Acuan Rabbani (3) – Tanyalah Ustaz 26.05.2013
Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin
Kita sudah diberi akal, hati dan jasad, maka semuanya ini
memerlukan satu acuan untuk menjadikannya hebat dan acuan itulah Al-Quran.
Bacaan surah Asy-syura ayat 52, 53:
Berpandukan ayat ini, Allah mengatakan bahawa Al-Quran akan
menghidupkan roh yang mati. Ramai orang hidup hari ini tapi akalnya mati,
hatinya mati dan Quran tidak menyinari jiwa dan hati mereka.
Sedikit perincian tentang acuan Rabbani (Al-Quran):
Tujuannya ialah untuk membina individu yang tinggi taqwanya
berdasarkan surah Al-Hujurat ayat 13.
Kemudian dalam surah At-Tin, ayat 6 – Allah memberitahu cara
untuk bertaqwa adalah dengan melakukan amal yang soleh, bukan sekadar amal.
Apa itu amal soleh? Berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 112,
ada 2 ciri amal soleh iaitu:
- Ada keikhlasan dan
- mengikut syariat Allah.
Oleh itu, dalam
setiap apa yang dilakukan mesti ada kedua-dua ciri ini. Apa kata Al-Quran tentang hidup dalam masyarakat majmuk?
Dalam surah Al-Mumtahina, ayat 8, Allah berfirman:
Allah suruh kita berlaku adil sekiranya mereka tidak memerangi
kita dalam sudut agama dan tidak menghalau kita keluar dari tempat tinggal.
Roh ialah urusan Ilahi. Dengan roh yang baik, kita akan
menjadi insan yang baik. Oleh itu, disampung mengaji, kita perlu juga mengkaji.
Bagaimana untuk mendidik anak mengikut acuan Rabbani? Dalam
surah At-Tahrim, ayat 6:
Oleh itu, walaupun anak hebat dalam akademik atau sukan atau
seumpamanya, itu tidak mencukupi. Anak itu perlu dididik agar jauh daripada neraka.
Kata Abdullah ibnu Abbas, cara menjauhi neraka ialah: Didik keluarga dan diri untuk taat dan meninggalkan maksiat
Antara hasil seseorang yang telah belajar, terutamanya yang
belajar Al-Quran ialah: Kemampuan menilai sesuatu perkara dengan betul. Dia akan dapat melihat baik buruknya sesuatu perkara dan mengambil tindakan yang betul.
Untuk memahami Al-Quran dengan betul, perlu ada ilmu
sokongan. Antara rujukan yang baik ialah:
- The Power of Al-Quran – walaupun tajuknya dalam Bahasa Inggeris, isinya dalam Bahasa Melayu.
- Kitab tafsir yang sah – mesti ada di setiap rumah orang Islam. Jika kita serius denagn apa yang dipelajari hari ini, kita perlu mendapatkan satu kitab tafsir untuk di rumah kita. Saya ingin mencadangkan kitab tafsir Hamka.
Kesimpulan:
Wahyu Allah merupakan acuan yang kita sangat-sangat
perlukan. Al-Quran mampu memimpin kita ke jalan paling benar. Tambahan
pula kita berada di akhir zaman dan dimana fitnah datang bertubi-tubi.
Lagi sekali, saya tekankan yang di setiap rumah perlu ada
‘mini-library’ dan mesti ada sebuah kitab tafsir Al-Quran. Bacalah tafsir setiap
hari, biarpun sehelai sehari. Jangan kelam-kabut, - the most important is the first step. Azamkan untuk memahami
Al-Quran. Jangan sekadar mengaji, tetapi perlu mengkaji. Setelah itu kita
menghayati dan menyebarkan pula kalam Ilahi.
Senarai soalan dan
jawapan:
S: Semua orang ingin mendidik anak dengan
baik. Walaupun ada banyak program Islami di TV, namun masih banyak program yang
sebaliknya yang mengajak ke konsert dan seumpamanya. Bagaimana untuk menjaga
anak daripada pengaruh ini terutamanya di luar rumah?
