Mari Mengaji (1) – Tanyalah Ustaz 03.05.2013


Mari Mengaji (1) – Tanyalah Ustaz 03.05.2013



Bacaan surah Al-Inshirah:


Bacaan Al-Quran boleh memberi kesan kepada hati seseorang. Al-Inshirah bermaksud perihal melapangkan dada Nabi SAW. Ayat-ayat dalam surah ini mengajak Nabi SAW melapangkan dadanya. Baginda SAW menghadapi pelbagai bentuk dugaan dan tekakan dalam menyebarkan dakwah. Kita sebagai manusia juga diuji taraf keimanan oleh Allah. Oleh sebab itu, kita juga perlu melapangkan dada kita. Surah ini diberi kepada Nabi Muhammad SAW untuk memberi baginda kekuatan. Kekuatan sebenar bukannya datang daripada fizikal, tetapi ianya datang daripada hati (jiwanya).

Kita perlu beriman dan beramal soleh dan salah satu ibadah yang besar fadhilatnya ialah membaca Al-Quran. Untuk membaca Al-Quran, kita perlu belajar dengan teliti. Nabi SAW bersabda bahawa seseorang itu hanya dibenarkan iri hati dalam 2 perkara:
  • terhadap orang yang belajar Al-Quran siang dan malam
  • terhadap orang yang menginfakkan harta siang dan malam

Di sebalik kesusahan, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Maka kita perlu menyerahkan diri kita kepada Allah dan tidak bersangka buruk atas apa yang berlaku.

Pengajaran daripada bacaan surah melalui telefon:
  • Sebutan huruf ف (Fa) seringkali salah disebut “Pa” oleh orang kita. Ini perlu dielakkan.
  • Ada banyak huruf yang dimatikan, oleh itu perlu berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan. Huruf -huruf seperti “Siin” perlu dibaca dengan jelas dengan mengeluarkan desiran angin pada mulut. Bacaan perlu tepat agar makna tidak berubah.
  • Huruf ص dan س perlu dibezakan bacaannya

p/s: Tiada sesi soal-jawab

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab