Posts

Showing posts with the label Akhlak Abu Dza bersama keluarga

Kerja Berkira (1) - Tanyalah Ustaz 9 Ramadhan 1433H (29.07.2012)

Image
Ustaz Mohd Salahuddin Mohammad Bacaan surah At-Taubah ayat 105: Jangan berkira dalam beribadat kerana Allah sentiasa memerhatikan. Kalau orang lain tadarrus, kita jangan pula tidur terus. Jika bersedekah, jangan pula pilih duit yang paling kecil dalam dompet. Jika solat tarawikh pula, janganlah berkira dan merungut apabila imam baca panjang sedikit. Buatlah apa saja ibadat, asalkan mengikut sunnah dan ikhlas kerana Allah SWT. Jangan buat amalan yang menyalahi syariat, contohnya amalan melenggang perut seperti yang pernah di amalkan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Sama-samalah kita mohon keampunan kepada Allah atas perlakuan masa lampau yang kita tidak sedar menyalahi syariat. Dalam tugas seharian, ramai yang tidak melihat segala pekerjaan seperti menghantar anak, mengambil anak dan sebagainya itu sebagai amalan yang boleh mendatangkan pahala. Oleh itu, janganlah kita merungut kepenatan dan sematkan perasaan ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dilak...