Posts

Showing posts with the label Habib Umar bin Hafez

Maulid Istimewa MTDM bersama Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz (28.11.2014)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد   وعلى آله وصحبه وسلم Tausiyah 1: Habib Ali bin Abu Bakar bin Salim Terjemahan oleh Habib Najmudin Al-Khered Pujian dan syukur kepada Allah Ta'ala atas segala nikmat dan peluang hadir. Semoga dipermudahkan untuk kita melaksanakan apa yang kita dengar dalam majlis yang mulia ini sehingga bercahaya hati ini dan meresap masuk kepada anggota badan, sehingga tidaklah dia beramal kecuali apa yang dicintai oleh Allah Ta'ala yang akan menggembirakan Rasulullah ﷺ . Mudah-mudahan Allah SWT memberi qabul kepada kita. Sebab utama diterimanya kita ini adalah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Oleh itu marilah kita bertaubat kepada Allah Ta'ala daripada segala dosa-dosa kita yang lalu. Mudah-mudahkan Allah beri manfaat kepada kita semua yang akan menjaga kita dan keluarga kita lebih-lebihan lagi pada zaman yang penuh dengan fitnah ini. Tausiyah 2: Syeikh Abdullah Muhammad Shihab** Terjemahan oleh Habi...

Khuluquna (Akhlak Kami) Bahagian 1 - Habib Umar bin Hafidz

Image
بسم الله الرحمن الحيم اللهم صل على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم Karangan dan syarahan oleh Al-Alamah Habib Umar bin Hafiz Terjemahan oleh Habib Soleh Al-Jufri Masjid Al-Abdul Razak, Singapura, Subuh 12.11.2014 Rakaman audio tausiyah  (maaf kualiti kurang baik)   Petikan bacaan sebahagian daripada kandungan kitab: ‘Khuluquna’ – ‘Akhlak kami’ terbahagi kepada: 1.     Akhlak kami bersama Allah 2.     Akhlak kami bersama makhluk 3.     Akhlak kami bersama diri-sendiri Akhlak bersama Allah: muraqabah yakni merasa diawasi Allah SWT, ikhlas beribadat kepada-Nya, dan mempunyai wirid harian daripada Al-Quran , memahami dan mentadabbur isinya. Menghadirkan diri dalam solat, berusaha solat berjemaah selagi tiada keuzuran, merasa kerdil di hadapan Allah, bangun malam untuk beristighfar dan rasa gembira bermunajat kepada Allah SWT. Menjadikan Allah tempat utama mengadu dan bertawakal kepada kepada-Nya, ba...

Buah tangan dari Tarim (bahagian 1)

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  اللهم صل على سيدنا محمد  وعلى آله وصحبه وسلم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Kisah-kisah teladan daripada syarahan Kitab 'Penawar Hati' Bab Niat dan Menjaga Makan Daurah Tarim 1435H Oleh Habib Umar bin Hafidz Diterjemah oleh 'team' Dar Al-Mustafa p/s: Segala kekurangan 'admin' mohon maaf.

"Hadirkan akalmu dan hadirkan hatimu dan dengar firman dari Tuhanmu" - Tausiyah Maulid Istimewa MTDM bersama Habib Umar bin Hafidz

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Maulid Bulanan Istimewa Majlis Ta'lim Darul Murtadza Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Credit to Majlis Ta'lim Darul Murtadza Rakaman video Tausiyah Maulid Istimewa dr Majlis Ta'lim Darul Murtadza Alhamdulillah yang telah memberikan kemuliaan kepada kita di dalam memetik buah yang abadi di majlis kita ini. Dan mengizinkan untuk kita bersambung dengan anugerah-anugerah Alla Ta’ala dalam peti-peti yang tidak akan habis harta karun di dalamnya. Dan Allah Ta’ala mengizinkan kita untuk beramal di dalam umur kita yang fana’ untuk mencapai kesejahteraan dalam umur yang abadi dan tiada akhir. Dan kita berkumpul dalam majlis ini dengan suatu bisnes (perniagaan) yang abadi, iaitu bisnes akhirat. Perbezaan bisnes akhirat dengan dunia itu sangat jauh bezanya. Dan semua yang disebutkan tadi adalah hasil dari hubungan yang erat yang kita bangunkan antara kita dengan Allah Ta’ala. Dan hubungan kita ...