Posts

Showing posts with the label Imam Syafie

Pengaruh Mazhab Dan Akidah Imam Syafi'i Dalam Membawa Keamanan Dan Kestabilan Di Asia Tenggara - Panel 1

Image
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم   Forum Perdana Tajuk: Pengaruh Mazhab Dan Akidah Imam Syafi'i Dalam Membawa Keamanan Dan Kestabilan Di Asia Tenggara Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Malaysia, 25 Oktober 2017 Sumber Rakaman: https://www.youtube.com/watch?v=LkkxMcAHUTE Panel 1: Al Fadhil Ustaz Engku Ahmad Fadhli Engku Ali Sesuatu yang diketahui tak perlu didefinisikan lagi yakni apa itu Asia Tenggara, jelas tidak perlu diterangkan siapa itu Imam Muhammad Idrus As-Syafie رَحِمَهُ اللهُ. Cuma yang berlaku kekeliruan di zaman kita ialah apakah yang dikatakan sebagai akidah al-Imam As-Syafi’i رحمه الله? Malah akidah Imam Syafi’i ini telah dijadikan slogan untuk meragukan umat Islam tentang akidah yang mereka warisi daripada Nabi Muhammad ﷺ melalui silsilah para ulama daripada satu generasi ke generasi hingga sampai kepada kita hari ini. Akidah berasal daripada perkat...

Kisah Imam Syafie (2) – Tanyalah Ustaz 08.11.2012

Image
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Al-Fatihah Berhati-hati dengan sebutan dan tajwid kita ketika membaca surah Al-Fatihah. Dalam kita menuju Allah, ada berbagai jalan – contohnya jihad, berdakwah, mengajar, bekerja dan sebagainya. Mazhab Syafie telah diwujudkan untuk memudahkan ramai orang memahami dan menurut jalan Islam dengan mudah. Ini tidak pula menyatakan bahawa mazhab lain yang ada adalah tidak betul. Ada 4 mazhab iaitu yang pertama ialah mazhab Imam Hanafi, kemudian mazhab Imam Malik, ketiga mazhab Imam Syafie dan terakhir ialah mazhab Imam Hambali. Semalam telah kita sorot bersama kisah kehidupan Imam Syafie. Walaupun telah bergelar imam yang hebat, Imam Syafie tak henti-henti belajar kerana dia merupakan seorang yang begitu cintakan ilmu. Kelebihan imam Syafie: Berasal dariapad keturunan Quraisy Penghafal Al-Quran dan hadis Pengarang kitab terkemuka Pengeluar fatwa yang hebat. Di Malaysia, kita mengikut kaedah feqah Imam Syafie. ...

Kisah Imam Syafie (1) - Tanyalah Ustaz 07.11.2012

Image
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malik Bacaan surah Al-Inshirah: Ayat ini sudah banyak kali saya sebutkan dalam rancangan ini – beramallah dengannya dalam menghadapi masalah kehidupan. Elok juga diamalkan oleh para pelajar. Masalah boleh menyempit dan menyesakkan dada – ayat pertama Allah sebut Allahlah yang berkuasa melapangkan dada manusia, menenangkan jiwa yang resah. Baca ayat 1, hembus pada tangan dan sapu pada dada. Baca ayat 2 dan hembus pada tangan dan sapu pada bahu untuk merasa ‘keringanan’ dalam menghadapi ujian. Baca ayat 3 dan hembus pada tangan dan sapu pada belakang. Elok diamalkan untuk mengelak rasa malas. Baca ayat 4 dan hembus pada tangan, dan sedut kembali untuk mengambil aura mukjizat Al-Quran. Kemudian sapukan pada wajah hingga ke belakang kepala. InsyaAllah wajah akan nampak berseri dan tidak sugul. Orang yang yakin mampu untuk menyeselaikan masalahnya sendiri adalah sombong dengan Allah, dan orang sombong tidak akan masuk ...