Pintu Taubat (1) - Tanyalah Ustaz 03.10.2012
Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
Bacaan surah Ali-Imran, ayat 133-134:
Alhamdulillah kita dapat bersiaran
bersama pada pagi ini. Daripada ayat yang dibacakan tadi, Allah
meminta agar kita cepat-cepat bertaubat agar terlindung daripada
siksaan kubur dan neraka. Manusia biasanya melengah-lengahkan taubat
dan menyangka dia akan mati lambat lagi. Mati itu rahsia Allah. Jika
kita tahu waktu mati kita, sudah pasti kita bersedia dengan memenuhi
masa dengan beribadat sahaja. Disamping bertaubat, Allah minta kita
memperbanyakkan istighfar. Istighfar ialah memohon keampunan Allah.
Nabi SAW bersabda yang bemaksud, “Sesiapa yang beristighfar pada
Allah, maka Allah akan murahkan rezeki, permudahkan segala urusan dan
kesulitan”. Sedikit pesanan kepada anak-anak yang sedang belajar
agar menjauhi diri daripada maksiat dan selalu beristighfar. Imam
Malik berkata kepada Imam Syafie, “Pada diri kamu ada cahaya,
jangan kamu padamkannya dengan maksiat”. Inilah bahaya perbuatan
maksiat dan kehebatan taubat kepada Allah.
Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda
yang bermaksud:
وَالَّذِي
نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ
لَمْ
تُذْنِبُوا لَذَهَبَ اللَّهُ بِكُمْ
وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُونَ
فَيَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ فَيَغْفِرُ
لَهُمْ
“ Demi nyawaku yang berada di
Tangan-Nya, sekiranya kamu tidak melakukan dosa nescaya Allah akan
pergi bersama dengan kamu dan akan datang suatu kaum lain dan mereka
melakukan dosa dan mereka yang melakukan dosa tersebut memohon
keampunan kepada Allah maka Allah mengampunkan dosa mereka”.
Oleh itu, kita tidak boleh berputus asa
pada rahmat dan keampunan Allah.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Mohon ustaz jelaskan perbezaan
antara maksiat dan dosa?
J: Dalam Al-Quran banyak disebut
tentang maksiat dan dosa. Kedua-dua ini sebenarnya seumpama
adik-beradik kembar. Maksiat merupakan sesuatu perbuatan yang
terkeluar daripada apa yang Allah perintah. Kesan perbuatan itu akan
menyebabkan kita menanggung dosa yang berat di akhirat nanti. Oleh
itu, Nabi SAW suruh kita cepat-cepat minta ampun apabila terbuat
maksiat.
S: Adakah benar doa mempunyai martabat?
J: Dalam hal ini, para ulama berbeza
pendapat. Ada yang berpendapat, dosa terbahagi kepada dua – kecil
dan besar. Tidak salah untuk kita menurut ijtihad ini. Dosa yang
bahaya ialah dosa-dosa yang besar. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh
membinasakan.Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?"
Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang
diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan
harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang
dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim.
Selain daripada dosa-dosa ini dianggap sebagai dosa-dosa kecil. Contohnya, orang
yang membiarkan matanya melihat perkara yang Allah tidak izinkan.
S: Ada orang kata kena 'slow-slow'
untuk bertaubat, betulkah ustaz?
J: Nabi SAW suruh kita cepat-cepat
bertaubat. Allah juga sebut dalam ayat yang dibacakan tadi
agar dicepatkan bertaubat atas kesilapan yang dilakukan. Dalam surah
Al-Munafiqun, ayat 10 juga Allah sebut:
Kita takut tak sempat bertaubat dan
ajal telah tiba. Nabi SAW sendiri bertaubat lebih daripada 70 kali
sehari. Oleh itu, ulama mencadangkan agar kita berterusan
beristighfar kerana mati boleh datang dengan tiba-tiba.
S: Dosa besar dan kecil yang ustaz
sebut tadi itu khusus dosa dengan Allah sahaja?
J: Sebenarnya dosa ada hubungan dengan
Allah dan manusia. Oleh itu, kita perlu minta ampun daripada Allah
dan manusia. Ulama membahagikan dosa kepada:
- Meninggalkan perkara wajib yang Allah suruh – perlu ganti kembali dan mohon keampunan kepada Allah. Contohnya, jika dulu tinggal solat, mengikut mazhab Syafie - perlu diusahakan untuk diqadha semula.
- Dosa kepada Allah sahaja – tidak perlu diganti dan cuma perlu mohon keampunan Allah, contohnya dosa syirik, minum arak dan sebagainya.
- Dosa dengan Allah dan manusia – perlu mohon ampun kepada orang yang dilakukan kezaliman, dan mohon keampunan Allah juga.
S: Apakah faktor-faktor yang
menyebabkan kita buat dosa?
J: Ulama membincangkan dan menyatakan ada beberapa faktor seperti berikut:
- Seseorang itu tiada ilmu agama yang baik/mencukupi - hanya dengan ilmu, manusia dapat membezakan perkara yang hak dan batil.
- Memandang ringan akan perintah Allah dan hadis Nabi SAW - tidak merasakan berdosa apabila berbuat maksiat.
- Melayani tuntutan nafsu – nafsu memang fitrahnya mengajak kepada keburukan, oleh itu perlu dikawal dengan baik.
S: Benarkah jika kita banyak dosa, kita
akan dilaknat di dunia lagi?
J: Benar. Bukan kepada kita saja, bahkan Imam Syafie juga pernah mengalami masalah dengan hafalan takkala terlihat betis/buku lali wanita tanpa sengaja. Kesan maksiat adalah seperti berikut:
J: Benar. Bukan kepada kita saja, bahkan Imam Syafie juga pernah mengalami masalah dengan hafalan takkala terlihat betis/buku lali wanita tanpa sengaja. Kesan maksiat adalah seperti berikut:
- Menjadikan hati keras - untuk melembutkannya kembali, perlu bertaubat dan menambah ibadat kepada Allah.
- Susah mendapat ilmu – mempengaruhi kefahaman untuk menuntut ilmu
- Rezeki disempitkan – jika menghadapi masalah atau kesulitan, muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah
- Menjadi semakin jauh daripada Allah – menjadi semakin tidak kisah dan seronok dalam melakukan maksiatim