Posts

Showing posts with the label Mukmin Profesional Fakir Akibar Dosa

Fakir Akibat Dosa – Mukmin Profesional 11.06.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah dapat bertemu lagi dalam suasana majlis ilmu. Mari kita saling mengingatkan satu sama lain bahawa kita semuanya hamba Allah. Semoga dengan kesedaran ini kita akan berupaya melihat kehidupan melalui pandangan hati, iaitu melalui pandangan Pencipta hidup ini. Kehidupan ini penuh dengan ujian, sama ada yang berbentuk nikmat atau musibah. Jadi, yang penting bukanlah apa yang berlaku, sebaliknya bagaimana kita melihat apa yang berlaku. Jika kita melihat melalui kaca mata wahyu dan as-sunnah, pasti akan tersirat hikmah-hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Perkara yang pahit kita jadikan ubat, perkara yang manis pula tidak mealpakan kita. Inilah yang dikatakan – 'what you see is what you get'. Tajuk petang ini ialah 'Fakir akibat dosa'. Prinsip dalam hidup ialah - jika kita berpaling sahaja daripada petunjuk dan peringatan Allah, kita akan menghadapi kehidupan yang sempit. Inilah janji dan amaran Allah, sepertimana di tegas...