Posts

Showing posts with the label Topik Jumaat

Menanti Kehadiran Ramadhan – Topik Jumaat IKIM 13.07.2012

Image
Ustaz Muhadir Haji Joll Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah Allah memanjangkan umur kita sehingga di bulan Syaaban dan kita sangat merindui kehadiran bulan Ramadhan. Semoga setiap kali kita bertemu ditambahkan ilmu dan juga amalan, InsyaAllah. Sekiranya seorang VVIP atau Raja akan datang ke tempat kita, kita pasti akan buat persiapan rapi dan kita juga akan rasa dihargai kerana terpilih menerima tetamu yang istimewa. Bagaimana pula jika yang datang adalah raja kepada segala bulan dan telah termaklum keberkatan dan kebaikan yang ada di dalamnya? Sebelum kehadiran Ramadhan, telah didatangkan 'wakilnya' dahulu iaitu bulan Rajab dan Syaaban yang juga memiliki kelebihan tersendiri. Nabi SAW, apabila melihat anak bulan Rajab, akan melafazkan doa, “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.” Jadi kenapa Nabi SAW guna perkataan 'Berkatilah kami'? Berkati di sini bermaksud seseorang itu faham hakikat keagunga...

Bulan Rejab dan Kelebihannya - Topik Jumaat IKIM 01.06.2012

Image
Ustaz Muhadir bin Haji Joll Mukadimmah: Alhamdulillah dapat berjumpa pada hari yang sangat mulia. Nabi SAW bersabda, “Tidak ada matahari yang terbit pada hari yang lebih mulia melainkan pada hari Jumaat.” Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan kita digalakkan untuk memperbanyak selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW. Semoga kita dipilih Allah Ta'ala untuk mengimarahkan hari Jumaat, terlebih pula di dalam bulan Rejab yang mulia ini. Kita berbicara tentang bulan yang sangat mulia iaitu bulan Rejab, sebelum kita berbicara tentang ketua semua bulan iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Terdapat sangat banyak kelebihan bulan Rejab yang ditulis oleh para alim ulama yang besar. Nabi SAW, apabila melihat anak bulan Rejab, akan melafazkan doa, “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.” Jadi kenapa Nabi SAW guna perkataan 'Berkatilah kami'? Ini kerana ramai orang yang leka dengan kelebihan yang ada dalam bulan Reja...

Bahaya Lidah – Topik Jumaat, Warna Pagi IKIM 20.04.2012

Image
Ustaz Muhadhir Haji Jol, UIA Mukadimmah: Ulama mengatakan yang lidah ini fizikalnya kecil sahaja tetapi besar implikasi dosanya. Al-Habib Zin Ibni Ibrahim Ibni Sumair, seorang ulama besar yang masih hidup dan tinggal di bumi Madinah sekarang ini berkata, anggota badan lain tidak perlu kepada penjagaan yang banyak, tetapi lidah dijaga dan dipagari oleh 2 anggota lain iaitu gigi dan mulut. Ini menunjukkan betapa bahayanya lidah. Imam Ghazali pula dalam kitab Ihya’ Ulumiddin membicarakan perihal-perihal kemusnahan yang disebabkan oleh lidah sehingga 79 muka surat (dalam bahasa arab). Ini menunjukkan kepentingan lidah itu dijaga agar tidak menjerumuskan manusia ke lembah neraka. Fokus hari ini, seperti yang dipesan oleh Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, adalah untuk menjaga lidah daripada 8 perkara: Jangan bercakap bohong: Bohong itu bercakap dusta dan merupakan dosa besar. Orang berbohong hilang harga dirinya kerana orang tidak lagi percaya kepadanya. Jangan...