Demi Masa (1) – Tanyalah Ustaz 15.05.2013
Ustaz Hanafiah Abdul Razak
Bacaan ayat 98, surah Al-An’am:
Manusia ini bermula daripada yang satu – iaitu Nabi Adam as.
Allah janjikan setiap orang 2 peruntukan iaitu:
- ruang
- peluang (masa)
Jadi, fokus hari ini ialah peluang/masa. Masa yang Allah SWT
berikan kepada kita tidak panjang. Nabi SAW menyebut bahawa umur umatnya antara
60-70 tahun. Oleh itu, kita mesti memanfaatkan masa. Daripada 114 surah, ada
satu surah khas Allah tentang masa iaitu surah Al-'Asr.
Orang yang tidak memanfaatkan masa berada dalam kerugian.
Dalam surah Al-‘Asr, Allah memberi amaran kepada manusia yang tidak
memanfaatkan masa. Maka mari kita bersama memanfaatkan masa untuk menghindari
kemurkaan Allah.
Allah tak beri kita umur yang panjang bukan kerana ingin
menyekat kita, bahkan agar kita memanfaatkan umur yang pendek itu sehingga
menjadi umat yang terbaik. Moga-moga kita tidak buang masa begitu saja.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Adakah masa dalam Islam dinilai dengan
saat, minit dan jam?
J: Dalam surah Yunus, ayat 5, Allah berfirman:
S: Sejak bila manusia mula mengukur waktu?
J: Dalam ayat 56-57, surah Mariam, Allah berfirman:
Seorang ahli tafsir mengatakan ayat ini memberitahu tentang
kelebihan yang diberikan kepada Nabi Idris. Antara yang diberikan kepadanya
ialah ilmu tentang masa.
S: Bagaimana orang dahulu mengukur jam
sedangkan mereka belum ada jam?
J: Pada zaman dahulu, matahari digunakan sebagai rujukan.
Dalam ayat 45, surah Al-Furqan, Allah berfirman:
Untuk merenung matahari, manusia tidak mampu kerana
sinarannya yang panas dan terik. Oleh sebab itu, manusia letak satu tiang dan
daripada tiang itu akan wujud baying. Gerakan bayang itulah yang dijadikan
ukuran waktu. Diperhatikan bahawa setiap 4 minit, bayang itu akan bergerak.
Inilah mulanya pengukuran 1 darjah (°).
S: Bagaimana Rasulullah SAW mengukur waktu?
J: Semenjak zaman Nabi Ismail lagi, orang Arab sudah
menggunakan jam matahari yang diberi nama Al-Mizwalah. Jam matahari lebih tepat
berbanding jam digital, kerana ada kalanya bateri yang lemah mempengaruhi pusingan
jam, sedangkan Allah tidak pernah lalai mengawal pergerakan matahari dan bulan.
Jam itu diletakkan di halaman masjid
S: Apa hubungan ibadah dengan masa?
J: Semua ibadah yang dilakukan tertakluk dengan masa. Allah juga memerintahkan kita menunaikan solat mengikut masa-masa tertentu seperti firman Allah dalam ayat 114, surah Hud:
J: Semua ibadah yang dilakukan tertakluk dengan masa. Allah juga memerintahkan kita menunaikan solat mengikut masa-masa tertentu seperti firman Allah dalam ayat 114, surah Hud:
S: Apakah hikmah ibadah yang tertakluk pada
masa?
J: Ada ibadah yang waktunya panjang, dan ada yang
sebaliknya. Sabda Nabi SAW, “Setiap hari, manusia akan berhadapan dengan 360
‘lahzah’ (darjah). Ada di situ darjah seseorang itu dihidupkan, ada di situ
darjah seseorang itu dimatikan, ada di situ darjah seseorang itu diluaskan
rezekinya, ada di situ darjah seseorang itu disempitkan rezekinya, ada di situ
darjah seseorang itu ditinggikan darjatnya, ada di situ darjah seseorang itu
direndahkan darjatnya”. Daripada hadis ini dibuat perhitungan dan dikatakan
setiap 4 minit, manusia mendapat satu nasib seperti yang disebut dalam hadis
tadi.
S: Kenapa ada ibadah yang berbeza waktunya?
J: Imam Al-Suyuthi berkata dalam kitabnya – Setiap hukum itu ada sebabnya, tetapi adakalanya sebab itu tidak jelas pada manusia. Apa yang nyata ialah Allah SWT sentiasa memberikan peluang kepada manusia untuk berbuat kebaikan dan bertaubat. Nabi SAW bersabda, “Ada 3 amalan mulia yang selagi mana dilakukan, Allah tidak akan mengazab seseorang – syukur, berdoa dan istighfar”.
J: Imam Al-Suyuthi berkata dalam kitabnya – Setiap hukum itu ada sebabnya, tetapi adakalanya sebab itu tidak jelas pada manusia. Apa yang nyata ialah Allah SWT sentiasa memberikan peluang kepada manusia untuk berbuat kebaikan dan bertaubat. Nabi SAW bersabda, “Ada 3 amalan mulia yang selagi mana dilakukan, Allah tidak akan mengazab seseorang – syukur, berdoa dan istighfar”.