J: Alhamdulillah, dengan pemimpin yang baru dilantik, saya berdoa agar mereka menjadikan acuan Rabbani sebagai acuan dalam pendidikan anak-anak kita. Allah tidak pandang sangat pencapaian di dunia semata-mata. Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah menekankan nilai dan meletakkan isu pada perspektif yang betul. Jika anak melihat progam tidak elok, dia akan boleh menilai keburukannya dan mengubah tanpa disuruh.
J: Alhamdulillah, dengan pemimpin yang baru dilantik, saya berdoa agar mereka menjadikan acuan Rabbani sebagai acuan dalam pendidikan anak-anak kita. Allah tidak pandang sangat pencapaian di dunia semata-mata. Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah menekankan nilai dan meletakkan isu pada perspektif yang betul. Jika anak melihat progam tidak elok, dia akan boleh menilai keburukannya dan mengubah tanpa disuruh.
S: Adakah akhluk asing seperti UFO, ‘alien’
wujud?
J: Wallahu’alam bissowab. Namun, dalam Al-Quran, surah
As-Syura, ayat 29, Allah menyatakan bahawa ada ‘daabah’ yang ditafsirkan
sebagai makhluk yang melata. Dalam mentafsirkan ayat ini, Hamka berkata makhluk
melata ini bukan ada di bumi saja tapi di langit juga. Oleh itu, ada
kemungkinan ada juga makhluk lain di planet-planet lain.
S: Allah berfirman bahawa segala amalan
manusia ialah untuk diri sendiri dan Allah tidak tergugat dengan amalan/iman
kita. Allah juga memberitahu bahawa azab-Nya amat pedih bagi orang yang ingkar.
Mohon pencerahan ustaz?
J: Betul, Allah sendiri menyatakan bahawa kita sebagai
manusia ini semuanya faqir belaka. Semua yang dimiliki adalah dengan izin Allah
semata-mata. Ini patutnya menyedarkan yang kita tiada apa-apa dan tidak boleh
sombong. Qarun yang rasa hebat dengan dirinya akhirnya ditelan bumi. Firaun
yang mengaku Tuhan akhirnya mati lemas. Azab Allah memang keras. Dalam hadis
sahih, dinyatakan bahawa seringan-ringan azab ialah apabila seorang lelaki
diletakkan api di tapak kakinya sehingga otaknya mendidih, dan dia merasakan
bahawa siksaan itulah yang terburuk di alaminya sedangkan itu adalah siksaan
teringan. Nabi SAW sendiri membaca Al-Quran dengan menggigil kerana takutkan
Allah. Bagaimana dengan kita pula? Adakah kita dengan beraninya melawan Allah?
S: Kita banyak tahu tapi sukar mengamalkan
apa yang kita tahu. Bagaimana kaedah agar mudah mengamalkan, terutamanya dalam
menjaga keluarga daripada api neraka?
J: Pada pendapat saya, titik permulaannya mesti betul. Untuk
keluarga, ibu-bapalah yang perlu memulakan dengan belajar Al-Quran. Dalam
Al-Quran, dinyatakan tentang pesan Al-Quran dalam mendidik anak. Luqman ialah
seorang bapa dan ini menunjukkan yang bapa perlu memainkan peranan yang
penting. Bapa perlu mendidik dengan hikmah dan Abdullah ibnu Abbas mentafsirkan
hikmah itu sebagai Al-Quran dalam kehidupan kita hari ini. Malangnya, ibu bapa
hari ini hanya memberi makanan jasmani kepada anak-anak tetapi tidak
mengajarkan hikmah (Al-Quran) kerana ibu bapa sendiri tidak menguasai ilmu
Al-Quran. Dalam pendidikan pula, saya mencadangkan agar Agama Islam jangan
dijadikan subjek sampingan sebaliknya dijadikan tunjang dalam pendidikan.
S: Saya suka dengan ayat 2 surah Al-Mulk.
Mohon ustaz huraikan tafsirannya?
J: Imam Ibnu Kathir berkata dalam ayat ini, Allah ingin
menguji siapa yang lebih berkualiti amalannya, bukan berdasarkan kuantiti
sahaja. Jika umat Islam menghayati ayat ini, sepatutnya boleh membawa perubahan
yang baik. Oleh sebab itu, kita lihat orang pergi belajar ilmu tapi akhlaknya
masih tidak elok. Ada orang lekatkan ayat Quran pada kereta, tapi bawa kereta
tak macam Quran.