadah
korban. Nabi SAW sendiri pernah menyuruh Fatimah melihat sendiri
haiwan korbannya disembelih kerana sebelum tumpahnya darah haiwan
itu, ibadat itu telah sampai kepada Allah. Dosa orang yang berkorban
akan dihapuskan sebanyak helaian bulu binatang korban tersebut.
Kebaikan daripada ibadat itu akan kembali kepada orang yang berkorban
itu sebenarnya. Tanpa ilmu, masyarakat lebih sanggup mengeluarakan
belanja untuk rancangan TV berbayar, makanan yang mahal-mahal dan
seumpamanya. Mereka enggan mengeluarkan belanja untuk membeli 'tiket'
ke syurga Allah.
S: Saya merasakan tidak layak menerima
daging korban kerana mampu untuk membeli sendiri 1kg daging dan
memberi kepada orang lain yang lebih susah daripada saya. Bolehkah
saya buat begitu atau adakah saya dianggap riyak?
J: Tak usahlah kita rasa bangga kerana mampu untuk membeli daging kerana ada sedikit unsur riyak di situ. Jika dapat, kita ikut saranan Allah agar kita makan sedikit dan beri yang lebih kepada orang yang lebih susah. Boleh beri kepada orang lain asalkan bukan kepada orang kafir.
J: Tak usahlah kita rasa bangga kerana mampu untuk membeli daging kerana ada sedikit unsur riyak di situ. Jika dapat, kita ikut saranan Allah agar kita makan sedikit dan beri yang lebih kepada orang yang lebih susah. Boleh beri kepada orang lain asalkan bukan kepada orang kafir.
S: Seorang penternak berniat
mengorbankan seekor lembu. Namun, pada akhirnya, lembu itu terpaksa
dijual. Bolehkah dia menggantikan dengan lembu yang lain?
J: Berniat itu seolah-olah menjadi satu
nazar. Oleh itu, lembu itu tidak boleh ditukar dengan yang lain,
malahan tidak boleh diganti dengan lembu lain yang lebih baik. Namun,
jika telah dijual, dia wajib membelinya semula dengan harga yang
dijual. Jika lembu itu sudah disembelih, dia perlu mencari lembu yang
sama nilainya atau lebih. Yakinlah bahawa jika kita sudah niat kerana
Allah, Allah akan membantu kita mendapatkan rezeki untuk
menunaikannya.
S: Bolehkah orang yang menanggung
hutang atau pinjaman tertunggak melakukan korban? Mohon
J: Ulama-ulama Imam Hanafi mewajibkan
bagi orang yang bermukim dan mampu. Jumhur ulama lain mengatakan
ibadah korban adalah sunnah muakkad. Dalam satu hadis, Nabi SAW ada
bersabda yang bermaksud sesiapa yang mampu tetapi tidak mengerjakan
ibadat korban, maka dia dilarang dekat (untuk datang solat) ke
masjid. Dalam gaya kehidupan hari ini, siapa yang tidak terlibat
dengan hutang? Jika hutang itu boleh dibayar secara ansuran daripada
pendapatan bulanan yang tetap, dan dia mempunyai wang lebih, maka
sunat baginya melakukan korban.
S: Bolehkah buat korban di negara
miskin seperti Kemboja, Myanmmar, Palestin dan sebagainya?
J: Menurut fatwa JAKIM, hukumya harus.
Namun, kita cuma perlu sedar satu perkara bahawa negara kita juga
mempunyai orang miskin. Jangan memilih luar negara kerana harganya
lebih murah. Itu bukannnya 'save' duit, tetapi 'save' pahala.
Seeloknya, buat di tempat sendiri dan juga di luar negara.
S: Bagaimana mengaitkan realiti korban
dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya?
J: Dikisahkan bahawa Nabi Ibrahim
bermimpi menyembelih anaknya, dan sebagai anak yang soleh, Nabi
Ismail patuh. Namun, hari ini, Allah cuma minta kita korbankan wang
ringgit. Allah ingin kita tunjukkan bahawa kita lebih sayangkan Allah
berbanding sayang keluarga kita. Sayangkan keluarga perlu juga
berpaksi kepada Allah. Nabi Ibrahim bertanya Nabi Ismail dengan cara
untuk menguji iman anaknya itu. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita
perlu menguji iman anak-anak kita juga. Jawapan Nabi Ismail
membuatkan Nabi Ibrahim gembira kerana tahu yang anaknya itu seorang
yang beriman. Nabi Ismail berpesan kepada ayahnya agar membuang dan
membakar bajunya yang terpecik dengan darahnya agar tidak menyedihkan
hati ibunya. Nabi Ibrahim pun mengasah pisau dan meletak pada leher
anaknya untuk disembelih. Walaupun pisau tajam, ianya tidak dapat
digunakan untuk menyembelih Nabi Ismail walaupun setelah dicuba
berkali-kali. Barsambung esok..
S: Ada ramai orang bukan Islam di
sekitar kawasan saya. Bolehkah diberi kepada mereka daging korban?
J: Berdasarkan pandangan para fuqaha,
haram hukumnya diberikan daging korban wajib atau sunat kepada orang
bukan Islam. Ulama lain pula mengatakan harus jika daging itu daging
korban sunat. Ada juga ulama mengatakan boleh diberi setelah dimasak.
Bagi negara kita yang berbilang kaum ini, boleh diamalkan pandangan
yang menyatakan harus diberi jika daging itu hasil daripa korban yang
sunat.
S: Bagaimana untuk mengikis sifat
kedekut agar lebih suka berkorban dengan harta yang ada pada kita?
J: Mudah sahaja, perlu ada sifat zuhud
dalam diri. Letakkan harta di tangan agar mudah diagihkan, dan bukan
di hati. Ada satu kisah seorang lelaki yang menyediakan makanan
percuma kepada semua orang...(akan bersambung esok, InsyaAllah).
Yakinilah bahawa setiap apa yang kita belanjakan ke jalan Allah,
pasti ada dibalas kebaikan yang berlipat kali ganda, InsyaAllah.