Positif (2) – Tanyalah Ustaz 14.05.2013


Ustaz Abdullah Mahmud


Nabi SAW bersabda, “Seseorang itu tidak dikira beriman kecuali dia menyayangi saudaranya seperti dia menyanyangi dirinya sendiri”

Ini memang sukar ini dilakukan. Hatta untuk menyayangi anak sendiri sama rata pun ada kalanya sukar, inikan pula orang lain. Kita lebih senang membiarkan orang lain susah daripada kita yang susah. Sepatutnya kita perlu berfikir sebagaimana kita tidak mahu susah, jiran kita, saudara kita pun pasti tidak suka untuk susah juga. Oleh sebab itulah kita perlu ambil tahu tentang jiran kita – tentang kesusahannya, tengokkan rumahnya jika dia balik kampong dsb.

Sifat positif ini sukar untuk dikekalkan. Oleh itu, setelah bangun di pagi hari, berdoa agar Allah menghiasi dan memperbaiki akhlak kita sepertimana akhlak Al-Quran. Lakukan ini setiap hari, In sha Allah akan dapat menyemai sifat positif dengan lebih baik. Mulakan hari dengan kebaikan dan in sha Allah sepanjang hari kita akn berbuat kebaikan. Niatkan daripada malam lagi untuk berbuat kebaikan pada pagi hari esoknya. Ajar anak-anak beri salam dan cium tangan ibu bapa pada pagi hari. Perkara ini perlu dididik daripada rumah. Isteri jangan biasakan biar suami tinggalkan barang di atas meja, sebaliknya ambil daripada tangannya. Apabila kita buat sesuatu yang positif pada seseorang, orang yang menerimanya akan berasa besar hati.

Ilmu yang kita dapat sebaiknya diamalkan dan diajar pula kepada orang lain. Itulah ilmu yang diberkati. Ada 4 kategori ilmu:
  1. tidak faham
  2. faham tapi tidak boleh buat
  3. Faham dan boleh buat tapi tak boleh ajar orang
  4. Faham, boleh buat dan boleh ajar orang lain pula. Inilah ilmu yang diberkati yang datang daripada guru yang ikhlas, dan murid yang ikhlas juga. Oleh itu, kita perlukan jaga niat ketika pergi mencari ilmu. Ustaz pun perlu ikhlas juga.


Senarai soalan dan jawapan

S: Dimanakah tempat sesuai untuk buat sangkaan baik atau buruk?
J: Contohnya, jika nampak seorang yang berpakaian alim keluar daripada kedai ekor, jangan kita sangka dia beli nombor ekor pula. Sebaliknya mungkin dia pergi tukar syiling untuk parkir. Jika kita jumpa keburukan orang pula, sembunyikan. Fikir dahulu sebelum kita sewenang-wenangnya ambil video/gambar dan ‘uploda’ kef b/youtube. Sebelum dedahkan keburukan orang lain, imbas semula dan ingat akan aib diri sendiri dan bagaimana malunya jika aib kita pula Allah yang buka. Apabila berhadapan dengan musuh agama pula, kita boleh bersangka buruk. Contohnya ketika berhadapan dalam peperangan.

S: Benarkah orang yang sakit berada dalam pengampunan Allah?
J: Benar. Orang yang ziarah kena selalu mengingatkan orang sakit dengan kelebihan ini agar menjadi motivasi kepadanya. Daripada bawa makanan yang mereka tak boleh makan, lebih baik kita beri duit kerana duit lebih diperlukan mereka untuk menanggung kos rawatan. Jika orang yang sakit, beri sedekah. Sedekah itu ubat sebenarnya. Adakalanya, sedekah itu lebih mujarab daripada ‘panadol’. Adakalanya sakit boleh sembuh dengan nazar.

S: Apakah kesan sangkaan buruk terhadap orang yang sudah meninggal dunia?
J: Jangan buat begitu, kerana ia boleh mendatangkan azab kepadanya di dalam kubur. Lebih baik kita mengenangkan dan menyebut kebaikan mereka.

S: Bolehkah kita percaya pada orang yang telah bersumpah?
J: Apabila seseorang dituduh dan dia bersumpah menolaknya, maka kita wajib percaya akan perkataannya. Jika dia menipu dalam sumpahnya, dia akan dikhifaratkan oleh Allah. Oleh itu, sebelum bersumpah, perlu ada orang yang menerangkan akan kesan sumpahnya itu. Tiada hukum ke atas orang yang bersumpah kerana Allah yang akan membalasnya. Orang yang menuduh mesti meminta maaf setelah orang dituduh melafazkan sumpah.

S: Adakah perkataan orang yang dirasuk boleh dipercayai?
J: Orang yang rasuk ingatannya telah ditawan oleh syaitan. Oleh itu, ianya tidak boleh dipercayai. Biarkan dia berulang kali mengatakan yang sama.

S: Adakah mimpi mainan tidur?
J: Tidak semestinya. Jika bermimpi yang baik, kita diajar untuk menceritakan kepada orang lain. Jika mimpi buruk, diam-diam sahaja.

S: Apa komen ustaz tentang kenyataan yang Allah takkan menguji manusia dengan ujian yang tak mampu ditanggungnya?
J: Benar, ayat ini ada dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah, ayat 286. Tetapi apabila diuji dan kita rasa tidak mampu, jangan kita lari atau putus asa, sebaliknya ktia perlu tuntut janji dan mengadu pada Allah. Allah Maha Penyayang dan suka mendengar rayuan hamba-Nya. Minta bantuan pada Allah. Allah menunggu-nuggu rayuan hamba-Nya. Jangan pula kita berlagak sombong dan kufur kerana ujian yang Allah berikan. Jika kita berjanji pada Allah, Allah akan tuntut. Oleh itu, jika kita juga perlu tuntut dengan apa yang Allah janjikan.

p/s: Mohon maaf atas kekurangan. Yang baik jom kita amalkan, yang tak baik, sila beri teguran :)

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab