Acuan Rabbani (3) – Tanyalah Ustaz 26.05.2013
Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin Kita sudah diberi akal, hati dan jasad, maka semuanya ini memerlukan satu acuan untuk menjadikannya hebat dan acuan itulah Al-Quran. Bacaan surah Asy-syura ayat 52, 53: Berpandukan ayat ini, Allah mengatakan bahawa Al-Quran akan menghidupkan roh yang mati. Ramai orang hidup hari ini tapi akalnya mati, hatinya mati dan Quran tidak menyinari jiwa dan hati mereka. Sedikit perincian tentang acuan Rabbani (Al-Quran): Tujuannya ialah untuk membina individu yang tinggi taqwanya berdasarkan surah Al-Hujurat ayat 13. Kemudian dalam surah At-Tin, ayat 6 – Allah memberitahu cara untuk bertaqwa adalah dengan melakukan amal yang soleh, bukan sekadar amal. Apa itu amal soleh? Berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 112, ada 2 ciri amal soleh iaitu: Ada keikhlasan dan mengikut syariat Allah. Oleh itu, dalam setiap apa yang dilakukan mesti ada kedua-dua ciri ini. Apa kata Al-Quran tentang hidup dalam masyarakat...